.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.Lendiran nanah pada tuala wanitanya dibersihkan dengan aliran air. Bau cecair itu busuk, menggambarkan keadaan dalaman faraj yang terkena jangkitan kuman. Dicuci tuala wanita itu sehingga bersih sebelum dibuang kedalam tong sampah khas di tandas masjid. Dia mahu menyalin kepada tuala wanita lain.
Farajnya hanya mampu memakai tuala wanita yang sama buat tiga jam sahaja. Jika lebih masa, kelak terasa pedih dan gatal. Kebersihan perlu dilebihkan tika bala maksiat zina menimpa diri. Tiub gel ubat dipicit, ubat ini dipakai setiap hari juga untuk menyembuhkan ulcer di bibir faraj. Fatihah mencekalkan diri, sakit itu kadang-kadang membuatkan dia menitiskan air mata.
Siap sahaja menguruskan diri, gadis itu melangkah keluar hendak bergemu ustazah tempoh hari. Itulah kawan baharunya yang diumpamakan sebagai kakak angkat.
"Ustazah," panggil Fatihah.
"Waalaikumsalam," balas Ustazah Najwa.
Fatihah tersenyum seperti kerang busuk. Dia duduk di sebelah ustazah muda itu.
"Bangun tak tahajjud semalam?" soal Ustazah Najwa.
"Em... Tak," jujur Fatihah. Kenapa dia harus solat tahajjud sedangkan solat lima waktu pun belum pandai?
"Saya nak belajar solat lima waktu..." kata Fatihah. Sememangnya dia ini jahil dan lebih teruk daripada pelajar sekolah rendah. Rakaat solat pun masih ragu-ragu.
"Solat lima waktu kan semua orang dah pandai. Buat sajalah bila masuk azan. Ini solat tahajjud pun tinggal. Macam mana ni?" geleng Ustazah Najwa.
YOU ARE READING
FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C]
ChickLitSekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha . بسم الله الرحمن الرحيم Layakkah gadis yang jijik untuk memili...