Ch. 2.2 : Zeldris (III)

15 3 0
                                    

Sudah tiga tahun berlalu sejak Zeldris menyertai organisasi VOC. Pada awalnya, dia sering diganggu atau diserang oleh kawan sekerjanya sendiri. Ramai yang tidak berpuas hati kepadanya dan ingin mencabar dirinya dalam pertarungan berlawan. Namun pada akhirnya, semua kawan sekerjanya kalah dalam pertarungan dan kagum dengan kemahiran yang dimilikinya dan bahkan ada yang ingin berpura menjadi sahabat dekat untuk mengambil keuntungan.

Zeldris turun dari kereta. Di hadapannya, terdapat sebuah bangunan megah yang dibina daripada hasil duit-duit haram. Penyeludupan, pinjaman wang haram, penipuan, pelacuran dan sebagainya. Dia melangkah masuk ke bangunan tersebut dan terus menuju ke pejabat pemilik bangunan. Terdapat dua orang penjaga berada di pintu masuk, mereka berdua meminta kad pekerja untuk mengenal pasti identiti si pelawat.

Zeldris mengemaskan pakaiannya sebelum memasuki ke ruang pejabat, dia memastikan pakaian bersih daripada sebarang titisan darah dan kotoran habuk. Nafasnya dihembus perlahan mengeluarkan segala rasa resah dan risau. Tombol pintu dipulas dan tanpa buang masa lagi segera dia memasuki ke dalam.

Seekor iblis yang merupai wajah manusia duduk di hadapannya sambil bermain dengan sebuah pen yang berjenama Boheme Royal. Si iblis mula memberikan perhatian kepada Zeldris yang berdiri tegak di hadapan pintu masuk, dia merenung tepat ke arah anak matanya. Zeldris yang mula berasa kurang nyaman hanya mampu meneguk air liurnya sendiri. 

Si iblis mula berbicara dan menjalankan peranannya sebagai seorang President.

President: "Lapor."

Zeldris: "Yes, Boss. Tugas harini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami jalankan. Mereka bahkan memberikan tawaran mewah sebagai tanda mewujudkan hubungan perniagaaan kawan sekutu ke atas syarikat kita."

President: "Bagus."

Zeldris hanya menundukkan kepalanya ke bawah, sebagai tanda hormat kepada Si President. 

President: "Zel, duduk. Ada perkara yang perlu aku bincangkan dengan kau."

Zeldris hanya mengaggukkan kepalanya tanpa sebarang bantahan. President dan Zeldris mendekati  sekumpulan buah sofa yang berada di bahagian sisi bilik pejabat lalu melabuhkan punggung mereka ke salah satu sofa tersebut secara bertentangan. 

President: "Zel, aku ada satu lagi tugas untuk kau sebelum kau ikut menyertai projek besar yang sedang aku jalankan."

Zeldris: "Tugas?"

President: "Ya, tapi tugas ini pada asalnya adalah kemahuan Akane sendiri. Lebih tepat,  ianya tentang hal peribadi bukan dari pelanggan lain."

Si President menyambung lagi.

President: "Seperti yang kau tahu, Akane masih bersekolah berbeza dengan kau yang ingin terus bekerja. Salah seorang daripada sahabatnya telah hilang buat sekian lama. Jadi, dia ingin siasat tentang kejadian yang berlaku. Tapi, pada masa ini dia kelihatan sangat sibuk melayan pelanggan. Tampak sepertinya, dia mendapat lebih banyak permintaan dari pelanggan berbanding dengan sebelum ini."

Zeldris hanya menganggukkan kepalanya menandai fahami apa yang sedang berlaku kepada Akane. Dia menggigit sedikit bibirnya, dia sedar bahawa dia mungkin akan membawa watak sebagai detektif untuk mencari sahabatnya Akane. President yang peka dengan apa yang difikirkan Zeldris, dia hanya mengeluh perlahan.

President: "Zel."

President: "Aku minta kau carikan sahabatnya Akane. Aku sedikit risau tentang reputasi Akane yang sedikit terganggu tentang hal ini dalam melakukan pekerjaan dan persekolahannya... Aku membuat permintaan ini bukan sebagai boss atau president kau. Tapi sebagai ayah , dan Akane adik kau. Adakah kau sudi menerima permintaan aku ini?"

Zeldris diam untuk beberapa minit, berfikir matang untuk tindakan yang akan diambilnya.

Zeldris: "Adakah aku akan mendapat sebarang ganjaran selepas berjaya melakukan tugas ini?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] DIARYWhere stories live. Discover now