❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟒

48 26 1
                                    

" Saya tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Saya tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni. Cuba Cik Yoon jelaskan pada saya. Dari A hingga Z " kata Jeongin dengan wajah yang serius. Aku tahu dia buntu dengan reaksi spontanku sebentar tadi.

Aku mencari alasan yang terbaik. Yang sejujurnya aku juga sudah kehilangan kata-kata dan idea di kepala. Apa aku nak jelaskan pada mamat ni?

" Macam ni Ayen, awak kena menyamar yang kita nak kahwin " kataku dengan nada yang mendesak.

Eh, macam terhegeh-hegeh. Aku harus rendahkan egoku kali ni.

" Apa?! " teriak Jeongin dengan pandangan yang tajam.

Aku tahu dia terkejut. Ah, tapi aku peduli apa? Bukan aku suruh dia jadi suami aku pun. Menyamar je!

" You have to help me this time, Ayen. From the human sake. Saya janji saya akan suggest awak jadi pengurus kewangan saya. Tambahan pula, saya baru je pecat pengurus saya tu. Dia memang tak berkaliber. If you willing to help me in this, saya akan lantik awak " aku menggunakan kuasaku bagi memikat perhatian Jeongin.

Sebagai timbalan pengarah dan juga pengurus di bahagian sumber manusia di syarikat ini, aku mempunyai kuasa untuk memecat sesiapa sahaja di dalam syarikat ini.

Dalam erti kata lain, aku sudah menjadi anak angkat Tuan Park, oleh sebab itu dia memberikan aku kuasa. Dan oleh sebab itu jugalah aku dipaksa menjadi menantu mereka!

Oh! Relakah aku? Tak! Memang aku tak sanggup. Melihat gambarnya yang berpelukan dengan wanita yang bukan miliknya di laman sesawang Instagram sahaja sudah membuatkan aku jijik memandangnya. Lelaki macam tu ke nak dijadikan suami aku? Oh, please!

" Tapi kalau Tuan Park mahupun isterinya dapat tahu yang kita menipu mereka macam mana? Saya pasti kena pecat. Saya tak nak macam tu Cik Yoon. Menjadi impian saya untuk bekerja dengan syarikat ini dah lama saya berusaha " Jeongin sudah mulai mengeluh. Huh!

" Tentang tu awak jangan risau Ayen, kita tak akan ditangkap menipu melainkan salah seorang dari kita buka mulut. Jangan tergedik-gedik beritahu dekat Tuan Park, faham? " aku memberikannya keyakinan.

Aku tahu dia ingin membantuku, tapi dalam masa yang sama dia ragu-ragu.

" Baiklah. Deal. So, what should we do now? " soalnya. Aku mengangkat kedua belah bahuku.

Semestinya aku tidak tahu apa langkah seterusnya! Tiba-tiba aku teringat kembali pesanan Ketua Park sebentar tadi.

' Baiklah, kalau macam tu pastikan betul-betul ya. Jangan berlakon pula. Saya akan upah seseorang untuk memastikan hal ni ' dan kata-kata itu seumpama pita yang asyik memainkan dirinya sendiri di dalam mindaku. Tension!

" Now, next step kita kena pergi daftar kursus perkahwinan. Sebab saya tahu, after this mesti Ketua Park nak tengok sijil kursus kita " aku memberi cadangan.

Jeongin mengangguk-angguk dan aku sudah anggap dia menyetujui cadangan aku. Cantik!

To Be Continued ! ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued ! ♡

[ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡Where stories live. Discover now