#6

1.7K 309 145
                                    

Siapa yg promote cerita aku kt tiktok, aku sayang kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siapa yg promote cerita aku kt tiktok, aku sayang kau. <3

Thanks to renhyvcks HAHAHAH dia yg bgthu aku.

+++

"Mark, train dia lagi. " Taeyong yang baru tiba di dalam bilik latihan itu mendekati Mark.

Mark masih berdiri di hadapan ruangan menembak dengab pistol di tangannya, kemudian dia mendecit perlahan.

"Lagi? Dia dah sedar ke? "

Taeyong menganggukkan kepalanya. "Nanti aku suruh Jaehyun bawa dia kesini. Bersedia. "

Mark hanya mendiam tidak menjawab, dia melemparkan pistol di atas lantai begitu sahaja.

Tidak lama selepas itu, dia mendengar pintu bilik latihan itu dikuak, menandakan Jaehwa sudah tiba disitu.

Jaehwa meneguk liurnya perlahan, menapak perlahan-lahan menuju ke arah Mark.

"Stop there. " arah Mark tiba-tiba, membuatkan Jaehwa terus menghentikan langkahnya.

Mark memandangnya tanpa emosi, kedua tangannya dimasuk ke dalam poket seluar, memandang Jaehwa atas bawah.

"Kau fikir dengan tangan berbalut macam ni, kau boleh berlawan? " ujar Mark dengan suara penuh sinis, membuatkan Jaehwa hanya terdiam.

"Kau fikir aku nak sangat ke berlawan? " bidas Jaehwa penuh berani.

Kening Mark terangkat sedikit, kemudian dia berjalan menghampiri Jaehwa dan melanggar bahunya penuh keras.

"Aku tak tanya dan tak pernah kisah." ujarnya sambil menudingkan jarinya ke arah pistol yang berada di atas lantai itu.

"Ambil dan pergi berlatih dekat hujung sana. " arahnya lagi.

Jaehwa memandang pistol itu sekilas, kemudian dia memandang Mark semula.

"Tak nak. " jawab Jaehwa.

Mark menolehkan kepalanya ke arah Jaehwa dengan tatapan bekunya.

"What did you just say, girl? " dia menjongketkan keningnya.

Jaehwa memandang mata Mark. "Aku kata, aku tak nak. Pekak ke? "

Mark mengetap rahangnya kasar, lidah ditolak ke tepi bahagian dalam pipinya.

cold. mlWhere stories live. Discover now