Cerita Hidup Ku

239 13 2
                                    

Jan 23 2010 .

Nama aku Mikael , Muhammad Mikael Ahmad . Berasal dari Lorong Haji Yusof , Jalan Kebun . Aku berbangsa Portugis namun tetapi beragama islam . Sewaktu umur aku 9 tahun , keluarga aku hidup dalam kesusahan . Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . Tetapi sewaktu umurku sudah mencecah 10 tahun , aku telah di berikan bakat yang sangat hebat oleh tuhan . Bakat ku , bermain piano . aku menyedari bakat ku sewaktu aku mengikut ibubapaku pergi ke kedai alat muzik untuk membetulkan flut yang diberikan oleh datuk ku kepada ayah . Sewaktu ibubapaku sibuk bercakap dengan pekerja kedai , aku berjalan-jalan untuk melihat sekeliling kedai itu . Semakin lama aku berpusing semakin sesat aku dari ibubapaku . Aku cuba sedaya upaya untuk mencari jalan untuk cari ibubapaku , namun ia tidak berhasil kedai itu terlalu besar . aku teruskan perjalanan ku sehingga aku pusing ke selekoh kiri dan aku terjumpa sebuah piano yang besar , berkilat . Aku terasa bagai dipukau oleh piano itu sewaktu ku melihatnya . Dengan tiba-tiba aku membuka langkah ku dan naik keatas bangku lalu mula menekan-nekan not piano itu . Aku mula bermain pelbagai lagu-lagu mudah yang pernah guru ku ajar sewaktu ku di tadika dahulu seperti lagu Jinggle bell , London bridge is falling down , twinkle-twinkle little star dan banyak lagi . Sewaktu aku asyik bermain piano itu ibubapaku telah selesai berbincang dengan pekerja kedai itu . Ibubapaku mula berasa cemas kerana ketiadaan aku di sisi mereka . tetapi rasa cemas itu hanya bertahan seketika setelah ibubapaku terdengar alunan piano yang ku mainkan . Ibubapaku mencari dari mana datangnya bunyi itu lalu pekerja itu menunjukkan ke arah aku yang sedang bermain piano . Ibubapa ku berasa sangat tenang setelah jumpa aku semula . Pekerja-pekerja kedai itu terkejut pabila dia melihat seorang budak berumur 10 tahun dapat bermain piano dengan merdu sekali . Dengan tiba-tiba , Pemilik kedai datang ke arah ibubapaku dan memberikan satu borang untuk memasukkan ku ke dalam kelas piano secara percuma .

"Anak tuan , puan , ini sangat berbakat dalam bermain piano . Saya ingin memohon kebenaran tuan , puan untuk membenarkan saya memasukkan anak anda ke dalam kelas ini secara percuma." Kata pemilik kedai itu kepada ibubapaku.

Ibubapaku tidak teragak-agak langsung untuk memasukkan ku ke dalam  kelas piano itu .

August 12 2013

Setelah bertahun-tahun , berbulan-bulan dan berjam-jam aku menghabiskan masa ku pada kelas piano . Akhirnya pada umur 12 tahun , aku telah mendaftarkan diri ku dalam pertandingan International Chopin Piano Competition . Dan untuk pengetahuan , aku telah menjadi juara termuda di dalam rekod pertandingan ini . Sewaktu aku menjadi juara , hidup aku dan keluarga ku telah berubah daripada miskin menjadi keluarga yang berada . Tiada lagi kais pagi makan pagi kais petang makan petang . Dulu keluarga ku hanya duduk dalam rumah setinggan , sekarang sudah duduk di dalam rumah bungalow. Hidup kami sekeluarga menjadi gembira. Tetapi..

Disember 25 2013

Hujan turun dengan lebat sekali . Aku bersendirian di dalam rumah . Ibubapa ku sedang dalam perjalanan ke Shah Alam untuk membelikan ku hadiah hari lahir ku yang ke-12 . Aku hanya duduk di hadapan piano tanpa berbuat apa-apa . Hujan semakin lama semakin lebat . Guruh , petir , menyambar seperti helang ke sana sini . Di dalam hati ku berasa tidak enak tanpa sebab . Aku cuba melupakannya dengan bermain piano di hadapan ku . Sewaktu aku ingin menekan not-not piano itu , telefon rumah ku berdering . Aku terus bangun lalu mengambil telefon . Aku kembali semula di hadapan piano dan terus menjawab panggilan telefon itu .

"Hello?"aku berkata.

"Hello..hello ini anak kepada Encik dan Puan Ahmad ke?"seseorang yang tidak dikenali bercakap .

"Saya tak dibenarkan bercakap dengan orang tidak dikenali. Maaf."aku membalas dengan laju .

Sewaktu aku ingin menekan butang ganggang telefon , lelaki tidak dikenali itu terus berkata dengan pantas..

"Adik! Mak dan ayah adik telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang teruk di lebuh raya k
Kesas . Sekarang mereka akan dibawa ke hospital berdekatan . Keluarga terdekat adik akan sampai ke rumah adik untuk menjemput adik."kata lelaki itu .

Aku diam terkedu setelah mendengar kata-kata lelaki itu .

"Haaaa!!!" Aku menjerit dengan sekuat hati . Air mata ku mengalir tanpa henti lalu aku terduduk di atas lantai . Aku menutup mata ku menggunakan tangan dan menganggap ini hanya sekadar imaginasi . Tetapi hakikatnya tidak dapat ku tolak .

Pada hari yang sama , Senja hampir malam . Ibubapaku di sah kan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala . Aku hanya berdiam diri . Hanya melihat ibubapaku di masukkan ke dalam kubur , ditanam dan di mandikan air bunga mawar . Pabila tamat majlis pengerbumian ibubapaku . Aku terus balik ke rumah untuk mengemas barang-barang ku untuk berpindah ke rumah makcik saudara ku . Setelah ku siap mengemas , aku terus duduk di hadapan piano ku . Lalu aku berkata..

"Hanya kau lah keluarga yang aku ada sekarang ini. Jadi , aku tidak sanggup lagi untuk mengalunkan muzik menggunakan mu lagi . Maaf , sudah banyak memori indah yang ada pada kamu yang tidak ingin aku ingatkan lagi."

Aku terus berlalu pergi tanpa membawa piano sekali bersama ku ke rumah baru .

---5tahun kemudian---

Januari 7 2017

5 tahun sudah berlalu , aku masih lagi tidak bermain mahupun menyentuh piano . Setiap kali aku melihat piano di mana-mana tempat , jari-jemari ku berasa tidak tentu arah lantas aku pergi dari situ . Sekarang umur ku sudah mencecah 17 tahun . Ini adalah tahun baru bagi ku untuk kesekolah . Tidak banyak yang berlaku sewaktu ku di sekolah pada tahun dan hari-hari sebelumnya . Setiap kali waktu rehat , aku hanya duduk di dalam kelas muzik sekolah seorang diri . Tidak ramai yang datang ke kelas muzik itu , jadi aku dapat bersendirian sewaktu rehat . Tidak ramai kawan yang aku buat sewaktu ku di sekolah menengah . Hanya segelintir sahaja sahabat yang selalu rapat dengan ku , akan kuceritakan tentang mereka nanti . Hari ini , hari baru ku ke sekolah , aku telah memasuki tingkatan 5 . Dan azam ku pada tahun ini adalah melakukan perkara yang baru . Pada pkl 8:30 a.m. aku sedang berjalan di kaki lima sekolah . Aku sedang dalam perjalanan untuk ke kelas ku . Oh , aku lupa untuk memberi tahu paras wajah ku . Tinggi aku dalam 187 cm , berbadan kurus tapi berisi . Berambut panjang hingga ke paras tengkuk . Rambut ku berwarna hitam kekuningan mungkin hampir kuning keemasan , Aku memakai cermin mata berbingkai hitam , Mempunyai wajah yang biasa sahaja . Tidak terlalu kacak . Tidak terlalu hodoh . Hanya sedang-sedang sahaja . Kembali kepada cerita , sewaktu ku sedang berjalan di kaki lima sekolah , aku berjalan melepasi kelas muzik lalu aku terdengar sebuah bunyi alunan piano yang merdu sekali . Tiada cacat-cela sewaktu di main kan . Lagunya dimainkan mengikut rima yang betul dan dimainkan dengan lembut sekali . Langkah ku terhenti tepat di hadapan kelas muzik . Aku menghayati lagu yang di mainkan . Aku membuka mulut ku dan ingin berkata .

"Lii...

"Liszt-love dream" suara seorang gadis menyambung ayatku.

Bila ku lihat ke dalam bilik muzik , rupanya seorang gadis misteri yang sedang memainkan lagu itu . Seorang gadis berbaju serba putih berseri , mempunyai mata biru cerah , berambut panjang lurus bewarna coklat gelap , mempunyai paras wajah yang sangat manis dan berkulit putih gebu . Aku rasa seperti telah di hipnosis dengan kecantikannya . Senyumannya ketika bermain piano sangat manis . Ianya satu campuran yang sangat sempurna bagi seorang pemain piani . Senyuman ketika bermain . Apabila aku sedang leka menghayati alunan muzik yang dimainkannya , dia memandang ke arah ku dan menunjukkan senyuman indahnya tepat pada ku . Aku terkejut lalu menyorok di sebalik pintu kelas muzik . Sewaktu aku sedang menyorok , alunan piano terhenti dan tempat menjadi sunyi sepi . Bila aku mengintai kembali ke dalam bilik dia sudah tiada . Pada mulanya aku fikirkan ianya hantu . Tetapi bila difikirkan kembali tidak mungkin hantu boleh bermain piano . Aku terus berdiam diri seketika

"Siapa gadis itu tadi agaknya?" Aku berkata , Lalu mengangkat kaki dan berlalu pergi dari kelas muzik .

LOVE WITHIN MUSICWhere stories live. Discover now