BAB 4 - RAKYAT DITINDAS

4.6K 81 17
                                    

Hai semua readers

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai semua readers. Terima kasih sebab menyokong karya saya ni. Mungkin bab ni takda cheesy meessy bagai ni. Sebab nak kembangkan jalan cerita ni dulu. Kalau rasa macam ada nanti saya letak. So teruskan support karya ni ya.

Hari ni aku dapat berita yang sungguh membuatkan hatiku memberontak dan marah tersangat. Makanan ruji setiap penduduk di Jajahan Kayangan Putra ni sudah dinaikkan harga yang melampau oleh kerajaan pemerintah. Banyak lagi barang yang dinaikkan dan dikenakan cukai terhadap peniaga dan penduduk sejagat. Ini membuatkan penduduk di Kayangan Putra hilang sumber pendapatan malah sumber makanan turut terjejas. Terpaksa mereka mecari makanan harian kembali dihutan.

Masuk pagi tadi lebih 20 orang asing aku jumpa didalam hutan. Bila aku tanya jawapan mereka semua sama. Ingin mencari makanan untuk teruskan hidup mereka dan keluarga mereka. Kerana aku sering berada dihutan jadi selalu juga aku terserempak dengan orang asing ini. Ada yang datang dari Kota Besar Kayangan namun dari keluarga yang susah. Mereka terpaksa mencari makanan dihutan kerana tidak mampu lagi membeli bahan mentah disana.

Nasib baik tiada siapa tau aku ni siapa sebenarnya. Aku hanya perkenalkan namaku sebagai Iskandar. Hujung pemegang pedangku telahku balut dengan satu lapis lain bagi menutup dari terlihat orang lain. Sepanjang aku bertemu dengan mereka ini aku cuba tunjukkan tempat dimana kawasan ikan yang banyak dan kawasan sayur atau ulaman yang boleh dimakan. Aku juga turut tolong menangkapkan ikan untuk mereka sekali.

Jujur aku kasihan, ada satu hari itu aku terserempak dengan seorang pakcik yang berusia. Jalan bongkok menggunakan tongkat. Bila aku tanya dia dari mana. Dia cakap dia datang dari satu perkampungan terpecil terletak jauh sedikit dari Kota Besar Kayangan. Dalam pengiraanku sungguh jauh dia berjalan. Dengan kedaan dia sebegini. Aku tanya lagi berapa lama ambil masa kesini. Dia beritahu lebih dari 14 hari berjalan. Hanya berbekalkan roti dan air sebagai bekalan, tetapi sudah habis. Kini sudah masuk 3 hari dia tidak makan. Dari segi luaran memang dia sangat keletihan dan tak bermaya.

Tanpa membuang masa aku terus berikan bekalan aku bawa dari rumah tadi kepada tok ini. Dia memperkenalkan diri nama dia Tok Kael. Jadi aku memberi candangan supaya dia berehat dulu dirumah Tok Adi. Namun dia dia menolak kerana dia mahu cepat pulang risau akan cucunya di rumah. Aku terus memujuk dan berjanji akan memberi stok makanan kepada dia. Akhirnya dia mengalah dan ikutku pulang sampai kerumah. Aku terus menceritakan kisahnya kepada Tok Adi dan Luna dan ku meminta mereka memanggilku dengan nama Iskandar sementara kerana aku taknak indentitiku terbongkar.

Malam itu Tok Kael bermalam disini. Esok paginya aku sudah bersiap dan terus memanggil Lucas untuk menemaniku mengahantar Tok Kael pulang kerumahnya. Aku sungguh kesian dengan keadaan dia begini mana mungkin dia dapat pulang sendiri siap bawa bekalan makanan sebanyak ini. Mahu dia boleh kena rompak atau benda lain akan berlaku. Jadi aku mengambil keputusan menghantar Tok Kael pulang dengan kereta kudaku. Sebelum ni aku sudah ada membuat seperti satu tempat khas mempunyai roda yang boleh isi barangan dan diikat bawa badan kuda tersebut. Baru ni aku sudah menambah baik pulih kereta kuda tersebut siap ada bahagian bumbung bagi mengelakkan barangan terkena air hujan dan rosak.

Kembara Putra Iskandar [ONGoing]Where stories live. Discover now