𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

17 6 7
                                    

2 tahun yang lalu...
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Jawa,16810,Selinsing,Pasir Puteh,Kelantan.

Allahuakhbar ... Allahuakhbar ...

Laungan azan mula berkumandang, semua pelajar aspuri berbuka puasa di dewan makan. Mereka makan dengan gelojohnya akibat kelaparan kerana seharian suntuk mereka menahan lapar dan dahaga.

Usai sahaja mereka makan, mereka segera menuju ke dorm masing-masing untuk menunaikan solat maghrib. Ketua asrama telah memaklumkan kepada mereka apabila selesai sahaja solat maghrib, mereka harus pergi ke masjid sekolah untuk melaksanakan solat ishak dan solat terawih.
Ini merupakan hari pertama mereka melaksanakan solat terawih di masjid sekolah.

Sampai sahaja mereka di sana , mereka terus masuk ke dalam masjid dan memenuhkan saf. Beberapa minit kemudian, datanglah seorang pemuda yang bakal menjadi imam solat ishak dan solat terawih yang diundang oleh guru di sekolah itu.

Semasa pemuda itu masuk ke dalam masjid, pelajar aspuri terpegun melihat ketampanan pemuda itu, ada diantara mereka yang berbisik-bisik dan ada juga yang tergelak kecil.

Apabila mereka selesai melaksanakan solat terawih, salah seorang ustaz memberi tazkirah pendek sebelum mereka pulang ke asrama. Pada masa yang sama, pemuda itu melirik ke arah seorang gadis yang bertelengkung berwarna putih. Dia tersenyum melihat gadis tersebut tekun mendengar tazkirah daripada ustaz. Usai tazkirah, mereka mengambil juadah yang telah disediakan oleh para guru mereka di halaman masjid tersebut.

Dalam keadaan yang kurang cahaya, tiba-tiba.....

"Ya Allah!" gadis itu hampir terjatuh kerana tersandung pada rekahan tar yang berlubang. Tanpa disengaja, dia terlanggar seorang pemuda yang berada di hadapannya.

"Maaf." gadis itu meminta maaf kepada pemuda itu dan langsung pergi meninggalkan pemuda tersebut.

Cinta Stesen BasWhere stories live. Discover now