#1

3.4K 339 166
                                    

Dia melangkah perlahan memasuki ke dalam ruangan hotel lima bintang tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia melangkah perlahan memasuki ke dalam ruangan hotel lima bintang tersebut.

Kaca mata hitam dibetulkan, memerhati segenap ruangan yang dipenuhi orang ramai itu.

Matanya terarah pada susuk tubuh yang menjadi targetnya malam ini. Dia mengukir senyum sinis, berjalan menuju ke arah lelaki itu.

"Janganlah malu-malu, makan je banyak-banyak. Ah ya, saya minta diri dulu. " lelaki itu tersenyum manis ke arah tetamu yang hadir, kemudian dia mengorak langkah menuju ke bilik persendiriannya.

Setelah menutup pintu, dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi, memandang segala kertas yang berselerak di atas mejanya.

Dia mengangkat wajahnya, apabila terdengar bunyi picu pistol ditarik, wajah lelaki yang samar-samar kelihatan itu sedang menghalakan pistol ke arahnya.

"Serahkan USB tu, dan urusan kita selesai. " ujarnya, tatapan matanya yang dalam membuatkan lelaki itu meneguk liurnya perlahan.

"U-USB apa? A-Aku t-tak-"

POM!!!

Lelaki itu membulatkan matanya apabila peluru pistol itu hampir-hampir sahaja mengenainya, dia melihat ke arah frame gambar yang terletak rapi di atas mejanya.

"Serahkan, atau kau yang mati. " suara garaunya memenuhi ruangan itu, pistol masih diarahkan ke lelaki itu.

Pantas lelaki itu meraba-raba mejanya, mencari USB yang dia inginkan. "N-Nah, t-tolong jangan bunuh aku! "

Dia tersenyum sinis, melangkah mendekati lelaki itu dan merampas USB dari tangan lelaki itu.

"Sure. " kemudian dia menapak keluar dari bilik itu, memandang sekelilingnya seketika.

"Mission complete. "

POM!!!

Dia memandang sekilas ke arah bilik yanh sudah dibom, hasil dari bom yang dia tinggalkan di dalam bilik itu.

"Tch, you thought. "

Dia menundukkan wajahnya apabila semua tetamu mulai kecoh dan mengerumuni kawasan itu. Dia mengambil peluang itu untuk meloloskan dirinya dari hotel itu.

***

"Ah bodoh, aku dah agak kedai peberet aku dah tutup masa ni! " dia menggerutu, memandang sayu kedai coklat kesukaannya.

Jam menunjukkan pukul 12:39 a.m, normallah semua kedai sudah tutup ketika ini.

"Hm, murungnya aku macam ni. " dia mencebikkan bibirnya, menendang dinding kedai itu namun apa yang dia dapat hanyalah kakinya yang sakit.

"Anjim, kaki aku yang sakit. Tak guna punya dinding! " dia menjerit kemarahan, memarahi dinding yang tidak tahu apa salahnya.

cold. mlWhere stories live. Discover now