" Kes pembunuhan bersiri yang berlaku pada tiga minggu lepas, telah meragut nyawa tiga orang, iaitu seorang lelaki dewasa dan dua orang gadis muda. Mayat mereka dijumpai di dalam sungai dalam keadaan yang sangat mengerikan. "
" Pihak polis sedang bergiat aktif untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan ini. Jadi dinasihatkan untuk semua orang awam supaya berhati-hati ketika berada di luar. "
Kesemua pelanggan yang berada di dalam kafe itu terkesima tatkala mendengar berita yang ditayangkan di kaca televisyen di situ. Mereka mula berbisik sesama sendiri.
" Teruk betullah. Ada lagi manusia kejam macam ni. "
" Dengar cerita, mangsa tu diseksa kejam sebelum dibunuh. Organ mereka semua diambil sebelum dicampak dalam sungai. "
Erys Navy yang berada di satu sudut menggelengkan kepalanya perlahan. Apa nak jadilah dengan dunia sekarang? Apa mereka tak ada hati dan perasaan ketika melakukan perbuatan keji seperti itu?
Manusia sekarang... Lebih seram daripada hantu.
" Awak okay? "
Erys lantas mengangkat muka. Memandang ke arah teman lelakinya yang duduk di hadapan. Dia mengukir senyuman nipis.
" I'm fine, Hwa. Don't worry. Cuma takut sikit. That's all. "
Seonghwa mengeluh perlahan. Tangan Erys dipegang lembut.
" No need to be afraid, okay? I'm here to protect you. Tapi awak pun kena hati-hati. Awak tu perempuan. "
Melihat wajah Seonghwa yang kelihatan risau itu, membuatkan Erys tersenyum.
Baru dua minggu mereka menjalinkan hubungan, namun Seonghwa melayannya begitu baik. Jejaka itu juga selalu menelefonnya untuk memastikan keselematannya terjamin.
Ah, jatuh cinta pada lelaki seperti Seonghwa merupakan satu pilihan yang sangat tepat.
" Ish, awak jangan risaulah. Saya dah besarlah. Bukannya baby. Pandai-pandailah saya jaga diri. "
Seonghwa mecubit perlahan pipi Erys dengan geram.
" No, you're a baby. My baby. "
- - - -
" Hey, sweetie. "
Panggilan daripada Seonghwa membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam rumah sewa. Lantas Erys berpaling ke belakang, memandang ke arah Seonghwa yang sedang tersenyum kelat ke arahnya.
" Saya minta maaf sebab terpaksa tamatkan date kita awal hari ni. Are you mad? "
Pantas Erys menggeleng. Badannya dirapatkan dengan Seonghwa lalu kedua tangannya dikalungkan ke leher si jejeka.
Seonghwa memandang tepat ke arah mata Erys dengan tangannya yang melingkar kemas di pinggang teman wanitanya.
" Mana ada. Saya tahu awak sibuk. Your boss need your handsome face as a model. So I'm not suprised. "
Erys membalas. Bibirnya dengan perlahan menuju ke leher Seonghwa. Meletakkan beberapa buah ciuman di situ.
" You're so naughty. Trying to stop me from going to work by seducing me, huh? " Seonghwa menggigit bibirnya dengan sensual.
Dagu gadis itu dicengkam lembut, menghentikan ciuman di kawasan lehernya yang sensitif.
Erys sememangnya tahu titik kelemahannya di mana.
" Hmm, so what are you going to do to me, then? " Erys mencabarnya. Dengan yakinnya si gadis membalas pandangan Seonghwa dengan tatapan menggoda.
Seonghwa menjungkitkan keningnya dengan senyuman sinis terbentuk di bibir seksinya, sebelum...
Posisi mereka diterbalikkan. Seonghwa menolak lembut tubuh gadis itu sehingga bertemu dengan badan keretanya. Kedua tangannya diletakkan di sisi untuk mengunci pergerakan si gadis
" Behave. Before I lose control. "
Bisik Seonghwa begitu dekat dengan telinga Erys. Suaranya yang kedengaran berat membuatkan lelaki itu kelihatan begitu seksi sekarang.
" But sadly. I have to go. "
Cepat saja wajah seksi tadi bertukar kepada comel apabila Seonghwa memuncungkan bibirnya. Membuatkan Erys tertawa lucu lalu mencubit perlahan pipi teman lelakinya.
" Aww... It's okay. Saya faham. Lepas dah habis photoshoot, call me okay? "
Erys menurunkan tangannya dari leher Seonghwa. Tersenyum manis apabila lelaki itu itu mengusap puncak kepalanya.
" Of course, dear. "
Sebaik sahaja kereta Seonghwa meluncur pergi, Erys masuk ke dalam rumah sewanya.
Matanya bertemu dengan muka rakan serumahnya yang sedang menunjukkan wajah jijik ke arahnya.
" Kau dah kenapa, Karina? Tampar nak? "
" Lain kali kau dah gatal sangat nak main cium-cium, tempahlah bilik. Perlu ke rosakkan pandangan aku yang single ni? " Karina membidas dengan nada menyampah.
" Dah tu? Salah aku ke kau single? Kau tu ramai je yang nak. Tapi diri sendiri yang memilih. "
Erys sudah tertawa kecil manakala Karina pula hanya memutarkan matanya dengan malas. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah Erys dengan senyap.
Baru sahaja Erys ingin menuju ke biliknya, telefon pintarnya bergetar. Menandakan ada notification masuk.
Erys terus membuka aplikasi Kakaotalk miliknya. Namun dia menyesal sebaik sahaja membaca pesanan daripada oramg yang tidak dikenalinya itu.
82 10 - xxxx - xxxx
Hi, love. I'm back :)
I. WILL. NEVER. LEAVE. YOU•
•
•
YOU ARE READING
《C》CATCH THE CULPRIT | 강여상
FanfictionSelamat datang ke dunia. Tempat dimana segala kekejaman bermula.