BAB 2

106 6 0
                                    

Sebakul baju yang agak berbau terbaring elok di atas katil Fahira. Dia meliar sekeliling. Mencari empunya bakul tersebut. Baru sahaja dia nak rehat, masuk sahaja dorm ada masalah baru.

Di sekolah tersebut, terdapat blok untuk lelaki dan perempuan. Asing. Blok mereka terpisah dengan sangat jauh.

"Ha Yaya." Sapa seseorang dari belakang Fahira. Nampak sahaja muka penyapa itu, Fahira tunduk. "Ya Kak Sarah?" Senioriti di sekolah itu sangat ketat. Disebabkan sekolah itu top school di Malaysia, pelajar-pelajar di sana memiliki kepintaran yang luar biasa.

Dan kerana kesuntukan waktu, pelajar yang lebih tua (senior) ramai menyalahgunakan kepandaian mereka sebagai alasan untuk membuli pelajar junior.

Buli? Alah biasalah tu.

"Basuh baju aku. Lepas tu jemur, aku ada hal dengan cikgu." Fahira hanya mampu mengangguk. Dia tahu dia tak pandai mana, jadi dia tidak boleh lawan orang yang pandai dan dikenali ramai. Macam Sarah.

Selepas Sarah keluar dari kamar dorm, dia melepaskan keluhan berat.

Buku dihempas.

"Aduh stress betol la apsal banyak sangat homework harini?!" Imani membaringkan kepala di atas meja. Fikirannya mula kelaut.

Betul ke Fa'iq wujud? Aku harap ade lelaki yang macam tu. Heheheh..

Fa'iq ialah watak utama yang wujud sebagai watak utama dalam sebuah novel siri yang bertajuk 'Awan'. Dia kenal watak tersebut daripada Fahira. Pertama kali dia membaca novel itu, dia mula tertarik dengan personaliti Fa'iq.

Seorang yang cool, rambut jatuh, cakap lepas tetapi hatinya sangat pemurah. Selalu tolong orang dan menunjukkan perasaan sayang cover-cover. Imani mula tersenyum. Dia betul-betul cinta dengan watak tersebut.

Woosshh..

Angin dari tingkap meniup lembut. Sekaligus menerbangkan beberapa kertas kerja Imani. "Ehh kang hilang mati aku kena buat balik!" Dia bangun untuk mengutip kertas itu di luar kelas.

Dua orang pelajar yang sedang berjalan di koridor itu terpijak kertas itu tanpa sedar.

"Uhm, weh.." dia menepuk kaki mereka.

Mereka memandang ke bawah. Imani yang berada di atas lantai itu mendongak. "Kau nak mati ke?" Dia berkata dengan muka ketat.

"Sorry sorry tak perasan!" Tindakan spontan pelajar tersebut mengangkat kaki dan berlari dari situ. "Seram sangat ke muka aku???"

Semasa dia mengutip kertas itu, seorang hamba Allah mencangkung dan menolong Imani. Dia mengangkat muka untuk melihat siapa gerangan yang baik hati itu. Dia terpaku.

"Nah, lain kali terus simpan dalam fail kalau tak nak kertasnya terbang. Ciao," lelaki tersebut menghulurkan kertas-kertas itu dan terus pergi. Imani masih terbangak. Apabila dia tersedar dari realiti, jantung dia mula berdegup kencang.

"Huh?! Aku mimpi ke??"

Jari-jari Malikah lancar memainkan alunan melodi daripada piano. Dia berada di dalam bilik musik. Tempat kegemarannya. Ramai pelajar lelaki tingkatan satu memerhatikan tingkah laku Malikah.

"Dia nampak cantik macam bidadari."

"Bidadari aku."

"Tak aku."

"Okey tak lagu ni?" Soal Malikah selepas tamat bermain piano. Laju mereka mengangguk. Malikah tersenyum. "Terima kasih hehe."

Siapa sahaja tak suka Malikah? Gadis comel yang berjaya menarik ramai pelajar di sekolah itu. Tetapi bila diconfess..

Throwback..

"Malikah, saya suka awak."

"Ouh terima kasih. Tapi saya nak tak suka siapa-siapa."

Belum ada sesiapa lagi yang berjaya. Apakan daya? Mereka hanya mampu menyembunyi perasaan mereka kerana tidak mahu direject.

"Ok lah saya nak balik dorm." Malikah terus melangkah keluar dari situ. Dan terlanggar seorang lelaki. "Oi buta ke?"

"Kau tu yang buta! Apsal aku pulak kena?" Balas lelaki itu. Dia terus bangun dari situ dan berjalan.

Tinggi gila laki tu, kang aku gaduh dengan dia ada yang kena baling nanti. Fikir Malikah.

JATUH [C]Where stories live. Discover now