Siapa Kau Sebenarnya-Part I

129 10 0
                                    

Sekarang telah masuknya waktu rehat.

10:25 A.M.

Aku berjalan ke arah kantin bersama-sama dengan Mia . Seperti biasa Mia berjalan bersama aku sambil memeluk tangan kiri aku dan membuatkan aku mendapat lebih ramai musuh secara spontan .

"Mia.." Aku bertanya sambil memandang ke arah Mia .

"Ye Mikael." Mia balas .

"Boleh tak kau lepaskan tangan aku dan berjalan seperti biasa!! Ini sekolah bukannya taman permainan!" Aku menjerit sambil cuba untuk melepaskan genggaman Mia dari tangan aku .

"Hahaha tak nak . Macam ni barulah romantik betulkan ?" Balas Mia lalu memegang tangan aku dengan lebih erat lagi .

"Romantik ?! ROMANTIK!! Kau buatkan aku dapat lebih ramai musuh sekarang tau tak !" Jerit aku .

"Tak tau pun ? Weekk~" Mia balas semula sambil menjeling lidahnya pada aku .

"Kau ni memang nak kena--" Kata aku dengan suara yang perlahan .

Setelah aku dan Mia sampai di kantin , aku menyuruh Mia untuk cari tempat duduk kosong untuk kami berdua . Mia terus pergi mencari manakala aku pula terus pergi berbaris untuk membeli makanan .

"Huuhhh mana agaknya pergi gadis itu tadi ye--" bisik aku .

Setelah sampai giliran aku untuk membeli makanan , kakak penjual sebelum ini memanggil aku .

"Adek mari sini bentar." Akak penjual itu memanggil ku .

"Ye akak kenapa?" Balas aku yang sedang kebingungan .

"Nah ambil ni." Kata akak penjual itu lalu menghulurkan satu gula-gula pada aku .

Aku terus mengambilnya tanpa ragu-ragu.

"Untuk apa akak bagi saya gula-gula ini?" Kata aku .

"Ini tadi kok ada gadis kecil yang suruh akak bagi pada kamu . Dia pendiam aja . Tapi dia bilang sama akak untuk bagitau kamu terima kasih kerna membelikan dia makanan tadi . Dia kata mungkin tak seberapa gula-gulanya berbanding makanan yang kamu belikan tadi." Balas akak penjual itu .

"Huuhh?! Dia di mana sekarang akak ? Bila dia berjumpa dengan akak ?!" Dengan pantas aku bertanya pada akak itu .

"Dia baru jumpa sama akak sepuluh minit yang lalu . Yang akak nampak selepas dia bagi akak gula-gula itu dia terus menuju ke padang sekolah rasanya." Jawab akak penjual itu pada aku . Dengan tidak langsungnya aku terus berlari ke arah padang sekolah ku . Di padang sekolah ku terdapat sebuah taman permainan mini , aku rasa mungkin gadis itu berada di sana . Malang sekali sebaik saja aku sampai di taman permainan mini itu gadis itu tiada di sana . Hanya sebuah buaiyan yang terbuai-buai saja yang aku nampak di situ .

"Tak guna! Aku terlambat . Mungkin dia sudah pergi jauh." Kata aku dengan perasaan bengang . Aku terus beredar dari sana dan kembali semula ke kantin .

Setelah sampai sahaja di kantin , aku terus beratur semula di dalam barisan untuk membeli makanan .

"Mikael!! Kenapa kau lambat haa?! Aku kelaparan ni!" Jerit Mia pada ku .

"Ish kau ni ! Tak reti sabar langsung lah !" Balas aku lalu terus memberi sepinggan nasi kegemarannya iaitu nasi pattaya .

"Huuaaaa!! Nampak sedap lah!! Aku makan dulu ya!!" Zupp terus Mia menjamu nasi yang telah ku beli tadi dengan laju . Aku tersenyum melihat gelagat Mia . Bila lah dia ingin matang ya . Selama ini aku telah menjaga dia seperti kekasih ku sendiri .

"Apa kau shenyumm-shenyumm tengok akhsu haa?!" Kata Mia secara tiba-tiba sambil mulutnya dipenuhi dengan makanan .

Hei hei ! Telan dulu makanan tu baru nak cakap . Kau ni . Takkan lah semua benda aku nak kena ajar hahaha . Aku senyum sebab kau nampak macam kanak-kanak saje bila kau lapar." Balas aku lalu mengusap-usap kepalanya .

LOVE WITHIN MUSICWhere stories live. Discover now