𝐁𝐀𝐁 𝟏

13 5 1
                                    

Jam loceng berdering dengan kuat menyebabkan Puteri terjaga dari lena. Dia lantas menutup jam loceng dari terus berbunyi. Dalam keadaan mamai, dia mencapai tuala lalu menuju ke tandas.
Pagi itu adalah hari pertama dia memulakan persekolahan di sekolah barunya. Kisah silamnya dua tahun lepas berlalu begitu sahaja. Ibarat kisah itu tidak pernah berlaku. Yang ada dalam fikirannya adalah hidup perlu diteruskan. Yang sudah pergi biarkan ia pergi. Dia ingin mencari kekuatan di tempat baru.


"Puteri, let's go to breakfast."   satu suara memanggil untuk mengajaknya makan.

"Okey." balas Puteri. Dia menatap pada sebuah gambar di tepi katilnya. Dia tersenyum. "Terima kasih"
ucap hatinya pada gambar itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana dalam kelas tingkatan 4 Sains Biologi sungguh riuh dengan gelagat pelajar. Maklumlah ketika itu tiada guru di dalam kelas mereka. Bunyi ketukan pintu dari luar kelas mereka membuatkan mereka semua terdiam.

"Assalamualaikum semua."   seorang guru penyelaras tingkatan 4 masuk ke dalam kelas mereka dan diikuti oleh seorang pelajar perempuan.

"Waalaikumussalam w.b.t, cikgu."   jawab mereka dengan serentak. Mereka memandang ke arah pelajar perempuan itu dengan penuh tanda tanya.

"Okey semua, kenalkan ini pelajar baru yang akan duduk di kelas awak semua . Jadi saya nak semua bagi kerjasama."  ujar guru penyelaras tingkatan 4 kepada mereka.  "Puteri, awak boleh duduk di sebelah Zulaikha." sambung guru itu sambil jarinya menunding ke arah tempat duduk kosong yang berada disebelah Zulaikha. Puteri menurut perintah dan menuju ke tempat duduk kosong yang dikatakan oleh guru itu tadi.

PdPc berjalan dengan lancar. Puteri memandang ke arah rakan-rakannya yang ada di kelas. Dia kepuasan kerana tidak memiliki rakan untuk dijadikan tempat berbual. Dia menarik nafas.

"Apa nama kau?"  tiba-tiba satu suara kedengaran. Puteri menoleh. Zulaikha menunggu jawapan daripada Puteri.

"Puteri." balas Puteri.

"Ouh, nice to meet you." kata Zulaikha sambil menghulurkan tangan. Puteri menyambut.

"Nice to meet you too." balas Puteri.

"Rehat nanti kau pergi dengan aku. Biar aku tunjuk kantin di mana okey?"   Zulaikha mengajak Puteri.

"Okey."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mereka berjalan menuju ke kantin. Puteri yang masih lagi kekok dengan situasi ini menjadi segan. Dia tidak biasa berjalan berdua-duaan seperti ini. Semasa di sekolah lamanya, dia pergi ke kantin dengan gengnya, bukan berdua. Namun, dia berpura-pura buat seperti biasa.

Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menuju ke tempat membeli nasi dan air. Puteri yang tidak suka makan makanan di kantin menyebabkan dia tidak membeli apapun.

"Kenapa kau tidak beli makanan?"  tanya Zulaikha.

"Aku puasa." nafi Puteri. Zulaikha mengangguk tanda mengerti. Puteri menemani Zulaikha untuk makan. Mereka mencari tempat duduk yang sesuai untuk menjamu selera. Mereka berbual dengan rancak seperti sudah lama kenal. Hati Puteri bersuara "Ramah jugak minah ni" ,  Puteri tersenyum sendiri.

Di suatu sudut ada sekolompok pelajar perempuan yang memerhatikan mereka dengan tersenyum sinis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Stesen BasWhere stories live. Discover now