❛ ▬▬ 𝐁𝐀𝐁 𝟓

52 25 2
                                    

Aku memandang ke arah Jeongin dari atas ke bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memandang ke arah Jeongin dari atas ke bawah. Dia baru sahaja mencuba pakaian pengantin yang aku pilih.

Nampak segak bergaya. Inilah yang orang panggil kahwin koboi. Aku sendiri tidak sangka aku akan kahwin secepat ini!

Ini semua salah Jinyoung!

" Okay? " soal Jeongin beberapa kali sembari membetulkan pakaian yang dipakainya.

Puan Park yang sedari tadi menemani kami memandang dengan senang, gembira.

Entah mungkin dia kecewa kerana tidak dapat menjadikan aku menantunya. Eh? Riaknya aku! Macamlah aku diva sangat! Aduh!

" Okay sayang. Apa-apa sahaja yang awak pakai, semuanya okay. Even, kalau awak pakai baju tarzan pun saya kata okay " kataku masih dengan gurauan.

Puan Park berada denganku lagi, hendak tak hendak aku terpaksa berlakon.

" Amboi, romatiknya pasangan merpati dua sejoli ni. Mama rasa tema warna ungu pun boleh tahan cantik. Lagipun Yoon memang suka ungukan? " soal Puan Park lagi. Aku mengangguk. Pandanganku segera beralih kepada Jeongin.

Proses temuduga ringkas mengenal apa yang disukai dan dibencinya semalam membuatkan aku tahu apa yang menjadi kegemaran Jeongin dan apa yang menjadi kebencian Jeongin. Ungu bukanlah warna pilihannya.

" Tak mahulah mama. Macam mana kalau merah jambu? " cadangku setelah aku lihat Jeongin tidak banyak bicara. Hanya diam membisu, kelu lidahnya mungkin.

" Hish Yoon ni! Ada ke patut pink! Bakal suami Yoon tu lelaki, bukan perempuan nak suruh dia pakai tema pink. Ingat dia lelaki lembut ke? " selamba sahaja Puan Park memberi komen.

Dan aku dapat merasakan Jeongin sedang menahan malu.

" Mana ada! Tak semestinya perempuan saja yang guna merah jambu. Lelaki pun boleh, nampak cute mama. Kan Jinyoung pernah pakai merah jambu juga " bidasku lagi.

Cuba mempertahankan Jeongin, aku lihat wajahnya sudah bertukar muram.

" Suka hati kamu lah nak warna apa Yoon. Pening mama nak fikirkan! " ujar Puan Park sambil memicit kepalanya.

Tekanan mulai menyerang kepalanya. Tambahan pula mereka belum menjamah sedikit makanan pun. Mereka pergi mencari alatan perkahwinan dengan tergesa-gesa.

" Baik boss! I'm sure combination purple pink akan jadi legenda dalam mana-mana sejarah perkahwinan " ujarku dengan bangga.

Aku sendiri pening mengapa aku boleh jadi gembira dengan perkahwinan ni.

Sedangkan Jeongin telah membuat beberapa perjanjian setelah dia mengahwini aku, dan sebelum dia mengahwini aku.

Jeongin memang cerewet orangnya. Semuanya serba tak kena pada pandangan matanya. Puan Park terjeda mendengar cadanganku. Aku pasti, dia sedang terfikirkan sesuatu di dalam mindanya.

[ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡Where stories live. Discover now