02

138 23 7
                                    


"Apa nombor telefon Junnie, eh?" Huan bertanya kepada diri sendiri. Dia sedang memegang telefonnya untuk menelefon Renjun, kawannya lagi seorang selain Chenle, Yangyang, Sicheng, Hendery, Lucas, Ten, Dejun dan Kun.

"Jumpa pun!" Akhirnya, Huan menjumpai nombor telefon milik Renjun. Dia terus mendail nombor itu.

Setelah beberapa minit, akhirnya pemilik nombor telefon itu mengangkat panggilannya.

"Hello?"

"Junnie!!" Jerit Huan. Amboi, kuatnya dia menjerit. Mahu pekak orang yang dia sedang memanggil.

"Ya, Cik Lu Huan, saya di sini. Tak perlulah menjerit, belum pekak lagi ni", Renjun ketawa kecil. Huan malu-malu kucing.

"Junnie, tahu tak, nanti raya dah nak dekat!" Ujar Huan, terlalu gembira. Dia rindu akan kawannya seorang itu. Sudah lama dia tidak berhubung dengannya selepas Raya Cina tahun lepas.

"Jadi?" Tanya Renjun, kononnya mahu bergurau. Yalah, dah lama tidak berhubung namanya, mestilah kacau-kacau sikit.

"Jadi, Junnie balik tak raya ni? Dah lama tak main sama-sama", kata Huan, tidak sabar mendengar jawapan Renjun. Namun, dia mendengar Renjun mengeluh dengan kuat.

"Maaflah Huan, saya tak dapat nak balik China. Sebab papa ada hal lain yang dia kena selesaikan. Maaf." Sebaik sahaja Huan mendengar pernyataan Renjun, senyumannya mula hilang dari mukanya. Dia sangka Renjun akan balik ke China seperti biasa, tetapi lain pula jadinya.

"Tak apalah, saya faham. Maaf ganggu Junnie. Bye-bye." Lantas Huan meletakkan panggilannya.

Di rumah Renjun, Renjun termenung seketika memandang telefonnya yang baru sahaja diletakkan panggilan oleh Lu Huan.

"Maaf, Huan. Saya mungkir janji awak."

♡🍊♡

"Hati-hati, Huan!"

"Aduh, sakit...". Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan enam tahun terjatuh ke atas tanah. Seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan sebaya dengan kanak-kanak perempuan itu, membantunya bangun semula.

"Lain kali, jangan lari. Kan dah jatuh", nasihat budak lelaki itu yang bernama Renjun.

"Hehe." Budak perempuan yang jatuh bernama Huan ketawa kecil.

♡🍊♡

"Boleh tak Junnie janji dengan Huan?" Tanya Huan sambil memandang Renjun yang masih melihat sekitar taman permainan.

"Apa dia?" Balas Renjun, membalas pandangan Huan.

"Nanti raya, Junnie kena selalu ada dengan Huan."

"Kenapa pula?" Tanya Renjun, keliru dengan apa yang Huan kata sebentar tadi.

"Yalah, kitakan 'mandarin lovers', kenalah bersama setiap masa", kata Huan, memeluk Renjun menyebabkan muka Renjun mula merah.

"Mandarin lovers?"

"Yalah, itu nama kita. Mandarin lovers." Balas Huan, dia tersenyum sambil menampakkan giginya.

"Comel."

mandarin love ↻ huang renjun ✓Where stories live. Discover now