RUTIN Alisa macam biasa. Siram pokok, tulis novel Wattpad dalam laptop. Tertangguh lama sebab tak ada idea. Haha. Pengikut aku mula tanya " bila nak habis ...... ? " , "sambung lah lagi ...... ". Demi pengikut kesayangan aku, idea tak best sekali mana pun, aku tetap kena bersemangat tulis novel. Ni cita-cita aku!. Sebenarnya..... boring jugak duduk rumah. Tak boleh pergi kerja, gaji pun tak ada. Kakak aku beruntung. Kerja balik lambat, tetap duit masuk. Tulis Wattpad tak ada gaji. Haish. Orang salah faham. Wattpad setakat tulis, dan kenalkan dekat orang, apa kita tulis. Ceritanya best, ramai lah yang masukkan dalam koleksi mereka. Tak best, aku kena terus usaha buat novel aku, seronok dibaca.
Jari Alisa terasa kebas. Disebabkan Alisa jenis taip laju-laju macam jet, sekejap je mula sakit. Arhh...... kesusahan menaip dekat laptop!. Berbaki 4000 patah perkataan aku kena buat!!!. Dia berhenti taip, handphone yang diletakkan sebelah laptop, dicapai. Walaupun isu artis-artis lelaki memikat aku belum habis, aku tetap nak tengok perkembangan terkini Khai Bahar. Agaknya dia tengah buat apa?. Dah makan ke dia?.
Alisa ternampak artikel gosip cinta Siti Nordiana dan Khai Bahar, apabila laman utama Instagram terpapar. Artikel tersebut dihantar salah seorang peminat Siti Nordiana. Apa motif dia tulis ....... berita belum sahih?. Diorang tak ada apa-apa hubungan, peminatnya pulak melebih-lebih ( cemburu ) . Alisa tak sedap hati. Namun, hatinya cuba ditenangkan. Benda biasalah, Lisa. Dunia hiburan memang akan penuh gosip-gosip cinta. Alisa gatal juga pergi buka artikel tu. Hahah. Nak tahu dia tulis apa. Bismillahirrahmanirrahim.........
Kami hanya sekadar kawan sekerja. Tapi kalau ada jodoh dengan Siti Nordiana, saya tak menolaknya
Oh tidak. Sedih?. Marah?. Alisa sendiri kurang pasti perasaanya sekarang lepas baca artikel tersebut. Khai Bahar artis popular. Tak mustahil artis-artis wanita cuba mendekatinya kan?. Kau tak biasa pula kan dengan benda-benda macam ni?. Sebelum kau kenal Khai Bahar, tak ada pula kau ambil tahu tentang dia. Sekarang, lepas kau dengar lagu Seandainya, kau dah mula minat dia. Alisa menyerahkan takdir jodohnya pada Allah S.W.T. . Meskipun berjodohan dengan lelaki lain, dia akan menerimanya dengan hati terbuka.
Baca lagi lah. Ahaks!. Makin nak tahu cerita diorang. Nak kata benci pada Siti Nordiana, kitorang pun tak pernah jumpa. Setakat dalam TV aje. Siti Nordiana mungkin.... dua kali ganda lebih baik daripada aku.
Khai Bahar ada ciri-ciri lelaki saya nak
Krakk!
Korang dengar tak?. Tu bunyi hati aku dah retak. Tenang Lisa. Dunia hiburan memang macam ni. Takkan terlepas disoal jawab dengan wartawan. Aku dengan Khai Bahar pun, biasa-biasa. Terkilan juga. Walaupun aku..... simpan perasaan kat dia, aku tak nak lah dia tahu.
Dah, dah!. berhenti!. Baca lama sangat, banjir bilik ni penuh air mata!. Kuatkan semangat kau, Alisa!. Yeah!.
Aku serahkan semuanya pada Allah, dalam arah hidup aku.
**************
PENCERAMAH bebas, Muhamad Zafir menuruni Honda Camrynya. Kaca mata hitamya disangkutkan pada kolar. Dia lihat sekeliling rumah banglonya yang sudah 4 tahun ditinggalkan. Entah macam mana kakak dan abang aku di sini?. 4 tahun aku tinggalkan mereka sebab nak kejar cita-cita jadi penceramah remaja. Kakak dan abang aku sokong sepenuhnya cita-cita aku. Arwah Mama dan Papa, tidak berapa merestui cita-cita aku. Merajuk tak dapat restu gapai dia impikan, tak balik selama bertahun-tahun.
Semasa Mama dan Papanya meninggal dunia, Zafir langsung tidak balik ziarah. Dia masih terasa dengan perbuatan mereka. Sebelum Zafir meninggalkan Malaysia, Mama dan Papanya hebat mengutuk cita-cita Zafir. Mereka kata, pekerjaan sebagai Motivator merupakan satu bidang yang akan membuang masa malah tenaga. Pendapatan Motivator juga tak tetap. Bergantung pada jemputan pihak sekolah. Meskipun Mama dan Papanya berkata begitu, Zafir tak pernah lupa mengirim doa buat kedua ibu bapanya dari New Zealand.
Cincin tunangnya masih tersarung di jari. Tanpa tinggalkan pesan sebelum berhijrah, mungkin tunangnya tu dah tawar hati dengan dia sekarang. Perempuan mana ada sanggup tunggu lelaki dia suka, bertahun-tahun lamanya. Perempuan pun nak kahwin awal. Disebabkan aku, tunang aku tak merasa kahwin muda. Tambahan pula, dia yang beriya-iya sangat nak kahwin dengan aku. Sampai sanggup bawak keluarga dia meminang aku. Satu benda yang sangat hebat. Dia betul-betul ikut cara Siti Khadijah melamar Rasulullah. Beg bagasi ditarik memasuki banglo. Rindu betul dengan suasana ni. Haihh.......
"Assalamualaikum...... "
Amanda Ariana, kakak sulung Zafir menyambut kepulangan adik kesayangan dia. Makin handsome adik aku!. Tak telefon, tiba-tiba sampai!. Apa-apa tak sempat masak!.
" Wa'alaikumussalam!!!. Zafir!!!" Amand memeluk Zafir yang jauh lebih tinggi daripada dia. Haha. Amanda pendek sikit. Zafir tolong angkat tubuh kakaknya.
"Abang macam biasa kan? Dekat Pejabat arwah Papa?" Duganya. Amanda menarik lengan Zafir duduk sofa.
" Abang memang begitu, Zafir. Zaf, kakak nak cakap sikit?. Zaf ganti je lah abang kamu. Abang kamu dah lama sangat kerja. Kakak tak nak dia sakit"
Zafir menyilangkan tangan, bersandar kepala sofa. Nanti dulu kot. Aku belum sedia. Papa dulu dah aniaya aku. Cakap cita-cita aku tak bagus. Kakak sangka Zafir tak terasa?.
"Kakak tahu Zafir rungsing fikir pasal tu. Ni ada satu lagi. Mungkin Zafir akan terkejut"
"Apa benda kak?"
" Tunang Zafir keluar TV. Dia dengan Khai Bahar satu rancangan"
"Alisa?. Kakak cakap dia dengan.... Khai Bahar?"
YOU ARE READING
Apabila Si Chubby Bersama Idolanya ( Mini Novel)
RomancePada asalnya, Alisa hanya meminati Khai Bahar macam orang lain. Selepas mereka bertemu dalam wawancara televisyen, Alisa berkata pada usia mudanya dia nak membeli rumah untuk keluarganya. Tiba-tiba Alisa menjadi rebutan artis lelaki keesokan harinya...