Twenty Nine

236 94 2
                                    

••••
Surau, 9.00 p.m.


Harini aku rasa macam tak sedap badan.Tak tahulah kenapa.

Alhamdulillah harini hari Jumaat, so malam ni tkde prep and lepas solat isya'  dah boleh balik dorm.

Sewaktu aku baru nak bangun,tiba ii ada Badar berjalan kehadapan buat announcement.

Diminta semua pelajar aspuri dan aspura untuk tunggu dalam surau terlebih dahulu kerana malam ni kita akan ada sesi ceramah mengenai "Menjadi insan yang hebat" bersama Ustaz Mikael . Mohon tiada pelajar yang menaiki asrama lagi.

Alaaa.... time aku tak sihatlah nak ceramah bagai. Aku duduk semula dan tongkat wajah aku menggunakan telapak tangan.

Nak menangis rasa dengan badan bahang ii ni.

Khaleelah yang duduk kat sebelah, tepuk bahu aku.

Deejah. Kau ok tak ni? Apa kata kau balik dorm dulu?

Aku gelengkan kepala.

Takpe... boleh lagi ni. Diorg pun tak bagi kita naik.

Khaleelah pandang aku.

Hmmm... tkpelah kau tidur jelah kat sini alang ii kita duduk saf belakang. Biar aku cover kau.

Aku angguk lalu bersandar pada tiang berhampiran. Mata aku pejamkan.

_____________________________________________________

Apabila aku membuka mata aku, semuanya kelihatan gelap. Aku gosok mata.

Sekejap... aku kat mana ni?

Mata aku melilau melihat kawasan sekitar. Ehh- aku masih dalam surau ke?

Jam tangan aku lihat dan ianya telah menunjukkan tepat pukul 1.00 pagi.

Ya Allah lama sangat ni. Pagar asrama mesti dah berkunci.

Tiba ii aku tengok Khaleelah pun ada jugak kat sebelah aku. Minah ni pun tertidur jugakk?

Leelah... bangunn ii... Kita dah lambat ni...

Khaleelah membuka matanya tapi dirinya masih mamai lagi.

Hahh?? Asal gelap ni?

Bengek kita dalam surau thoo....

Ehh- Sekarang pukul berapa?

Dah pukul satu lebih.

Mata Khaleelah besarkan. Kami berdua menuju ke arah sliding door bahagian surau perempuan.

Oof- kunci y'all....

Kami pergi ke arah pintu sliding depan.

Kunci jugak.

Aku pandang Khaleelah macam nak menangis.

Asal takde orang kejut kita weh...

Entah... maybe ada yg dh kejut tpi kita tido mati kot...

Khaleelah aku takut...

Alah nak takut apa syaitan bukannya ada pun. Ni kan surau.

Tapi Jin ada kan... bayangkan diorg tgh tgk kita sekarang...

Bengek cakap lagi.

Semua sliding door dalam surau aku dan Khaleelah cuba bukak.

Tapi masih tak boleh. Aku tak berani nak bukak lampu surau nnti kang ada yng pelik asal Badar tak tutup lampu.

Khaleelah pandang aku.

Dahla weh kita mati jelah kat sini.

Wuwuwu... kenapa time ni jugak banyak sangat masalah jadi ;-;

Tangan Khaleelah aku pegang kemudian aku bersandar pada dinding. Dekat setiap bahagian surau tu aku asyik imagine kalau terkeluar benda ii .

Aku tengok jam dah nak dekat pukul 1.40 a.m. dah...

Takkanlah nak tunggu macam ni sampai subuh esok...

Tiba ii kitorang terdengar bunyi benda digoncang.

Aku pandang Khaleelah, Khaleelah pandang aku.

Jin betul ii datang ke....




[✓] 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙍 | 𝙋𝙖𝙧𝙠 𝙎𝙪𝙣𝙜𝙝𝙤𝙤𝙣Where stories live. Discover now