Ch. 1.6 : Extra (III)

13 8 25
                                    

Estarossa meronta meminta lepas. Norman yang menarik kaki Estarossa dari belakang meja menjadikan dia mengalami sedikit kesukaran. Kedua tangan Estarossa berpaut pada kaki meja membuatkan ianya tidak berada di dalam keadaan yang stabil.

Muka Norman ditendang kuat apabila Estarossa mendapat peluangnya untuk melepaskan diri. Estarossa segera berlari keluar daripada bilik dan berlari menuju ke laluan pilihan yang lain. Hidung Norman mula menitiskan darah. Dia berasa sangat kesal dengan kelakuan Norman. Tangannya digenggam erat dan auranya mula bertambah kuat.

Estarossa berlari sekuat hati, sesekali dia memandang ke arah belakang untuk melihat kelibat Norman yang mengejarnya. Namun, ianya kosong menandakan tiada seseorang pun yang sedang mengejarnya. Estarossa menarik nafas lega lalu mengurangkan kelajuannya, namun begitu dia perlu keluar dari tempat ini sekarang juga. Dia sudah sangat pasti bahawa Norman sudah berasa kesal kepadanya, jadi kemungkinan Norman tidak akan ragu-ragu untuk membunuhnya.

Estarossa mencari penghujung laluan tersebut. Dia tidak menjumpai sebarang laluan pilihan lain atau sebuah bilik sepanjang dia berlari. Estarossa memerhatikan ke arah hadapan lalu ke arah belakang. Penghujung laluan itu tidak kelihatan, membuatkan Estarossa mengeluh.

Estarossa: "Berapa besar bangunan ni?"

Kini mata Estarossa tertumpu pada sebuah air vent dan sebuah lif. Lif yang ada pada sebelah kanan berada dalam keadaan yang tidak terjaga, sekali pandang seperti sudah rosak, dua kali pandang sudah seperti pintu berhantu. Estarossa memerhatikan pula air vent di sebelah kirinya segera dia mendekatinya. Estarossa menggunakan sihirnya untuk meletupkan besi air vent tersebut. Diselangi beberapa minit kemudian, sebuah nyalakan kasar haiwan mula kedengaran.

Estarossa mula cuak, dia memandang ke arah sisinya. Kelihatan seekor anjing gergasi berlari ke arahnya. Estarossa mencuba untuk memasuk ke dalam air vent, namun malangnya kakinya telah digigit oleh anjing tersebut.

Estarossa meraung menahan kesakitan. Anjing tersebut menarik Estarossa keluar lalu mencakar badannya dengan menggunakan kukunya yang tajam. Tidak lama selepas itu, kelibat Norman muncul di sebelah anjing tersebut.

Penglihatan Estarossa mula mengabur, dia tidak dapat melihat wajah Norman dengan jelas. Nafasnya pula menjadi tersekat-sekat membuatkan dia bertambah ketakutan sehingga melebihi tahap maksimum.

Norman mengikat rantai besi di kaki Estarossa lalu menyeretnya kembali ke dalam dewan atau nama lainnya bilik penyeksaan.

⊱──────ஓ๑♡๑ஓ─────⊰

Penglihatan Estarossa masih tidak pulih. Dia hanya dapat mendengar bunyi-bunyi di sekitarnya seperti nafas anjing, tapak kaki, rantai besi diseret, titisan air dan lain-lain. Pernafasan Estarossa sudah bertambah baik, dalam perjalanannya ke bilik penyeksaan. Estarossa telah memuntahkan isi perutnya yang berubah menjadi hitam. Rasa tidak sedap badan membuatkan dia muntah untuk yang kedua. Norman yang sedar akan itu, tidak mengeluarkan sebarang kata dan hanya menyeret Estarosa sahaja.

Kini, kedua tangan Estarossa telah dikunci pada tiang. Kaki nya yang digigit anjing gergasi membuatkan luka-luka kakinya bertambah teruk. Kini Norman bersama anjing perliharaannya berada di hadapan Estarossa. Kedua-duanya memerhatikan Estarossa dengan keadaan yang serius.

Tangan Norman membelai anjing yang berada di sebelahnya. Mukanya tidak membuat sebarang perasaan gembira mahupun marah. Setelah 30 minit sunyi tanpa sebarang perbualan,Norman mula bersuara.

"Hey, awak tak suka saya ke?"

"Awak....benci saya?"

Estarossa yang terdengar dengan kata-kata Norman mula ketakutan. Ini kerana, dia mengetahui bahawa hukuman untuknya sudah tiba.

Norman yang melihat wajah ketakutan Estarossa, mula melepaskan gelakan kecilnya.

"Comel.... Saya sangat suka riaksi awak ketika awak ketakutan. Nafas awak. Tangisan awak. Jeritan awak. Saya sangat suka semuanya!!"

"Hey.... Saya tertanya-tanya apa riaksi awak kalau saya pancung kepala orang yang awak sangat sayang. Orang seperti.... Kepala Akane-chan? Bukankah dia orang yang awak suka?"

Estarossa: "NORMAN!! Akane-chan tak de ke mengena dengan semua ni!!"

Jerit Estarossa. Dia tidak menyangka bahawa Norman mengambil peduli tentang apa yang dikatanya di saat kali pertama dia dibawa ke tempat kurungannya itu. (*Ch. 1.1 : Estarossa (II)) Akane sebenarnya adalah kawan rapat kepada Estarossa, mereka berdua telah berkawan selama tiga tahun. Dan tiada maksud cinta dalam hubungan mereka.

Norman melepaskan gelakan besar selepas mendengar jeritan Estarossa.

"Alamak. Adakah saya buat awak marah? Hmm???"

"Senior... Awak nak tau tak alasan saya sangatttttt sukakan awak?"

Estarossa tersentak. Sebenarnya, dia sangat ingin mengetahui alasan tersebut. Alasan yang membuatkan Norman menjadi obses kepadanya. (*Termasuk para readers. Hiks)

"Alasan saya simple! Ianya sebab awak tolong saya bunuh target seterusnya."

Norman memberikan senyuman lebar, mukanya dipenuhi dengan bunga bunga mawar merah yang indah. (*ktibe)

Estarossa terdiam. Bunuh target seterusnya? "Apa yang dia katakan? Aku tak pernah bunuh orang. Kalau ade pun, itu sebab aku..... Terbunuh tanpa sengaja....". Estarossa cuak. Target seterusnya.....

PARENTS DIA??!

Estarossa terkaku. Bibirnya digigit, tangannya digenggam dan mukanya ditundukkan ke bawah.

"Hmm?? Ada apa dengan riaksi awak tu?"

Norman bangkit dari tempat duduknya dan mengambil seutas tali pinggang lalu mengikatnya pada lutut Estarossa. Estarossa terkejut dengan sentuhan Norman yang secara tiba-tiba. Apa yang dia ingin lakukan kepadanya? Norman melepaskan gelakan kecilnya lalu berkata...

"Untuk memastikan awak tidak akan cuba lari lagi. Saya akan menambah lukakan kaki awak. Ianya akan terus menerus bertambah jikalau awak cuba keluar lagi."

Estarossa gementar hebat. Ini lah dia. Hukuman untuknya sudah tiba. Norman menggunakan sihir iblisnya untuk membuat luka tertutup pada kaki Estarossa, ianya tidak mengalirkan setitis darah. Namun begitu, rasa peritnya sama tahap seperti tumbuhnya cendawan segar pada kulit. Estarossa meraung menahan kesakitan. Anjing yang berada di dalam dewan itu juga tertidur lelap mendengar jeritan Estarossa.

⊱──────ஓ๑♡๑ஓ─────⊰

Hari bertambah hari. Estarossa masih tidak berputus asa untuk keluar dari tempat itu. Kakinya mengalami kecedaraan yang parah sehingga dia tidak dapat lagi berdiri tetapi dia masih ada harapan. Hospital di dunia itu dapat menyembuhkan apa sahaja jenis penyakit, jadi dia perlu kesana selepas sahaja keluar dari tempat ini.

"Aku perlu tinggalkan tempat ini, walau nyawa aku jadi taruhan sekalipun."

TAMAT

p/s: Hey gais. So ini sahaja cerita about Estarossa. Lepas ni dah tak de dah  (。・ω・。)ノ♡

Well i know that banyak lagi yang belum saya/aku terangkan. But, dont worry. Aku dah uruskan semuanya ( ˘ ³˘)♥

Korang baca je cerita ni sampai habis tau. Hope korang enjoy♥

Btw, next chapter aku buat side story, so aku buat spam update. Get ready, okey?!

p/s: Jangan lupa vote (。•́︿•̀。)

[OG] DIARYWhere stories live. Discover now