HARAPAN

11 1 0
                                    


Tanpa Allah kita lemah,

Tanpa Allah kita bukan siapa-siapa,

Tanpa Allah hidup kita tak bermakna.


Teman,

Jangan pernah menjauh daripadaNya,

Jangan pernah putus harap terhadapNya,

Kerana awalan dan akhiran kita semuanya bermula daripadaNya.


Kuatkan hati,

Tingkatkan iman dan takwa,

Semoga redha dan rahmatNya kita peroleh,

Hanya untuk bersamaNya kekal hingga ke Jannah.


------------------------ KETERANGAN PUISI ------------------------------------------

Puisi ini menceritakan tentang seseorang yang hampir putus harap terhadapNya kerana melihatkan dunia sekarang yang semakin hampir di penghujungnya.Fikirannya buntu seolah-olah tidak ada lagi yang dia boleh harapkan untuk mendapatkan pengampunan,redha mahupun rahmat daripada Allah swt.

Namun,dia menepis perkara tersebut kerana mengatakan "Jika aku putus harap terhadap Allah,dengan siapa lagi aku boleh letakkan harapan? Tanpa Allah hidup ku tidak bermakna,Allah sayangkan umatNya.Allah masih berikan aku peluang hari ini untuk bertaubat,takkan aku nak sia-siakan peluang ini".

PUISI : TERUSKAN HIJRAHMUWhere stories live. Discover now