Kereta yang bergerak laju itu mula perlahan sebelum diberhentikan di bahu jalan. Dalam hati seketul manusia bernama Ieren Sofia ini tak putus putus berdoa agar dirinya tak salah masuk kereta orang jahat. Tiba-tiba....
"Kau buat apa kat sini ?" Terkejut Ieren mendengar pertanyaan orang yang di kerusi pemandu.
Macam mana dia tahu aku ada kat belakang ni ? Hatinya tertanya tanya. Takut juga kalau kalau dia keluar mulut kambing masuk mulut kucing. Aik kejap ni bukan suara....
"Fayyadh?" Dia cepat cepat menutup mulut apabila tersedar dia bercakap kuat.
"Ieren?" Fayyadh memalingkan muka sekali dengan badannya kearah belakang kerusi pemandu. Betul tekaannya dia Ieren !
"Apa awak buat kat sini ?"
Ieren terkedu. Nak cakap apa ? Tak boleh nak tipu sebab otak dia dah tepu.
"Er...maafkan saya." Ieren cuba membuka pintu. Namun Fayyadh dah menguncinya terlebih dahulu.
"No. Awak duduk sini. Banyak benda saya kena tanya awak."
Ieren hanya diam. Dia duduk di kerusi belakang. Yelah tadi dia duduk tersepit antara kerusi. Semua sebab tak nak kehadirannya dikesan oleh pemandu. Rupa-rupanya pemandu itu ialah Fayyadh.
🕶🧤👒
Mereka diam. Semua. Seisi rumah itu diam. Semut pun takut nak bergerak sebab sekarang ni kalau jarum yg paling halus jatuh mesti dengar. Kenapa? Kerana seorang Tangku Fayyadh Aryyan membawa perempuan balik ke rumah ! Tak pernah sekali dalam hidupnya selepas kejadian hitam 3 tahun yang lalu, dia membawa perempuan ke dalam Kediaman Faisal ini.
"Why ?" Suara Fayyadh menyedarkan semua orang.
"N-nothing. Erm....Fadh balik kenapa ?" bondanya bertanya.
"Salah ke Fadh nak balik rumah. Kalau tak boleh Fadh boleh keluar." Fayyadh hendak melangkah keluar tetapi cepat dihalang oleh bondanya.
"Tak, tak bukan itu yang bonda maksudkan. Cuma...."
"Fadh bawa balik dia. She is nothing. Just Fadh minta untuk bonda jaga dia."
"Fa--" Tak sempat menghabiskan ayat, Fayyadh sudah menarik tangannya ke satu sudut yang agak jauh dari orang lain.
"Apa ni ??" Ieren menarik tangannya kembali.
"Ok, sorry about that. Now let me explain. Semalam, awak pergi mana ?"
"Duduk rumah lah."
"But I saw you !"
"Pasar Delima. 2:15 petang. Bersendirian dan dikejar." Ieren terkedu. Dia tak tahu nak kata apa. Apa yang Fayyadh katakan semuanya betul. Macam mana dia tahu ?
"Macam mana saya tahu? Easy. I know what I should know."
"So by hook or by crook. Awak kena duduk sini dengan bonda." Setiap kali Ieren nak membuka mulut, Fayyadh memotong.
"Ok ok. Cuma...........tak kan saya duduk free?"
"Oh...no. Kena bayar." Ieren tekedu lagi. Tiba-tiba dia terasa macam b-o-d-o-h sebab tanya pasal bayaran bagi.
"Nope. Tak perlu. Just duduk sini. Jangan keluar. Jangan. Faham ?" Ieren terangguk angguk macam ayam mematuk.
"Okay good. Pergi makan. Saya kena keluar kejap."
"Err....jangan tinggal saya sesorang. At least kenalkan keluarga awak."
Fayyadh mengeluh kecil dan mengangguk sebelum berjalan ke arah ruang makan. Ieren mengikuti langkah si sahabat barunya.
YOU ARE READING
2 | Agent
ActionKarya Kedua NAHS Fayyadh || Ieren Tengku Fayyadh Aryyan. Seorang perahsia dan pendiam. Tetapi dalam diam juga dia berjaya menyelamatkan nyawa ramai orang termasuk si gadis tanpa pengetahuan sesiapa. Ieren Sofwah. Seorang yang terlalu misteri. Sifat...