BAB 24

32 3 0
                                    

"Kyaa!! Tengok Fikri!" Perempuan-perempuan gedik mula berkerumun untuk melihat idola mereka lompat tinggi. Malikah hanya memerhatikan dari jauh. Dia mahu mencari Imani dan Fahira tapi tidak dapat di temui.

Langkah Fikri dimulakan dan dia membuat bentuk C. Lariannya makin laju dan hup! Dia melompat melepasi batang kayu. Ouh.. boleh tahan. Malikah menepuk tangan.

Seterusnya, Firas. Dia juga membuat bentuk C dan melompat. Tetapi, lompatannya lebih smooth.

Sekali lagi, Malikah menepuk tangan. Sebenarnya, dia sudah mula bosan. Hatinya menjerit untuk ke dorm dan tidur. Namun, peraturan menghalangnya berbuat sedemikian.

Firas berlari mahu mengambil air di meja makanan hujung padang. "Wuow chill." Dia mencampak botol air kepada Firas.

"Ah thanks." Terus dia meneguk. Lompat pun penat ke? Malikah meneka sendiri kerana pengetahuannya tentang sukan amat cetek.

Dia bangun dan mula berjalan. "Kau nak pergi mana?" Soal Firas dan turut mengikut Malikah berjalan.

"Cari Fahira dengan Imani."

"Fahira?" Otaknya teringat waktu di mana dia hampir 'dibunuh' oleh Fahira dengan menggunakan kayu.

"Selamat ke aku ikut?"

Malikah tergelak. "Okey je ah. Tapi kalau kau pukul aku, mungkin kau akan betul-betul mati." Beritahu Malikah.

Firas menghiraukannya dan mengeluarkan gula-gula angin dari dalam poketnya. Lalu dimasukkan ke dalam mulut dan mengulum. Dia menghulurkan satu kepada Malikah.

Tanpa banyak cakap, Malikah menerimanya dan mengulumnya.

"Jangan gigit, nanti rongak." Kata Malikah lalu ketawa. Firas mencebik.

"Ah, tu pun. Fahira! Imani!" Lambai Malikah. Dari jauh, Fahira dan Imani bersama seorang lagi manusia tidak dikenali senang duduk di kerusi.

"Mali- ???" Panggilan Fahira terhenti apabila melihat Firas di belakang Malikah. Semakin Malikah mendekatinya, dia menarik tangan Malikah dan berbisik, "Selamat ke tu?"

"Hahaha selamat la. Dia tak bahaya pun." Kata Malikah dan mengajak Firas datang mendekati mereka. Lelaki itu hanya menurut.

"Yow. Aku Imani." Imani memberi salam perkenalan.

"Firas." Pendek sahaja dia membuka mulut.

Fahira mendekati lelaki itu. "Kau kenal aku kan?" Soalan itu hanya dibalas dengan anggukan.

"Sorry pasal haritu. Aku just takut Malikah jadi apa-apa je." Dia tersengih. Firas hanya membalas dengan "tak pe."

"Imanii!!!" Suara Fa'iq menjerit dari belakang membuatkan mereka terkejut. Imani tidak sempat untuk lari.

Dia memusingkan badan untuk berhadapan dengan Fa'iq. Namun, lelaki itu sempat melancarkan serangan dahulu. Dia memukul kepala Imani dan lari mendekati Firas.

"Kau nak apa anak pungut?!" Marahnya sambil menggosok kepalanya yang sakit.

Fa'iq naik darah. "Anak pungut tu kau!"

"Kau!"

"Kau la gila!"

Firas yang berada di tengah itu mula rasa semak lalu berjalan dari situ.

Pantas Fa'iq menghalang. "Jap! Kau kena cover aku. Kalau aku mati kena belasah dengan perempuan ni, aku salahkan kau sebab tak defend aku." Dia memberi alasan.

"Mati je lah, siapa kau aku nak kesahkan?"

Jawapan Firas membuatkan semua orang tergelak besar.

JATUH [C]Where stories live. Discover now