YASMIN menunjukkan paparan berita Khai Bahar didakwa memeluk Siti Nordiana di rumahnya. Hael Husaini sebagai saksi cuba membela Khai Bahar berterusan difitnah. Namun, pengaruh Siti Nordiana menutup kebenaran. Alisa panik, kepalanya berpinar, menggigil mendapat halwa tidak enak itu.
Ya Allah, Astaghfirullah..... Alisa menggenggam tangan Yasmin di sofa rumah mereka. Mindanya terbayang Khai Bahar sedang seronok "bermesra" dengan Siti Nordiana. Dia tak boleh fikir kebenaran di sebalik berita sensasi tersebut. Sama berita palsu atau berita yang betul, Siti Nordiana nampaknya sudah menang dalam perlawanan mereka.
" Kak.... Lisa tak sangka Khai sanggup buat macam tu...... Siti Nordiana lebih sesuai dengan dia kan kak?" Alisa merendah diri, merasakan Siti Nordiana lebih sempurna serta sepadan dengan crush idolanya itu. Siti Nordiana tinggi, fashionable, bergaya lebih feminin daripada dia, berduit, berpelajaran. Alisa setakat STPM aje . Mungkin Siti Nordiana ada lebih daripada STPM?. Diploma, PHD, Master. Perempuan zaman sekarang, kena bijak dalam pelajaran. Orang-orang tua pesan, mana-mana lelaki nak masuk meminang perempuan, nilai mas kahwin perlu setanding peringkat pelajaran perempuan itu. Tak tahu lah betul ke tak maklumat ni. Saja-saja kot tetapkan nilai mas kahwin?. Anak perempuan. Kena lengkap dari segi balasan dulang hantaran, mas kahwin, akad nikah, persandingan, makan beradab, beli baju pengantin yang mencecah puluhan ribu ringgit. Meskipun kahwin secara Islam tak membebankan umat-umatnya untuk berkahwin, masyarakat Malaysia sekarang, lagi-lagi zaman moden ni, ada ke nak ikut cara Islam?.
Buat majlis besar-besar, pakai baju mahal, dapat apa?. Kenangan untuk diimbau masa hari tua?. Nikah secara Islam pun ada kenangan lah. Korang tanya aku kalau aku kahwin nanti, aku nak kahwin secara Islam. Perkahwinan Islam wajib ada mas kahwin dan nikah saja. Ringkas, tapi aku dan pasangan aku dah halal. Buat masa ni, jodoh aku belum sampai. Hehe.
"Kakak tak percaya lah Khai sanggup melukakan hati Lisa. Minggu lepas akak tengok, Khai macam dah suka Lisa. Beriya-iya nak jaga Lisa masa kaki patah. Akak tak bagi lah. Kalau akak bagi, jabatan agama serbu rumah kita pula nanti. Hahah" Yasmin mengusap lembut kepala Alisa. Khai nak jaga aku?.
Alisa terasa tak berdaya. Dia mahu berehat di bilik.
" Lisa nak masuk bilik. Homework tak siap lagi"
Yasmin mengangguk. Tidak sedar Alisa sebenarnya nak demam. Alisa tak sanggup buat kakaknya susah hati kerana dirinya. Menginjak dewasa, dia lebih banyak berdiam diri dari pengetahuan kakaknya. Kecuali hal-hal sekolah.
***************
KHAI BAHAR merenung, kedua tangan bersilang bawah dagu. Keputusan melarikan diri ke rumahnya satu lagi, sangat tepat. Wartawan akhbar malah televisyen asyik mengejar sana-sini. Dia pun manusia, hamba biasa pada pandangan Tuhan. Kedudukan sebagai artis, hanya sementara. Manusia atas muka bumi akan kembali pada pencipta. Lari lah sejauh mana, Tuhan akan ambil nyawa kita.
Telefon Khai Bahar berbunyi. Lambat-lambat dia menjawab panggilan itu. Bukan panggilan penting pun. Malasnya nak jawab!. Balik-balik wartawan call aku!. Masalah takkan selesai selagi Siti Nordiana tak bagi kenyataan mereka bukan couple!." Helo....."
" Khai!, Alisa demam panas!"
*************
MERONA MERAH bukan kerana malu Khai Bahar datang melawat. Alisa merona sebab demam panas. Nafasnya berombak kencang. Khai Bahar duduk di sisi katil Arisa yang sedang terbaring kaku.
" Kakak dah bawa jumpa doktor?" Risaunya dengan Alisa............ . Termometer memaparkan angka 39.0°C . Tuala putih diletak atas dahi Alisa. Tidak berganjak Khai Bahar dari kedudukannya. Setia menjaga Alisa tidak sedar dari lena.
"Dah, Khai. Doktor kata, Alisa demam mengejut. Pasal berita kamu kot Alisa jatuh sakit"
Berita aku dengan Nana?. Kian memberat dadanya memikirkan Alisa sakit disebabkan berita mereka.
"Doktor suruh akak tunggu. Suhunya tak turun, kakak kena bawa dia ke hospital"
Takkan serius sampai macam tu?. Alisa cuma demam biasa saja. Khai Bahar menangis, membisikkan kata-kata di telinga Alisa.
" Lisa.... bangun lah...... "
Mulut Alisa mengeluarkan berbuih seperti orang terkena sawan. Tangan dan kaki Alisa kejang, kaku.
" Lisa?!, sedarkan diri!, Alisa!!!" Tubuh Alisa dipangku Khai Bahar.
" Lisa, jangan lah buat kakak takut!!!!" Yasmin menepuk-nepuk lembut pipi Alisa. Allahhuakhbar...... selamatkan lah adik hamba!. Alisa tetap diam membisu. Yasmin sudah dibanjiri air mata melihatkan adiknya tak bangun.
Khai Bahar mencempung Alisa membawanya kereta, lalu dikejarkan ke hospital." Bertahan, Alisa!!!!"
*************
2 TAHUN KEMUDIAN
Pemergian mu, masih terasa dalam diriku. Sikap mu yang manja itu, membuatkan aku rasa sangat rindu. Jika aku ada kuasa mengulang waktu kita bersama, aku takkan melepaskan kamu.
Haqiem Rusli menepuk lembut bahu Khai Bahar duduk termenung di penjuru pentas. Haqiem, Hael dan Khai baru selesai mempersembahkan lagu "Apabila Si Chubby bersama Idolanya" kedengaran seperti gembira
Namun, disebalik lirik lagu tersebut, tersimpannya satu kisah cinta tak dapat dizahirkan.Nama dia si Chubby,
Seorang yang comel lagi manja,
Dirinya seperti bidadari kecil
Ohh...... bidadari kecil ..... Si ChubbyApabila Si Chubby bersama
Idolanya....
Wajahnya memikat idola itu.....
Idola itu terpikat dengan kecomelannya.....
Namun sayang.....
Kisah cinta kami tak mampu dizahirkan.....
Si comel itu sudah berada dalam keadaan yang tenang.....Maafkan aku wahai si comel.....
Aku sentiasa menyayangi dirimu....
Aku doakan.... kita akan bertemu lagi....
Dalam keadaan yang suci......" Selama ni.... kau memang dah suka Alisa?" Soal Haqiem tersengih-sengih. Dia menekan butang mesin minuman membeli air kopi dan teh bunga kekwa. Haus. Fuh, minum air bunga kekwa, hilang kehausan!.
" Ya....."
Yasmin memberi Khai Bahar kejutan. Meskipun sarat mengandung anak yang kedua, kena lah bagi semangat pada suami. Anak perempuan mereka , Alisa Khairina (2 tahun) berlari-lari memeluk Ayahnya tanpa mempedulikan Uncle Haqiem Rusli. Ceh, budak ni tak nampak aku.
" Ayah!!!!!"
" Alisa!!!" Khai Bahar memeluk Alisa. Bagi Haqiem jealous. Hahah.
" Ayah sayangkan Lisa tak?"
Khai Bahar terbayangkan wajah Alisa Hanim. Khai Bahar menangis terharu, menjawab soalan anaknya sambil membayangkan Alisa Hanim, bukan Alisa Khairina.
" Ayah sayangkan kamu, Lisa......." Wajah Alisa Khairina ditekup pada dada Khai Bahar. Alisa Hanim, semoga cinta kita bersatu suatu hari nanti.
TAMAT
YOU ARE READING
Apabila Si Chubby Bersama Idolanya ( Mini Novel)
RomancePada asalnya, Alisa hanya meminati Khai Bahar macam orang lain. Selepas mereka bertemu dalam wawancara televisyen, Alisa berkata pada usia mudanya dia nak membeli rumah untuk keluarganya. Tiba-tiba Alisa menjadi rebutan artis lelaki keesokan harinya...