AMPUNILAH AKU

29 2 0
                                    


Kejinya diri ini,

Masih bersembunyi di alam ilusi,

Menyangkakan dunia ini,

Akan terus hidup tidak akan mati.


Aku berani menentang perintah-Mu,

Tanpa fikir dasyatnya azab siksa-Mu di Akhirat kelak,

Dosa dan maksiat ku lakukan tiada titik noktahnya,

Cahaya yang menerangi kini menjadi kelam,

Betapa hina dan malunya diri ini,

Pabila menghadap-Mu di Akhirat nanti.


Engkau masih berikanku peluang untuk bernafas,

Namun ku biarkan ia terbang mengikuti hembusan nafas Bumi,

Masihkah ada ruang di Syurga-Mu untukku?

Apa Engkau terima rintihan ku ini wahai Ilahi?

Rayuku ingin bersama-Mu di Jannah selamanya.


Ampunilah aku,Allah tuhanku.


--------------------------------------------  KETERANGAN PUISI  -----------------------------------------------


Puisi ini menceritakan tentang seseorang yang melakukan dosa dan maksiat secara terangan mahupun tersembunyi yang mengalami mimpi di mana dia berada di hari pertimbangan amal (Yaumul Mizan).Setelah dibuat penimbangan,piring dosa itu melimpah,beratnya piring tersebut.

Kemudian,dia dimasukkan ke neraka untuk diberikan azab atas semua kemungkaran yang dia telah lakukan semasa berada di dunia.Dia melihat betapa dasyatnya keadaan di dalam neraka tersebut dan merasakan kepanasan yang tidak mampu kita bayangkan.

Setelah bangun dari tidurnya,dia menangis merintih memohon ampun kepada Allah kerana kemungkaran yang dilakukan selama ini.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Allahu Rabbi

Sesungguhnya kita manusia pendosa hanya boleh membayangkan bagaimana keadaan di neraka, tetapi bayangan kita itu tidak dapat ditandingi malah lebih dasyat lagi keadaannya hanya Allah yang tahu.



PUISI : TERUSKAN HIJRAHMUWhere stories live. Discover now