#10

1.7K 310 103
                                    

Jaehwa membuka matanya perlahan-lahan, memandang siling bilik yang sangat asing baginya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehwa membuka matanya perlahan-lahan, memandang siling bilik yang sangat asing baginya.

Dia memegang kepalanya yang terasa berbalut, dan barulah teringat kejadian tempoh hari. 

Jaehwa cuba bangun dari pembaringannya, namun sakit di segala badannya menghentikan niatnya itu.

Dia mengaduh sakit, akhirnya berputus asa dan hanya baring di atas katil itu. 

Pada masa yang sama, pintu bilik dibuka, sekaligus membuatkan Jaehwa menolehkan wajahnya ke arah pintu.

Jaehwa menoleh ke arah lain apabila perasan lelaki yang baru memasuki bilik itu adalah Mark.

Mark yang hanya berpakaian baju T hitam berlengan pendek bersama seluar pendek langsung tidak menarik perhatian Jaehwa.

Dengan langkah selamba, Mark berjalan mendekatinya. "Sejak bila kau sedar? "

"Baru tadi. " jawabnya acuh tak acuh. Mark tidak menjawab, sebaliknya dia berjalan kembali ke pintu bilik.

"Jaehyun suruh ingatkan bila kau dah sedar, makan makanan yang dia beli kat atas meja makan. " sebaik sahaja Mark ingin menutup pintu semula, Jaehwa memanggil namanya.

"Mark! Aku... Aku tak boleh bangun. " ujar Jaehwa perlahan, berharap Mark mendengarnya.

"Lepastu? Kau nak aku dukung kau ke? " soalan Mark membuatkan Jaehwa terdiam.

"Uh, aku... "

"Pepandai kau lah. Kira bagus aku tumpangkan rumah aku dekat kau. " jawabnya beku, menutup pintu bilik sedikit kuat membuatkan Jaehwa tersentak.

"Tch, dasar beku. " Jaehwa mengeluh perlahan, cuba melelapkan matanya kembali.

Mana tahu lepas dia tidur untuk mendapatkan tenaga, dia dah boleh berjalan semula?

---

"Mark memang tak tolong bawa makanan kat dalam bilik kau? " soal Yuta, kini segala makanan yang dibeli Jaehyun diletakkan di atas meja bersebelahan katil itu.

Jaehwa menggelengkan kepalanya perlahan. "Tak apalah, aku dah menumpang sini, it's not nice la arah arah orang punya rumah-"

"Ya bukanlah itu maksudnya, kau kan sakit. Patutnya dia lah bawa masuk makanan ni. " potong Yuta, sekaligus membuatkan Jaehwa terdiam.

Yuta menghulurkan mangkuk berisi bubur itu ke arah Jaehwa. "Kau boleh makan sendiri kan? "

Jaehwa menganggukkan kepalanya , mengambil mangkuk itu dan memakannya perlahan-lahan.

"Ada sakit mana-mana lagi? " soal Yuta, mengambil tempat di kerusi di hadapan katilnya.

Jaehwa menunjukkan pipinya. "Sakit lagi, dia tampar kuat sangat. "

Mengingatkan peristiwa semalam, Jaehwa memegang kepalanya yang terasa berpinar secara tiba-tiba. 

Darah terpercik sana sini, tembak-menembak, dan keganasan lain, semuanya berlaku di hadapan matanya.

cold. mlWhere stories live. Discover now