Hampir sudah 5 bulan berlalu sejak peristiwa aku berjanji dengan si Lisa nak berkahwin dengan dia. Aku juga telah beritahu Luna akan hal ini. Mulanya Luna agak cemburu. Dekat seminggu dia bermasam muka dan tidak tegur aku. Setiap kali malam dia pasti berpaling dariku semasa nak tidur. Bila aku cuba sentuh dan goda dia. Dia mengelak dan tinggalkan aku terpinga-pinga. Tapi ada satu hari tu Tok Adi nak tak nak terpaksa masuk campur hal kami. Dia cuba minta cucunya bertolak ansur.
" Luna mari sini tok nak cakap sikit. " panggil Tok Adi dari ruang tu.
" Sekejap ye tok. " balas Luna yang baru selesai masak didapur.
" Kenapa tok panggil Luna. " balas Luna lembut sambil duduk di depan Tok Adi.
" Tok ada benda nak bincang dengan kamu sikit. "
" Benda apa tu tok. "
" Kamu ada bergaduh dengan Putra ke? "
" Hmmm mana ada tok. "
" Sudah tak payah nak tipu atok. Tok tahu semuanya. Sebelum Putra bagi tahu kamu dia dah minta izin dan ceritakan kat tok. "
" Hmmm jadi kenapa tok tanya lagi. "
" Kamu ni dah kenapa. Izinkan jelah si Putra tu kahwin lagi. Ikutkan dia boleh je nak kahwin lagi tanpa minta izin kamu tau. Sebab dia sayangkan kamu dia tanya kamu dulu tau. "
" Kalau dia sayang Luna takkan dia nak kahwin lagi. "
" Aduh kamu ni. Nak ke nanti tetiba si Putra tu kahwin tanpa kamu tahu. Lepas tu dia terus tinggalkan kamu sendiri kat sini. Tak pun dia putuskan kamu sebagai isterinya sebab kamu tak dengar katanya. Kamu nak macam tu? " ugut Tok Adi bersahaja.
Muka Luna terus berubah. Dia mula risau dalam hati. Bagaimana kalau betul Putra pisahkan dan tinggalkan dia nanti. Sungguh dia tak sanggup.
Sementara itu Putra baru pulang dan masuk ikut pintu yang ada didapur. Dia dengar perbualan 2 beranak itu. Dia tersenyum mendapat satu idea dan startegi untuk Luna tidak lagi bermasam muka dengannya.
" Tok janganlah cakap macam tu. Habis Luna macam mana. Nanti siapa nak jaga Luna. Sayang Luna.. hiiskk..hiskk.. Luna taknak pisah dengan abang Putra.. hikksss..hikkss.. " kata Luna dalam tangisan.
" Biar padan muka kamu. Siapa suruh degil sangat tak dengar kata suami. Atok tak tau. " Tok Adi saja menambah api. Luna dan menangis kuat lagi lebat air matanya turun kat situ.
POV Iskandar
Sebaik saja aku dengar Luna nangis hatiku rasa tak tenang. Tapi nak taknak aku kena jugak teruskan rancanganku ini. Aku pun terus naik ke ruang tamu. Riak mukaku aku cuba buat dingin dan serius.
" Tok Adi.. Saya dah fikir betul-betul tadi masa saya dihutan. Saya rasa lepas ni saya akan keluar dari rumah ini. Saya nak mengembara ke tempat lain. Mungkin Luna saya akan tinggalkan disini. " kataku dengan nada beku.
YOU ARE READING
Kembara Putra Iskandar [ONGoing]
FantasyKhas untuk pembaca umur 🔞 keatas sahaja. Kisah seorang jejaka bernama Putra Iskandar yang telah ditinggalkan oleh isterinya kerana dia lemah dari segi batin. Terlalu awal tewas dan asetnya juga terlalu kecil tidak dapat memuaskan si isteri. Satu pe...