❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟔

47 26 1
                                    

" Ayen tahu ma, tapi ni dah ditetapkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ayen tahu ma, tapi ni dah ditetapkan. Ayen harap mama dapat terima. Ayen akan balik sana dalam beberapa bulan lagi " bisik Jeongin di dalam telefon.

Aku mengerling ke arahnya. Pasti dia sedang berbicara dengan mamanya.

Huh, tak sangka. Anak mak rupanya si Jeongin ni. Nampaknya gaya cute dan segak! Kemudian aku lihat Jeongin menutup telefon bimbitnya.

" Maaf Cik Yoon, tadi mama saya call. Dia agak terkejut tentang perkahwinan kita. Iyalah, siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba saja macam ni " luah Jeongin, sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.

" Maaf Ayen, saya dah jebakkan awak dalam masalah saya. Saya tahu awak tak sanggup bantu saya. Maafkan saya sekali lagi " ujarku memohon maaf. Aku rasa bersalah amat sekali!

" Tak apa Cik Yoon. Saya ikhlas bantu Cik Yoon. Dulu Cik Yoon bantu saya, sekarang saya bantu Cik Yoon pula " katanya dengan seulas senyuman, kemudian terserlahlah lesung pipitnya yang manis kelihatan.

Ye benar, aku pernah membantunya sebelum ini. Dia hampir sahaja dibuang kerja kerana cuai. Tuan Park bukan main marah, tapi aku berjaya mengawal situasi dan berjaya menyelamatkannya dari dipecat. Mungkin dari situ dia terhutang budi denganku.

" Keluarga awak okay tak? Baik tak? " soalku.

Aku perlu ambil tahu juga di dalam hal ni, lagi beberapa minggu sahaja kami akan melangsungkan perkahwinan. Kad kahwin juga sudah diedarkan.

" Okay saja. Macam manusia biasa, tak berlagak. Tak makan orang pun. So, tak ada sebab Cik Yoon nak takut " Jeongin berkata.

Hish! Sengal betul! Nak gurau-gurau pula. Aku serius dia main-main!

Sejujurnya aku masih tidak mengetahui latar belakang keluarga Jeongin. Apa yang aku tahu dia tinggal di Busan. Di mana tempatnya? Aku sendiri tak tahu.

Aku hanya pernah menjejakkan kakiku ke Oryukdo Island sahaja. Itu pun sebab aku melancong. Tak adanya aku pernah jejakkan kaki aku ke sana.

" Family awak tinggal dekat mana? Gamcheon Culture Village ke? " soalku ingin tahu.

" Tak adalah. Cik Yoon ni, asal cakap Busan je mesti Gamcheon. Asal Gamcheon je mesti Busan. Tak ada tempat lain ke nak sebut? Sebutlah Yeongnam ke, Haeundae-gu ke, Geumjeong-gu ke " keluh Jeongin. Aku terdiam.

Memang betullah Busan selalu dikaitkan dengan Gamcheon Culture Village, sebab ianya berdekatan dengan kawasan Menara Yongdusan Park. Siapa je tak kenal kan?

" Dah tu, awak duduk mana? " tanyaku lagi terus ke point soalan. Jeongin tersengih. Matanya masih lagi memandang ke jalan raya. Mujur tidak sesak hari ini.

" Keluarga saya tinggal dekat Pulau Oedo " jawab Jeongin ringkas. Aku terjeda.

Lubuk mana dia duduk ni? Tak pernah dengar langsung aku tempat tu. Tempat jin bertendang ke?

" Erk, dekat mana tu? Tak pernah dengar. Ada dalam peta Korea ke? " soalku lagi.

Keinginanku untuk tahu membuak-buak. Haraplah tidak terlalu jauh ke pedalaman. Memang aku tak selesa.

" Dekat saja. Nanti Cik Yoon akan pergi sana juga. Sabar saja okay " ujar Jeongin lagi. Aku mengangguk.

To Be Continued ! ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ! ♡

[ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡Where stories live. Discover now