Bab 3

53 6 3
                                    

AGAK lama Khai Bahar beli barang dia nak. Tudung 10 helai, baju kurung 13 helai?. Tak apalah. Sekali sekala. Kitorang beli dekat Muaz Tekstile. Borong satu kedai pun boleh. Baliknya kena jalan kaki lah. Duit habis. Balik naik apa?. Kena upah Kak Yasmin. Kalau tak, aku tidur luar. Tak larat nak teman Khai Bahar. Lepas satu kedai, dia ajak pergi kedai lain menjual pakaian lelaki. Aku?. Pasrah dan redha. Menyesal pulak cakap "luangkan sehari". Aku patut cakap "luangkan seminggu". Sudahnya, Khai Bahar pusing satu Masjid India. Kaki aku naik kebas. Kereta tak boleh masuk sini. Kak Yasmin parking kereta dia di Semua House. Korang yang duduk Kuala Lumpur, mesti tahu Semua House. Bangunannya warna oren. Kak Yasmin sudah pancit. Jadi, dia tunggu kitorang di Semua House aje.

" Dah ke belum Khai?" Alisa merengek nak balik. Ha.... ha.... bila nak balik ni?.

Khai Bahar tak dengar Alisa memanggilnya. Seronok shopping. Alisa geram betul Khai Bahar buat tak tahu dekat dia.

" Khai!!!"

Khai Bahar toleh belakang. Penat?. Dia juga cakap nak luangkan masa bersama?. Ada idea jahat terlintas dalam kepala Khai Bahar. Barang-barang, beg-beg plastik shopping Khai Bahar, Alisa dengan relanya tolong angkat. Demi artis kesayangannya, dia sanggup. Tapak tangannya dah berbirat Alisa masih boleh senyum. Senyum ada makna. Penat lah. Itu lah maksud senyuman plastik Alisa.

" Alisa dah penat? Nak Khai angkat?" Angkat orangnya sekali boleh?. Comel sangat. Tak tahan diri ni.

Huih. Dia nak bawa barang sendiri, orang cakap apa pula?. Mata orang yang lalu lalang nampak aku macam adik, Khai Bahar abang. Dia abang aku?. Hihihi. Boleh lah daripada tak ada gelaran.

Alisa tarik muka. Muncung. Dua jam shopping, baru nak tanya. Khai Bahar tersengih. Confirm merajuk.

"Tak payah lah buat muka. Bagi beg-beg tu Khai angkat. Alisa jalan sebelah abang je" Tersasul. Mulutnya ditepuk-tepuk sebab menggelarkan dirinya abang pada gadis itu. Alisa tertawa kecil. Artis pun manusia biasa. Mana tak buat salah?. Semua beg shopping di tangan aku, dia ambil, lalu bawa sendiri. Tak sampai hati biarkan seorang gadis ( pendek ) bawa beg. Tengok dari jauh, macam pokok Krismas berjalan sebab bawa banyak sangat beg. Banyak ke ?. Setakat 40 beg aje pun.

Kami nak melintas pergi Jackel Mall. Khai cakap, nak beli sesuatu. Jackel Mall jual baju-baju perempuan. Tak cukup lagi dia beli dekat Masjid India tadi?. Aku tak nak timbulkan apa-apa isu, diam saja lah. Khai Bahar mungkin nak bagi adik-adik dia?. Mak dia ke ?.

Lampu lintasan zebra bertukar hijau, pengunjung yang bersama kami berpusu-pusu menghala kedai di seberang jalan. Sebuah motor Suzuki berkuasa tinggi telah melanggar lampu isyarat. Kaki aku pendek, lambat lah nak sampai. Sedangkan Khai Bahar dah jauh ke depan. Khai Bahar perasan aku tak ada dekat sebelah, dia mematah balik. Ternampak motor itu hampir melanggar Alisa. Dia menjerit nama Alisa, lantas menyelamatkannya dari dilanggar

" ALISA!!!!!!"

Semuanya berlaku dengan sangat cepat. Alisa tak sempat buat apa-apa, Khai Bahar terus memeluknya. Dia dan Khai Bahar tergolek ke bahu jalan. Barang-barangnya berterabur seluruh jalan. Wajah Alisa terkena dada Khai Bahar. Jantung Alisa berdebar laju. Takut sangat dengan apa yang hampir berlaku tadi. Nafas Khai Bahar tercungap-cungap. Gadis ini hampir dilanggar. Penunggang motosikal Suzuki tersebut meminta maaf pada Khai Bahar.

" Lisa? Awak tak apa-apa? Cedera tak?" Soalnya bimbang sambil menilik setiap inci tubuh Alisa. Kaki Alisa terseret jalan raya tadi semasa Khai Bahar menolaknya ke tepi jalan. kelihatan cairan merah mengalir bawah kain baju kurungnya. Kaki aku berasa tegang. Alamak, dah tak boleh jalan ke ?.

Khai Bahar menghubungi Yasmin menggunakan handphone Alisa. Alisa tetap berada dalam pelukan Khai Bahar. Dia menyandarkan Alisa di atas dadanya sebagai bantal?. Rasa maluku menyebal. Aku terpaksa tahan malu dengan orang ramai yang nak rakam kejadian ni.

*************

"KHAI nak jaga Alisa?" Yasmin agak terkejut Khai Bahar menawarkan diri nak jaga Alisa di rumah mereka. Kesian Khai Bahar. Dah lah dia banyak shopping. Disebabkan accident tu, barang-barang dia yang dia beli untuk keluarganya, habis kesemuanya.

" Khai balik je lah. Dah lewat petang. Kami dua perempuan. Orang cakap apa pulak kan?" Yasmin menyedapkan hati Khai Bahar. Dia tahu jejaka ni rasa bersalah sangat yang menimpa Alisa. Penunggang motor tu dah kena saman menyebabkan kemalangan tiada kematian.

" Maafkan saya , Yasmin. Apa-apa nanti, Yasmin bagitau saya?"

" Ok . Terima kasih sebab selamatkan Alisa"

Alisa dinasihatkan berjalan menggunakan tongkat. Cedera ringan pada tulang. Seminggu baru sembuh. Yasmin mengambil cuti sepanjang Alisa sakit.

" Khai dah balik?"

" Dah. Ala, jangan risaukan sangat boyfriend adik tu. Nak makan nasi Pattaya?"

" Nak!" Boyfriend?. Aamiin.


Apabila Si Chubby Bersama Idolanya ( Mini Novel)Where stories live. Discover now