тняєє

262 37 247
                                    

" Wakatoshi-kun, jom pergi PUM. Dah pukul 9 lebih ni " Tendou menggoncang badan Ushijima yang tengah khusyuk tengok Moriarty the Patriot di Ipad. Panggilan Tendou tidak dijawab. Mata Ushijima lebih tertumpu ke arah skrin Ipadnya dimana scene Moran tengah nak tembak siapa entah nama laki tu aku tak ingat.

" Wakatoshi― Eh, asal laki tu macam Kuroo? " Tendou melopong. Automatik tangannya berhenti menggoncang badan lelaki berambut olive itu. 

" Tendou, kalau kau nak tengok, tengok diam ii. Jangan kacau aku " Ujar Ushijima sambil matanya masih melekat di skrin. Tendou memuncungkan bibirnya sedikit. 

Mentang ii harini hari Sabtu, apa lagi, berjimba la semua pelajar. Takde prep malam la katakan. So semua pun buat la kerja masing-masing.

Lelaki berambut merah itu bangun daripada katil Ushijima, lalu melangkah ke arah pintu. Mencari mangsa untuk teman ke PUM. Tiba ii pintu bilik depan terbuka.

" TSUTOMUUUUU " Goshiki yang baru je nak pakai selipar sebab nak pergi buang plastik maggi kat tong sampah tersentak apabila namanya dipanggil. Dia memandang Tendou yang bersandar di pintu.

" Ya Tendou-san kenapa― "

" JOM PERGI PUM JOM PERGI PUM JOM PERGI PUM " Habis tangan Goshiki ditarik oleh Tendou. Nasib tak tersadung je budak rambut mangkuk tu. Kalau tersadung, mau murung dia setahun. Jiran bilik sebelah dah la tak boleh pakai. Siapa lagi kalau bukan geng ii Seijoh? Kalau diorang nampak mau kena nganjing 7 hari 7 malam. Fuh, tak aman hidup.

" SABAR LA KEJAP. DUIT MANA DUIT. DUIT DAH BAWAK BELUM? " Geram sebab kena tarik, habis Goshiki menjerit. Takkan nak pergi PUM sehelai sepinggang? No money, say bye-bye to nasi goreng PUM.

" HA JAP II TUNGGU JAP " Terus Tendou berlari masuk bilik. Goshiki hanya menggelengkan kepalanya. Dia berjalan ke arah tong sampah, membuang plastik maggi kari yang menjadi kegilaan semua pelajar asrama.

Baru je dia nak menapak balik ke arah biliknya, Tendou nak muncul. Terus lelaki berambut merah itu berlari ke arah Goshiki lalu baju Goshiki direntap.

" JOM PERGI BELI MAKANAN YEAY "

" TENDOU-SAN NI KEBULUR SANGAT NI DAH KENAPA? "

˚୨୧⋆。˚ ⋆⋆ ˚。⋆୨୧˚

" BELI BELI. HARINI KOOP ADA JUAL BOBA. RM3 JE "

" BURGER AYAM, BURGER DAGING. SIAPA CEPAT DIA DAPAT "

" NASI GORENG, NASI GORENG "

Terpegun seketika Tendou dengan Goshiki waktu sampai di dataran keusahawanan. Rajin betul koop jual boba dengan burger harini. Dan dua ekor ni pun rambang mata, tak tau nak pergi koop ke PUM dulu.

" MARI BELI AYAM 2 KETUL SERINGGIT― EH NI KAGEYAMA. SORRY BRO SORRY " Cepat ii Hinata menolak tangan Kageyama daripada kaunter sambil membuat muka jijik. 

" Kau dendam apa dengan aku sampai kau nak jual aku hah? KAU CAKAP DENGAN AKU SEKARANG " Tu dia, ada drama kat depan PUM. Ini semua agenda nak tarik pelanggan ye anak ii. Bijak tak bijak dua ekor ni?

" Woish woish benda boleh bawak bincang, jangan gaduh ii. By the way aku nak nasi goreng satu " Iwaizumi yang entah datang dari mana terus mintak nasi goreng. Automatik si tangerine dan blueberry berhenti buat drama.

" Nah, RM 2.50 je. TERIMA KASIH SILA DATANG LAGI " Elok je lepas Iwaizumi blah, terus dua orang tu high-5 sesama sendiri. Tak lama lepastu berpusu-pusu orang serang PUM sebab nak beli nasi goreng.

Tu kisah kat PUM. Jom pergi usha koperasi pulak.

Kunimi menghempaskan keluhan. Lev dan Shibayama yang berada di depannya ditenung. Dia menarik nafas dalam-dalam.

" BERAPA KALI AKU NAK CAKAP, KOOP TAKDE DUIT BAKI " Habis Lev dengan Shibayama kena sembur dengan Kunimi. Mereka berdua menutup telinga. Jarang ii Kunimi nak marah gais.

" Parent ni dah kenapa bagi anak RM50 sekeping? Pikir koop ni ada duit baki banyak ii ke? Cuba kasi duit pecah kat anak. Aman sikit dunia aku tak payah nak mengemis duit baki dekat Ukai Sensei. Hesh aku la― " Tak sempat Kunimi nak meluahkan segala isi hati yang dia simpan selama ni, seorang lelaki berambut kelabu hitam itu muncul di kiosknya. Diambilnya beberapa bungkus burger lalu diletakkan di atas kaunter.

" Nak boba 11. Kira semua sekali termasuk Lev dengan Shibayama punya, ok? " Ujar si presiden BWP itu. Kunimi menganggukkan kepalanya.

" Total semua RM45 " Kita menganggukkan kepalanya lalu menghulurkan dua keping not berwarna oren dan sekeping not berwarna hijau. Duit tersebut bertukar tangan.

" Terima kasih, sila datang lagi " Kita hanya tersenyum nipis lalu menganggukkan kepalanya. 

" Thank you, Kita-san! " Kata Lev dan Shibayama serentak. Kita hanya menganggukkan kepalanya lalu berjalan ke arah bilik BWP. Ni la sebab seorang Kita Shinsuke jadi presiden BWP. Dah la handsome, pandai, baik pulak tu. HUSBAND MATERIAL GITEW.

" Tsutomu? Jauh berangan. Dah sampai mana dah? " Sapaan Tendou membuatkan Goshiki tersentak. Tendou yang sedang memegang beberapa bungkus nasi goreng dan burger itu dipandang. Banyak betul dia borong.

" Dah habis beli dah, Tendou-san? "  Tendou menganggukkan kepala. Satu bungkus burger daging diberikan kepada Goshiki.

" Nah, upah sebab teman aku " Goshiki terkebil apabila menerima pemberian Tendou.

" Tak payah susah ii la― "

" Ambik " Goshiki terus senyap.

" Thanks, Tendou-san "

" Welcome my kouhai. Dah jom balik aspura. Aku nak sambung melalak dengan Semi Semi "

.

.

.

Homework banyak sangat sampaikan aku takde masa nak update waktu weekend―

[ ON-HOLD ] crazy | haikyuuWhere stories live. Discover now