Harini ada subjek pendidikan jasmani, dan aku agak seronok untuk permainan harini.Cikgu kata harini Cikgu nak ulangkaji semula subj dulu, and cikgu pilih harini untuk main Rugby.
OHOHOHO... AKU BUKAN APA.
Aku tau ramai classmate perempuan aku suka main rugby jugak. Yelah kan bila je kami ada waktu untuk mengganas... ehh-
Selepas kami semua selesai warming up, Cikgu Arsyad mengarahkan kami untuk membahagikan kepada dua kumpulan.
Means dua kumpulan lelaki dua kumpulan perempuan.
Prtttt!!
Bunyi whistle yang menandakan perlawanan bermula.
Maka bermulalah sesi mengganas bagi para wanita kelas 4 Al-Khawarizmi.
_________________________________________________
10 Minit kemudian....
BAIDURI JAGA ZAHRA! JANGAN BAGI DIA LEPAS!!
DEEJAH!!! ILLA TGH PEGANG BOLA TU! PERGI KEJAR DIA.
Aku terus terkam Illa yang sedang mencari arah untuk melepaskan diri dari aku.
Lama jugaklah kitorang bergelut. Ganas kan kami hoho..
Dan akhirnya aku dapat bola tu and then terus aku past dekat teammates aku.
Aku kemudiannya berlari ke kawasan tiang gol pihak lawan, Atikah bagi bola kat aku dan
BOOM
aku letak.
Dan pemenangnya ialah kumpulan 2!!
WUHHHHHH!!!!
Setelah Cikgu Arsyad mengumumkan pemenang, kumpulan kami terus bersorak riang.
OHHH ABANG DEEJAH LALALALALA~
OHHH ABANG TIKAH ALALALALA
Kitorang gelak sakan tak ingat dunia. Ya kami tau kami bataks.
Aku tepuk member aku kat sebelah, aku masih cuba mencari nafas.
Tahniah sis, anda memang padu.
.....
Tapi Atikah tak balas. Ehh asal pulak senyap...
Japp... Aku ada tertolak kau kuat sangat ke? Sorry....
......
Tiba ii badan Atikah menjauh. Ehh kotor sangat ke tangan aku?
Ehhh kenapa Ati-
Aku pandang Atikah.Mata aku besarkan. Oof- Ni bukan Atikah.
Ni lebih kepada "jumpa jodoh sebelum kematian"
Harraz yang masih berdiri sambil pandang aku dan member dia secara bersilih ganti.
Camne y'all aku boleh gelak sampai kord basket ;-;
ALIYA KHADEEJAH KAU BUAT APA KAT SITU YA ALLAH!!
DEEJAH DATANG SINI BALIKK!!
Aku terus berlari semula dengan muka tahan kemaluan.
Baiduri dan kawan ii aku yang lain terus datang menghampiri aku.
Khadeejah kau sedar tak apa kau dah buat?
Kau berangan apa bendel...
Maaf tapi ini kelakar....
Sorang ii bagi aku soalan.
Tak... tadi aku ingat tu Atikah... sekali....
Tiba ii Cikgu Arsyad panggil semua ahli kelas aku berkumpul dekat pondok berdekatan padang.
4 Al-Khawarizmi, sila berkumpul sekarang, waktu PJ dah nak habis!!
_______________________________________________________
Ketua kelas, Muadzzam memberikan ucapan terima kasih kepada Cikgu Arsyad.
TERIMA KASIH CIKGU ARSYAD!
TERIMA KASIH CIKGU ARSYAD!!
Sama ii.
Dan kami pun berlalu dari situ.
YOU ARE READING
[✓] 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙍 | 𝙋𝙖𝙧𝙠 𝙎𝙪𝙣𝙜𝙝𝙤𝙤𝙣
Fiksi Penggemar⸙͎𝐁𝐚𝐝𝐚𝐫 | 바다ᄅ - 박성훈 엔하이픈- PARK SUNGHOON "Siapa yang tengah bercakap kat depan tu weh?" BADAR, stands for Badan Dakwah dan Tarbiyah. -cheolhaee © STARTED: 21 JAN 2021 FINISHED: 24 FEB 2021