Bab 5

23 2 0
                                    

"Ma, majlis perkahwinan akan berlangsung di kediaman keluarga Lu. Tapi saya lihat ma belum bersiap. Ma tak mahu pergikah?" Yixing bertanya dengan lembut sambil menghampiri ibunya di kerusi malas.

"Ma tak sanggup melihat cucu kesayangan ma dikahwinkan. Ma tak mahu pergi!"

Yixing tersentak. Dia tahu ibunya masih menentang keputusannya. Namun, janji yang dibuat tidak boleh diundur lagi. "Baiklah ma. Saya pergi dulu-"

"Panggilkan Mei."

Hari yang ditunggu sudah tiba. Sebulan terasa pantas berlalu begitu saja. "Minghao, bagaimanakah agaknya rupa Lu Han itu. Kadang kala aku terasa ingin tahu." gumam Mei sambil sanggulnya dibetulkan pembantu untuk kali terakhir sebelum berangkat ke kediaman Lu.

Walaupun berasa pelik kerana jika diturutkan adat; sepatutnya pengantin lelaki yang bertandang ke rumah keluarganya, namun Mei diamkan sahaja.

Yang muda menaik kening, hairan. "Baba masih tidak memberitahu kau?"

Tidak memahami maksud sebenar Minghao, Mei menggeleng kecil. "Tidak. Aku cuma tahu umurnya saja."

Jadi Mei tidak tahu yang Lu Han sudahpun tiada? Minghao memendam getus hati. Mengapa baba tidak berterus terang?

Belum sempat Minghao menyambung kata, Yixing menghampiri ruang tamu di mana anak-anaknya sedang berkumpul.

"Nenek mahu berjumpa dengan kamu, Mei. Lekas."

Mei terus mengiakan sebaik rambutnya siap tersanggul kemas. Bilik wanita tua yang tidak asing lagi bagi Mei dituju. Daun pintu yang sudah terbuka ditolak perlahan.

Usai kelibat Mei menghilang di sebalik pintu, riak Yixing melembut. Teringat kembali perbualan terakhirnya dengan Tuan Lu sebelum membuat perjanjian.

"Jika kamu bersetuju dengan perkahwinan ini, saya akan bantu majukan semula syarikat kamu. Dengan pengaruh yang saya ada, sekelip mata saja perniagaan kamu akan mendapat untung. Kamu akan dapat menyara keluarga kamu semula."

Yixing menghela keluhan yang membuatkan Minghao memandang dengan curiga.

Mei mendekati dan melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan kerusi malas. Nenek masih tak berganti pakaian.

"Nek, kenapa nenek tak mahu pergi? Nenek tak mahu lihat Mei berkahwinkah?" Sugul nada pemudi berkenaan.

"Bukan nenek tak mahu tapi nenek tak sanggup. Nenek sangat sayangkan kamu... Maafkan nenek sebab tak dapat nak halang perkahwinan ini daripada berlaku."

Mei segera menyulam tangan dengan wanita tua tersebut. "Jangan bercakap seperti itu. Ini bukan salah nenek. Tak mengapa nek, Mei rela. Demi nama baik keluarga."

Sayu wanita itu mendengar ungkapan Mei. Tak menyangka cucunya sanggup menggadai hidup hanya demi keluarga. Air mata mula gugur sambil dia mengusap lembut pipi Mei. "Kamu adalah pengantin yang paling cantik nenek pernah lihat..."

Mei senyum tawar. "Nek, janganlah menangis. Tak ada yang lebih menyakitkan perasaan Mei selain melihat nenek mengalirkan air mata."

"Mei! Kita harus pergi sekarang!"

Mendengar ayahnya memanggil, Mei mencium pipi nenek sekilas sebelum keluar.

Suasana di dalam kereta yang meluncur di atas jalan raya, menimbulkan curiga pada Mei. Seperti tenang sebelum datangnya ribut. Ayah yang mengisi tempat duduk di sebelah pemandu langsung tidak menuturkan sebarang kata.

Minghao di sisi, dipandang. Adiknya serentak berpaling pada Mei.

"Kenapa dengan baba?" Mei menggerakkan bibir tanpa suara pada Minghao.

RenjanaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang