02 Gagal

6.3K 507 61
                                    

Mata meliar ke kiri dan kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata meliar ke kiri dan kanan. Dia jadi sendiri di situ. Telefon bimbit yang punya kenalan kekasih lama dicapai gadis itu. Dia tidak bermaksud mahu menghubungi jantan itu, cuma hendak memeriksa andai ada mesej dan panggilan tidak diangkat.

Agak berjaga-jaga kerana tidak mahu suaminya ketahuan. Kerja di dapur telah disiapkan hasil tungkus lumusnya sejak tengah hari. Kini, gadis itu terduduk diam di birai katil dengan sebuah telefon yang punya calar balar pada skrin sentuh.

Nyata benar sekali tekaannya. Berduyun-duyun pesanan ringkas daripada jejaka itu. Bibir bawahnya terketap. Lama dia berfikir untuk membuka mesej itu atau pun tidak.

Membuka sahaja tanpa membalas itu tidak akan menjadi masalah pada hematnya. Lalu nama penghantar dipilih.

"Aku baru jumpa suami kau ni. Dia dah tahu yang aku pernah berzina dengan kau. Semuanya dia tahu, Fatihah. Kesian betul aku tengok muka dia, sampai sakit jantung."

Mesej itu bertarikhkan sehari yang lalu. Semalam juga Mahfuz dibawa Arif masuk ke dalam rumah dengan dadanya yang kesakitan. Berderu darah panas ke seluruh badan.

Apa Mahfuz tahu tentang itu?

Mata tidak sanggup meneruskan pembacaan, namun dia harus tahu juga apa yang berlaku ketika dia sibuk pada hari pernikahan.

"Aku kata la, dia tak akan mampu puaskan kau. Tak akan. Betina macam kau tak payah nak syok suci jadi isteri orang alim macam dia. Takut nanti dia tak mampu nak puaskan kau, alih-alih kau cari aku juga."

Telefon itu dicampakkan ke lantai di luar kesedarannya sekuat hati.

Dia tertunduk pilu.

Air mata sekejap sahaja membasahi pipi. Habis hujung jemari tangan jadi kesejukan dek perasaan takut dan gelisah. Dia terkelu dengan tindakan Khairul kali ini.

Susah sangatkah permintaannya untuk membiarkan dia hidup bahagia bersama-sama Mahfuz? Apa dia tidak layak untuk mengecapi manisnya hijrah setelah bergelumang dengan maksiat?

Khairul memang tidak akan melepaskannya. Lelaki itu jadi gila kerana ditinggalkan oleh kekasih hati yang telah menjadi teman pemuas nafsunya selama ini.

Kedua-dua kaki dinaikkan ke atas katil. Gadis bertocang satu itu memejamkan mata yang kepedihan.

Sejujurnya, dia tidak bernafsu kepada Mahfuz. Berat sungguh ujian ini. Bala angkara perbuatan lampau menimpa diri. Nafsunya dibelai menjadi haiwan ketika bersama Khairul, hanya Khairul yang mampu memuaskan diri itu. Pergilah kepada mana-mana lelaki sebelum ini, akhirnya Fatihah akan kembali merayu pada lelaki haiwan itu.

"Tak, Fatihah. Kau kena jaga kesucian diri kau. Kau kena biarkan tiga kali tempoh suci berlalu, barulah kau boleh bersama Mahfuz," nafi hati kecilnya. Masih terlalu awal untuk menghukum diri. Dia masih punya masa buat membaiki segalanya. Ikut saja rutin harian selama ini, moga apabila hari itu tiba segala memori lampau tidak lagi menghantui jiwa dan dia bisa melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now