" HAAHH! HAAAH! "
Erys terus tersedar sebaik sahaja seluruh tubuhnya basah kuyup kerana disimbah air. Erys terngamam buat seketika. Otaknya cuba untuk memproses apa yang sedang berlaku sekarang.
Bangun-bangun saja, dia sudah ditempatkan di sebuah katil bersaiz king di dalam satu bilik yang tidak familiar pada pandangannya.
Erys juga baru perasan yang kedua-kedua belah tangannya sudah digari pada tiang katil. Kakinya pula diikat ketat dengan tali.
Apa yang dah jadi ni?
Erys menarik-narik tangannya, meronta untuk melepaskan diri walaupun dia tahu usahanya hanya sia-sia. Tidak mungkin tangannya dapat terlepas dengan mudah daripada gari besi itu.
Namun, suara kekehan seseorang menghentikan sekala tingkahnya. Matanya melilau. Mencari gerangan orang itu.
Sia-sia juga kerana pandangannya samar-samar disebabkan bilik itu gelap. Hanya cahaya rembulan yang mengintai dari celah-calah jendela itu saja sumber cahaya bilik ini.
" S-Siapa... Kau? "
Sebaik sahaja soalan itu dilontarkan, suara kekehan tersebut semakin kuat. Seperti mahu mempersendakan Erys yang terikat pada katil itu.
Akhirnya lampu terbuka. Menerangi segenap bilik luas itu.
Mata Erys berkelip-kelip, cuba untuk menyesuaikan mata dengan persekitaran yang tiba-tiba sahaja berubah cerah.
" Sorry. Kau tidur lena sangat, sebab tu aku simbah air. "
Suara berat lelaki yang menyapa halwa telinga membuatkan Erys mendongakkan kepala. Memandang ke arah gerangan yang bercakap.
Sebaik saja dia berbuat begitu, matanya bertembung dengan sepasang mata helang yang merenungnya tajam.
Jejaka tersebut berpakaian serba hitam. Terdapat mask yang menutupi separuh wajahnya. Hanya mata lelaki itu yang kelihatan.
Jejaka itu hanya bersandar pada dinding disudut bilik. Tangannya disilangkan sambil merenung ke arah Erys bak harimau kelaparan.
" Lepaskan aku! "
Erys mendengus kasar. Tangannya meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga menghasilkan bunyi kerana besi pada gari itu berlaga.
" Heh. Cepat-cepat nak pergi mana, sayang? We're just started. Takkan dah nak pergi dah, eung? "
Lelaki itu menapak perlahan, mendekati katil yang menempatkan Erys.
Jejaka itu mengusap perlahan lengan Erys yang sudah merah akibat gari yang dipasangnya.
Sekali lagi mata mereka bertembung. Kali ini, Erys berdecit kasar. Dia dapat rasa yang lelaki itu sedang tersenyum mengejek ke arahnya di sebalik mask hitam itu.
" Kau ni— "
" Kang Yeosang, baby. Say my name when you talked to me. "
Erys memutar matanya perlahan. Alahai mengada betullah penculik ni nak say my name bagai. Ya, kalau perempuan lain, mungkin sudah bergetar tulang rusuk apabila mendengar suara seksi yang dimiliki lelaki ini.
Tapi Erys? Jangan haraplah. Dia hanya setia pada Seonghwa.
" Yeah, whatever. Encik Yeosang, saya cuma tak faham kenapa awak culik saya. Kenal awak pun tak. Apa yang awak nak sebenarnya? " Soal Erys tegas. Tidak mahu kelihatan takut di hadapan jejaka itu.
Lelaki itu tersenyum sinis. Telefon pintarnya dicapai. " Mungkin kalau aku tunjuk ni, kau akan faham. "
Skrin telefonnya ditunjukkan betul-betul dihadapan muka Erys. Gadis itu mengerutkan dahi. Cuba untuk memerhati apa yang ditunjukkan oleh lelaki yang bernama Yeosang itu.
Serta-merta, bibirnya bergetar. Matanya membulat tanda terkejut.
" S-Sekejap... Tak mungkin. Kau ni- "
" Aww, I'm glad that you still remember me kitten. "
Kekehan kecil kedengaran sebelum lelaki itu bertindak untuk mencabut black mask miliknya.
•
•
•
YOU ARE READING
《C》CATCH THE CULPRIT | 강여상
FanfictionSelamat datang ke dunia. Tempat dimana segala kekejaman bermula.