BAB 16

34 4 0
                                    

Hari kedua peperiksaan dijalankan. Fahira mengeliat, baru sahaja bangun daripada tidur. Dia melihat semua orang masih dibuai mimpi. Jam loceng dicapai, 4 pagi. Jarang-jarang dia bangun lebih awal daripada jam.

Dia menoleh ke sebelah. Dormmatenya yang sebaya dengannya, Razana juga masih tidak sedar. Apabila dia memandang hujung katil Aqish, dia mengeluh. Niatnya untuk study pada pagi itu ditanggguh.

Terdapat sepasang baju sekolah terletak elok di situ. Tudungnya tentera nama Sarah. Dia bangun dan mencapai baju tersebut. Langkahnya diajukan ke iron room.

Seperti biasa, dia tidak takut. Ini kerana sejak form one lagi, dia sudah disuruh gosok baju pada awal pagi. Daripada Aqish gosok, baik dia bantu gadis itu,

15 minit, dia habis menggosok baju dia dan senior. Perlahan, dia melangkah masuk ke dorm dan meletakkan baju itu di locker Sarah. Lalu mencapai tuala dan membersihkan diri.

Skip time..

Roti yang dibawa, dikunyah. Kelas masih belum ada orang. Dia mengambil peluang itu untuk mengulang kaji sedikit pelajaran peperiksaan pada hari itu. Subjek matematik.

Sejujurnya, dia sudah penat dibuli. Namun, dia perlu tahan. Lagipun, akhir tahun hampir tamat. Selepas minggu peperiksaan, mereka akan mengadakan hari sukan sekolah sebelum tamat sesi sekolah pada tahun itu.

Kira-kira dua bulan lagi.

"Assalamualaikum." Sapa seseorang dari luar pintu.

"Walaik- kumsalam." Matanya menangkap susuk seseorang yang tidak dikenali. Seorang gadis tinggi. Mukanya nampak kerek. Dan cantik.

"Uhm.. awak dari kelas ni ke?" Soal Fahira. Mata mereka bertembung dan dia datang dekat dengan Fahira yang sedang duduk di tempatnya.

"Mana kelas 1 Alis?" Soalnya dengan muka serious. Terkebil-kebil Fahira dibuatnya,

"Awak form one?" Soalan Fahira dibalas dengan anggukan. Dia bangun dan mengajak gadis itu ke kelas 1 Alis, "kelas saya tu kelas 2 Alis. Ni tingkat form 2. Tingkat form 1 kat atas." Jelasnya.

Apabila sampai, gadis itu menghadap Fahira dan memeluknya secara tiba-tiba. "Terima kasih." Ucapnya tanpa perasaan. Otak Fahira dipenuhi kekeliruan. Namun dibiarkan gadis itu memeluknya dan dia membalas pelukan tersebut.

Muka gadis itu berubah seperti terkejut. "N-nama saya Chinta, akak boleh panggil saya Chii!" Chii memperkenalkan diri dengan menunduk. Personalitinya berubah kepada seorang gadis innocent yang comel.

Fahira tersenyum. Don't judge a book by it's cover, i see..

"Then, saya Fahira."

Mungkin dia murid baru? Waktu minggu peperiksaan ada murid baru? Sekolah ni mabuk agaknya.. Fahira mengutuk sekolahnya dalam hati dan kembali semula ke kelasnya.

Sesampai sahaja dia di kelas, suasana sudah riuh. Ada yang mengulang kaji, berbual, bermain dan bertengkar. Contohnya, Imani dan Malikah.

"Fahiraaa!! Tengok Imani!" Malikah berlari ke arahnya. Dari belakang, Imani mengepal penumbuk.

"Tak aci!"

Senyuman terukir, ya.. dia perlu bertahan sikit sahaja lagi.

JATUH [C]Where stories live. Discover now