BAB 17

37 4 0
                                    

"Okay tamat waktu menjawab. Berhenti menulis," En. Afza berkata. Hari peperiksaan kedua telah tamat. Pelajar-pelajar kelihatan mengantuk. Separuh daripadanya sudah tertidur, termasuk Fahira dan Imani.

Badannya diregangkan sebelum meminta izin ke tandas. En Afza memandangnya sebelum membenarkan.

Malikah ingin membasuh mukanya untuk menyegarkan diri dan mula mengulang kaji untuk peperiksaan esok.

Dalam perjalanannya, dia terserempak dengan beberapa kumpulan pelajar seniors. Mereka memerhatikan Malikah tajam membuatkan dia rasa tidak selamat.

Langkah dilajukan. Kenapa diorang pandang aku macam tu?

Sampai sahaja di tandas, dia membilas mukanya banyak kali. Wajahnya ditenung dari pantulan cermin. Eye bag kelihatan. Biasalah eye bag tu, ia memang akan wujud kalau duduk di sekolah ni.

Atau dia tidak cukup tidur kerana belajar? Hm.. mungkin.

Dia mahu ke kelas semula, bunyi ramai pelajar berlari di koridor kedengaran dari belakangnya. Dan secara mengejut juga, dia dapat merasakan seseorang menarik tangannya ke tepi.

Wajah orang yang menarik tangannya dipandang. Ah, kakak kembar tu.

"Jangan jalan kat tengah koridor. Woi korang !" Jeritnya memanggil pelajar yang berlari di koridor tadi. Pelajar-pelajar itu memusingkan badan. Muka senior itu berubah seperti singa.

"Kalau hidup kau nak main je, baik kau mampus dari sekolah ni." Nada marah jelas kedengaran semasa memarahi pelajar-pelajar itu. Mereka hanya tunduk.

Tak lama selepas itu, mereka pergi dan tangan Malikah dilepaskan.

"Um, terima kasih kak..." Malikah mengucap sambil menunduk sedikit. Dia cuba mengingati nama senior itu. Tangannya mula menggeletar. Keselaluannya, senior akan marah jika junior tidak kenal nama senior.

Kali ini, tidak. Senior itu mengeluh dan menepuk bahu Malikah. "Safwa, aku Safwa. Ade parut kat kening. Kembar aku Safiya".

Muka Malikah berubah gembira, "terima kasih Kak Safwa." Dia meminta diri untuk pergi.

"Ah!" Belum sampai lima saat dia berjalan, dia terlanggar orang. Kali ini, nasib malang kerana tiada sesiapa yang menarik tangannya ke tepi.

Dia mengangkat muka mahu meminta maaf. "Sor- eh. Kau lagi!"

"Apa? Apa salah aku?" Firas di hadapannya berkata, seraya bangun. Tangan dihulurkan.

"Kau nak duduk situ sampai habis sekolah ke?"

Malikah mengerut dahi, menyampah. Tangan lelaki itu disambut.

Mereka berjalan ke kelas masing-masing sehaluan. Situasi senyap antara mereka membuatkan Malikah kekok. Dia cuba membuka topik untuk berbual.

"Macam mana sekarang? Dah ade kawan?"

"Tak penting."

Senangnya hidup.

"Carilah satu kot ye pon."

"Kau dah ada." Katanya bersahaja. Entah kenapa, Malikah terasa dihargai dan dia senyum. "Aku kawan kau la ni?"

Lelaki itu seperti baru tersedar apa yang dia baru cakap. Matanya berkelip-kelip dan memandang ke tempat lain. "Bukan tu maksud aku."

"Habistu? Hmm?" Malikah mengusik. Firas hanya diam.

"Ye ye."

"Apa yang ya?" Dia masih mahu mengusik. Firas melepaskan keluhan berat. Kepala Malikah diluku.

"Ya kau kawan aku."

Sekali lagi, Malikah tersenyum lebar.

JATUH [C]Where stories live. Discover now