Sewaktu aku dalam perjalanan ke kelas ku , aku terdengar suara seorang lelaki memanggil ku dari belakang .
"Hei Mikael ."
Aku menoleh diri ku lalu ternampak seorang lelaki tampan menghampiri ku . Lelaki itu bernama Rayqal Hakim , sahabat baik ku sejak aku masuk ke sekolah menengah . Ingat lagi aku pernah kata yang aku mempunyai sedikit kawan , dialah salah seorang kawan baik ku . Rayqal adalah seorang atlet muda sukan sekolah , dia selalu memenangi tempat yang pertama di dalam semua acara olahraga peringkat daerah . Dia seorang yang sangat hebat dan sangat berbakat di dalam kokurikulum mahupun di dalam pelajaran , dia juga dari keturunan keluarga yang sangat kaya . Tidak seperti aku , walaupun aku kaya , aku hanya pandai berdiam diri sahaja dari semua orang . Rayqal berwajah tampan , berambut pacak berwarna perang gelap , berbadan tegap , berpakaian kemas dan segak . Dia juga berwatakan sangat sosialize , baik hati , rendah diri , dan seorang yang pandai melawak . Dia telah banyak menolong ku sejak aku kenal dia lagi . Dia tidak pernah sombong dengan sesiapa , walaupun aku sedikit sombong pada dia , dia tetap melayan aku dengan baik sekali . Oh ! Ramai gadis-gadis di sekolah meminati dia . Tapi dia langsung tidak pernah ada kekasih hati . Sebab apa? Dia pernah kata pada aku dulu , yang dia ingin cari gadis yang sayang dia bukan dari paras populariti . Okay sambung semula pada cerita .
"Hai Rayqal." Sapa aku .
"Kenapa kau nampak murung saja ni ?." Tanya Rayqal kepada ku.
"Eh ? Mana ada murung , muka aku kan selalu macam ni . Bukan sekacak kau." Aku balas sambil menjeling-jeling pada Rayqal .
"Ek eh ? Aku kacak ke waahh~." Rayqal mengelamun jauh .
"Kau jangan nak suka sangat . Aku baru cakap sikit , dah mengelamun jauh !" Aku jerit .
"Hahahahaha ! Rilek lah . Aku tahu aku kacak , jangan la kau jeles ." Kata Rayqal sambil menunjuk-nunjuk mukanya pada aku .
"Ceh berlagak." Kata ku lalu memijak kaki dia dengan kuat .
"Duukk.!"
"Adududuii oh?! Sengaja kau ye! Sampai hati kau pijak kaki aku . Kasut aku baru saja beli tau." Rayqal berkata sambil memegang kakinya yang dipijak .
"Dah lah tu . Jangan nak buat-buat menangis depan aku . Aku tahu perangai kau macam mana . Tak pasal-pasal nanti suruh aku belanja makan sebab aku pijak kaki kau . Dah dah , jom balik ke kelas , nanti lambat kena marah pula." Kata ku lalu menyambung perjalanan ku ke kelas .
"Huuhh?! Kau ni! Nak melawak sikit pun tak boleh . Ek eh ? Mana kau tahu aku nak suruh kau belanja aku ? Wahh kau memang nak belanja aku lah ni ?" Kata Rayqal dengan penuh semangat apabila mendengar aku menyebut perkataan belanja.
"Jangan nak mengada-ngada kau . Tak ingin aku menghabiskan duit poket aku pada orang kaya macam kau . Dah lah tu jom ke kelas ! Banyak cakap jelah kau ni!" Aku menjerit-jerit pada Rayqal yang sedang bersemangat .
"Haa yelah yelah . Pffftt kedekut~" Rayqal membisik .
"Apa kau kata?!" Aku membalas .
"Tarapapapa~" kata Rayqal lalu terus berlari ke kelasnya .
Sewaktu Rayqal berlalu pergi , aku berasa seperti aku sedang di perhati seseorang dari belakang . Aku terus cepat cepat menoleh .
"Huh? Gadis tadi ?" Aku berkata dalam hati . Aku ternampak gadis yang sedang bermain piano tadi tengah mengekori aku . Sekarang , dia sedang menyorok di sebalik dinding kaki lima sekolah . Walaupun dia sedang menyorok dari aku , aku tetap boleh nampak dia kerana masih ada baju dan mukanya kelihatan di dinding itu . Aku sengaja buat-buat tidak nampak dan terus berjalan ke depan . Mana lah tahu , mungkin dia sedang mengekori Rayqal dan bukannya aku . sewaktu aku berjalan melepasi kelas Rayqal , dia tetap tidak berhenti mengekori aku . "Ehh?? Dia mengekori aku ? Tak pernah selama 4 tahun aku di sekolah ini aku diekori perempuan." Bisik aku . Aku masih tidak berhenti berjalan walaupun aku sudah sampai di kelas aku . Semakin lama , semakin laju aku bergerak . Gadis itu pun semakin terkejar kejarkan aku . Sewaktu menuruni tangga , aku terus berlari dengan pantas sekali . Gadis itu mengelabah lalu mengejar aku . Semasa dia menuruni tangga sehingga tingkat bawah sekali . Dia telah hilang jejak aku .
YOU ARE READING
LOVE WITHIN MUSIC
RandomBermula dengan insiden di sebuah gudang terbiar dimana Mikael bertemu dengan seorang gadis perawan yg cantik ketika dia leka bermain piano. Muhd Mikael Ahmad, pelajar tingkatan 4 di Sekolah Kesenian-music tinggi Swasta yg dulunya seorang pemain pian...