10 ; Suprise Gift

134 29 25
                                    

Kali ini, sudah masuk minggu ke dua. Erys semakin geram.

Dua minggu dia terkurung di rumah Yeosang. Jadi dia menjangkakan bahawa jejaka itu akan menyeksanya teruk-teruk, ataupun menodainya. Yelah, itu apa yang penculik selalu lakukan.

Tapi Yeosang... Lelaki itu lain.

Setiap hari, jejaka itu akan menyuapkannya makanan kerana tangannya digari. Erys juga tidak dapat menolak kerana dia juga manusia. Tiga hari tanpa makanan boleh menyebabkan dia mati kebuluran.

Waktu ke tandas pula hanyalah waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.

Yeosang akan melepaskannya daripada gari itu dan memimpinnya ke tandas.

Erys pernah cuba untuk melarikan diri melalui tandas. Tapi hampa betul kerana tandas itu tiada tingkap ataupun lubang-lubang yang spesifik untuk dia meloloskan diri.

Dan Erys juga pernah terfikir untuk menyerang Yeosang dengan peralatan yang ada di dalam tandas.

Tapi langsung tak ada sebarang peralatan yang berguna. Hanya ada sabun buku dan berus gigi sebatang saja. Takkan dia nak serang Yeosang dengan berus gigi? 

Kadang-kadang dia terfikir... Apa agaknya rancangan lelaki itu? Takkanlah dia saja-saja menculiknya tanpa berbuat apa-apa?

Erys mengeluh kecil. Agaknya apalah nasibnya nanti? Dibunuh? Dijual di pasaran gelap? Didagangkan? Dilacurkan?

Namun pemikiran negatif itu cuba ditolak tepi. Tidak mahu mematahkan semangatnya. Tidak kira dengan apa-apa cara pun, Erys mesti keluar dari sini segera.

Lagipun dia masih ada Seonghwa. Ya, teman lelakinya itu pasti sudah membuat laporan kepada polis dan mencarinya.

Kreeaaak!

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan Erys tersentak daripada lamunannya. Matanya diputarkan dengan menyampah apabila wajah yang sama menyapa pandangan.

" How's your day, sweeheart ? "

Sudut bibir Yeosang terangkat. Memandang ke arah gadis yang digari pada katil itu dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Tangannya dipanjangkan, cuba untuk menyentuh wajah Erys.

Namun Erys bertindak lebih pantas dengan memalingkan mukanya.
" Baik kau bagitau aku sekarang. Apa kau nak? Berapa lama lagi kau nak kurung aku dekat sini? "

Bukannya takut dengan ugutan itu, Yeosang malah mengeluarkan kekehan kecil.

Comel.

Melihat gadis kecil yang digari pada katil itu mengugutnya sambil meronta... Pemandangan itu sangat comel padanya.

" What am I going to do to you? You will found out later. It's a suprise. So I don't want to ruin it. "

Yeosang menolak dagu gadis itu menggunakan jari telunjuknya. Memaksa Erys agar memandang je arahnya.

" But right now... "

" I have a 'gift' for you. "

Erys mengerutkan dahinya. Hadiah? Hadiah apa yang dimaksudkan oleh Yeosang?

Secara tiba-tiba pintu bilik dibuka oleh seseorang.

Jejaka yang berjalan masuk melalui pintu itu membuatkan mata Erys membulat.

Dia kenal lelaki itu.

















" Seonghwa... "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



《C》CATCH THE CULPRIT | 강여상Where stories live. Discover now