тωσ

296 39 67
                                    

" .... "

" Kita datang awal sangat ke— "

Empat orang manusia hyper, tak lain dan tak bukan, Tanaka, Nishinoya, Hinata dengan Bokuto tengah tercongok macam orang tak de masa depan dalam dewan besar. Mana yang lain? Sudah semestinya bersenang-lenang kat aspura. Yang empat ekor ni datang awal sebab tak nak kena lewat. Nanti kena dimerit dengan abe presiden LDP macam mana? Nanti tak pasal ii kena bebel dengan mak bapak homeroom, tak ke naya.

Jam menunjukkan pukul 2.45 petang. Masuk-masuk je dewan, ada BWP dengan emcee je. Emcee maktab yang lain dan tak bukan, Semi dengan Shimizu. Tapi baru nampak si Semi Semi je.

Jadi empat orang tu pun berjalan-jalan la dalam dewan besar yang memang besar tu. Dah macam batak sangat sampai nak tawaf dewan tu pun. Mentang-mentang ada air cond, tu yang berjalan tak ingat dunia tu.

Mata Hinata terpandang akan satu tempat yang amat menarik minatnya. Serentak Tanaka, Noya dan Bokuto memandang ke arah yang sama. Bagaikan ada telepati, mereka berempat berlari tak cukup tanah ke tempat yang menarik perhatian itu.

Tempat yang menarik untuk dilawat di dewan besar, bilik PA system of course HOHO.

Kepala dijengukkan ke dalam bilik PA system itu. Cun, takde orang. Keempat-empat orang itu masuk ke dalam bilik tersebut.

" Oh, Kenma dah sampai la " Tegur Hinata. Nintendo Switch milik lelaki berambut blonde itu terletak cantik di sebelah mikrofon. Nintendo ada, tuannya takde. Pergi cafe kot, beli makanan nak kudap-kudap waktu jaga PA system nanti.

Noya mengambil salah satu mikrofon. Selamba dia menghidupkan PA system itu lalu ditekan beberapa butang untuk menghidupkan mikrofon. Tak lama kemudian, dia mengetuk sedikit mikrofon di tangan.

" Helo helo. ROLLING THUNDER UYEAY BOOM EREN JADI TITAN " Dah mula merepek dah. Yang lagi tiga ekor tu dah tergelak sampai tak cukup nafas dah.

" Oi oi gambare gambare. RYOUIKI TENKAI— "

" I DON'T WANNA LOSE YOU KNOW. I'M LOOKING RIGHT AT THE OTHER— "

" Nya! Ichi, ni, san. Nya, arigatou! "

" Boku no hero academia. BAKUGO KATSUKI— "

Seperti yang kita lihat, TanaNoyaBokuHina tengah menggila tak ingat dunia. Diorang ingat maktab tu bapak diorang yang punya ke apa aku pun tak tau la.

" OI OI APA KORANG BUAT KAT SINI " Itu dia, emcee kita si Semi datang menyelamat. Kelam kabut dia pergi bilik PA system lepas dengar bunyi pelik ii ni.

" Kami nak merasa jugak pegang mikrofon " Semi melopong melihat mereka berempat. Macam-macam hal la diorang ni.

" Bak sini mikrofon tu. Aku nak test " Bokuto menghulurkan mikrofon kepada Semi dengan muka tak rela. Tak puas lagi main mikrofon la katakan. Semi menyambut huluran tersebut.

" Cubaan suara satu dua tiga. SASAGEYO, SASAGEYO. SHINZOU WO SASAGEYO " Ingatkan sesi karaoke dah habis, sambung lagi. Nasib kali ni suara sedap. Alang-alang diorang dah menggila, Semi nak join la. Baru tak malu sorang hah gitchew. Nak tunggu Talent Night lambat lagi fuh fuh.

Apa lagi, semua vibing tak ingat dunia. Masing-masing meletakkan tangan kanan ke jantung. TanaNoya jadi backup sound. Jangan main ii. Si BokuHina pula dah berangan jadi Levi dah, menunggu masa nak slay titan je lagi.

" Uhm, apa jadi ni? " Satu suara halus mencelah, menyebabkan Semi yang tengah nyanyi tu terdiam. Begitu juga dengan yang lain.

" KIYOKO-SAN " Ah yeah, budak berdua tu dah start fanboying bila nampak Kiyoko kat situ. Semi menyorokkan mikrofon di belakang, dan berdiri dengan awkward nya. Jatuh maruah, bro. Nasib suara sedap, selamat sikit takde la kena kecam dengan netizen.

" Oh, tak ada apa la. Skrip dah ada ke? " Tanya Semi, nak cover line. Kiyoko mengangguk sambil tangannya menghulurkan skrip ke arah Semi. Huluran itu bersambut.

" Kiyoko-san " Baru sahaja gadis itu mahu melangkah keluar dari bilik PA system, dia menghentikan langkahnya saat nama disebut. Kiyoko memusingkan badannya, menghadap Tanaka dengan Nishinoya.

" Kalau saya ajak Kiyoko-san pergi majlis kahwin boleh tak? " Ujar Tanaka. Kiyoko mengerutkan dahinya.

" Nak buat apa? " Tanaka menggigit bibir. Tak tau nak balas apa. Dia menyiku lengan Noya.

" Jadi emcee la " Spontan ayat itu keluar dari mulut Nishinoya. Senyuman tak lekang dari bibirnya, depan crusha katakan. Kena la tunjuk comel.

" Tapi saya emcee maktab. Bukan emcee majlis kahwin " Balas Kiyoko lalu berjalan keluar meninggalkan makhluk-makhluk yang kat dalam bilik PA system.

" Aku tersakiti "

" Kena reject buat kali yang ke berapa aku pun tak ingat "

" Don't mind, don't mind " Hinata menepuk bahu Noya dan Tanaka yang masih lagi down akibat direject. Bokuto cuma berdiri tegak disitu, nak tolong apa pun dia tak tau.

" Dah dah. Kejap lagi assembly nk start. Baik korang keluar before Kenma datang " Semi menghalau budak berempat tu. Ikutkan niatnya tadi nak halau, tak pasal-pasal terikut sekali mereng diorang sampai lupa nak halau.

" Baik sob sob "

.

.

.

amende sia aku type 🚪🚶

[ ON-HOLD ] crazy | haikyuuWhere stories live. Discover now