CHAPTER 7

111 24 0
                                    

dia mengeluarkan telepon mahu menelepon perempuan tersebut.

" awak minhyun? "

minhyun yang memandang telepon nya tersebut terus memandang suara yang di tunggu. dia mula terkejut.

" kau— " terkaku minhyun melihat perempuan tersebut. rupa nya wanita tadi yang menolong orang tua yang melintas jalan.

" dah lama ke awak tunggu? sorry saya lewat. " kata perempuan tersebut sambil bow.

minhyun yang masih terkaku hanya memandang wanita tersebut.

" ergh— ke saya salah orang? " tanya perempuan tersebut sambil mengusap tengkuk nya. dia yang mahu berpaling mula berhenti apabila minhyun mula bersuara.

" tak! betul lah tu aku minhyun. kau song jihyo ke? " tanya minhyun dengan tak percaya.

jihyo hanya mengganguk kepala lalu mengeluarkan kad pengenalan nya dan dihulurkan pada minhyun.

minhyun hanya mengambil dan memandang jihyo.

" betul betul song jihyo ke? kau pakai makeup ke? " tanya minhyun lagi. dia mengembalikan kad pengenalan jihyo.

" eh tak. langsung tak. " kata jihyo sambil membuktikan yang dia tak memakai makeup. " boleh saya duduk ke? " tanya jihyo terus duduk apabila minhyun tak memberi tanda untuk meperlawak nya duduk.

" ada apa awak nak jumpa saya? " tanya jihyo terus terang.

minhyun yang memerhatikan muka jihyo mula berdeham. lama juga dia memandang anak dara orang.

" jinyoung ada bagitahu apa apa tentang aku? "

jihyo mula memikirkan sesuatu lalu dia menggeleng. sejak dia balik jalan kaki jinyoung langsung tak telepon nya, meminta maaf pun tidak.

" okay mungkin dia lupa bagitahu tapi dalam masa 3 bulan ni kau milik aku. jinyoung yang bagi kau dekat aku. kau akan jadi wanita aku bukan jinyoung. " kata minhyun dengan senyum menggoda.

" what?! awa— " jerit jihyo dengan kuat.

dengan laju minhyun menutup mulut jihyo lalu bow apabila ramai orang memandang ke meja mereka. nanti lain pula mereka fikir kalau jihyo menjerit.

" boleh tak kalau kau tak menjerit? " bisik minhyun dengan nada geram. dia melepaskan tangan nya apabila jihyo mengganguk kepala.

" siapa yang cakap? jinyoung ke? awak cakap pasal jinyoung ke? park jinyoung? betul ke ni? awak tak tipu kan? siapa awak sebenarnya? " tanya jihyo dengan laju.

" eh banyak nya soalan. kau nak aku jawap yang mana satu ni? " tanya minhyun sambil tersengih.

" saya tak setuju! saya ni masih teman wanita jinyoung tau! " kata jihyo dengan keras.

minhyun ketawa sinis.




























hai guys, how are you? don't forget to comment and like okay? hope you enjoy reading and be safe guys. health comes first.
thank you so much ❤️

Just For 3 MonthsWhere stories live. Discover now