PELAJAR BARU?-PART I

38 2 0
                                    

-------Rumah Mikael-------

"Mikael!!"

Aku terdengar suara seorang gadis menjerit ke telinga ku. Sebaik sahaja aku membuka mata Mia membaling bantal ke muka aku lalu berkata "kurang ajar!" . Eh tunggu? Mia?!

"Mia?! Ma- ma- macam mana kau masuk ha?!" Terkejut aku bila Mia tiba-tiba di dalam bilik tidur.

"Kau- kau- kau-kurang ajar!! Ini tak adil!! Perbuatan seksual apa kau dah buat ni Kael!! Siapa dia ni!" Aku terasa pelik sewaktu Mia tiba-tiba berkata 'perbuatan seksual'. Tiba-tiba aku terasa sesuatu bergerak di dalam baju aku. Aku memandang ke arah baju aku lalu..

"E- E- Emi?!" Emi rupanya sedang tidur di dalam baju ku sambil memeluk aku . Boleh dikatakan baju aku dijadikan sebuah selimut bagi Emi.

"Emi?! Kau- kau kenal perempuan ni! Siapa dia ni ha Kael?! Siapa!!" Mia terus menerus teriak pada aku.

"Tu- tunggu!! Aku boleh jelaskan!!" Kata aku pada Mia. Aku terus menjelaskan pada Mia tanpa menunggu. Aku menjelaskan yang Emi seorang gadis yg tiada tempat tinggal, dia tiada makanan untuk dimakan, pakaian untuk dipakai, dan tiada keluarga.

" sebab tu lah aku bawa dia balik ke rumah! Takkan aku nak biarkan dia pula"

"Oho.. macam tu. Ok fine. Aku boleh terima, yg aku tak boleh terima ni kalau kau bawa gadis ni balik pun perlu ke kau tidur sebilik dengan dia ha?! Jelas kan la ha?!" Mia terus mencari alasan lain untuk memarah aku tentang Emi.

"Erkk.. haih.. a-agak susah nak terangkan teheee.." setelah aku berkata begitu wajah Mia kelihatan betul-betul menakutkan. Aku terus lawan balik apa yang Mia marah pada aku.

"Oh jelaskan tentang ni yea.. oh begitu.. hmm hmm.. aku pula nak tanya kau. Apa kau buat dalam bilik aku sekarang ni ha?! Apa kau nak lakukan perbuatan seksual pada aku masa tidur! Ha?! Mana kau dapat kunci rumah aku ha?!" Aku terus membalas kemarahan Mia .

Mia terus kelihatan terkaku-kaku setelah aku bertanya soalan tu. Dah agak dah , kemarahan dia mesti akhirnya makan diri dia juga.

"Aku.. aku.. aku cuma.."

"Cuma nak apa?! "

"Ak.. aku.. nak kejut kan kau la!! Sekolah!! Sekolah!! Kael dah lambat! Kael apa tahu!! Tak tengok jam!! Erkk... ermmm.." kata-kata Mia terus bercelaru.

"Oh kejutkan nak ke sekolah. Hmm bagusnya dia. Hmm.. "

"Aku memang bagus pun!Emmm"

"Hmm pandai.. pandai... tengok jam pukul berapa? Cuba tengok. Hmm cuba cuba" aku terus menunjukkan telunjuk jari aku ke arah jam dinding yang ada di dalam bilik ku.

[6:30 a.m.]

"Hmm enam setengah.. hmmm cuba pikir. Sekolah buka pukul 6:30 pagi? Hmm aku dah lupa masa ke? Mia.. oh Mia.. Mia!! Kau ni saja buat alasan !!" Aku terus pura-pura marah Mia. Justeru, Mia terus kelihatan takut .

"Ermm... maaf... Mia cuma nak tengok Kael tidur je" muka Mia terus kelihatan sedih.

"Si pelik" aku terus mengejek dia

"Mana ada pelik la!huh!" Mia marah pada ku lalu merajuk.

"Tak payah nak merajuk sangat, nnti aku ceritakan pasal Emi ni, sekarang ni aku nak Mia bagi apa saja barang atau kunci yang Mia guna untuk masuk dalam rumah Kael." Aku terus berlembut dengan Mia, Mia terus menghulurkan kunci pendua rumah aku yang aku pernah sembunyikan di luar rumah.

"Mulai hari ni, jangan pernah pecah masuk rumah Kael tanpa kebenaran faham?" Aku terus memberi amaran pada Mia.

"Tapi"... Mia menyampuk secara tiba-tiba.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LOVE WITHIN MUSICWhere stories live. Discover now