Selepas Jaehwa tertidur, Yuta dan Mark keluar dari biliknya, menuju ke arah ruang tamu tanpa sebarang suara.
Baru sahaja Yuta ingin membuka mulutnya, Mark terlebih dahulu bersuara, "Jangan tanya aku, aku pun tak tahu. "
Yuta mendecit kecil, melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu tersebut. "Kau beku sangat dengan dia."
Mark tidak menjawab, hanya merenung ke luar beranda apartmentnya. Dia melepaskan keluhan perlahan.
"Hyung pun tahu , kenapa aku tiba-tiba jadi macam ni. "
"Kau lain sangat dengan Mark Lee yang dulu. " ujar Yuta perlahan, membuatkan Mark mengetap bibirnya.
"Aku tahu. "
"Dan aku tahu yang Jaehwa punya perangai sebiji dengan dia, tapi kau kena ingat yang dia dah tak ada, Mark. Jangan layan Jaehwa beku macam tu, hanya sebab dia mengingatkan kau pada dia."
"Tch, ayat yang sama dengan Jaehyun hyung. " Mark mendecit perlahan, mula bangun dari duduknya dan menuju ke arah dapur.
Yuta menggelengkan kepalanya, kemudian telefon pintarnya tiba-tiba berdering, menandakan ada panggilan masuk.
"Hm Taeyong, kenapa? " Yuta bangun dari sofa, tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Hah? Dreamies? Dengan Donghyuck? "
Mendengar nama itu, Mark menghentikan pergerakannya untuk meminum air, menoleh memandang ke arah Yuta yang sibuk bercakap dengan Taeyong.
"Dia... dia cari Jaehwa?"
Mark mendekati Yuta, dan tanpa sebarang kata dia merampas telefon dari tangan Yuta.
"Hyung, apa?"
"Mark Lee, Dreamies dan Donghyuck kesini lagi, dan sekarang diorang tanya Jaehwa ada tak dengan ki-"
"No, jangan cakap apa-apa kat diorang. Aku percaya tu muslihat Donghyuck. " cantas Mark laju, kemudian dia memberikan telefon itu ke Yuta semula.
"Mark kau-Mark! " Mark hanya menghiraukan panggilan Yuta, dia melangkah pergi dari situ dan masuk ke dalam biliknya.
***
Jaemin berjalan sendirian di lorong itu, fikirannya bercelaru. Dah entah hari ke berapa Jaehwa menghilang, kemudian dia dikejutkan dengan kematian Taehyun empat hari lepas.
Semuanya kucar-kacir, pelik juga kenapa Taehyun tiba-tiba mati ditembak. Jaemin tahu yang Taehyun adalah sebahagian dari mafia dan di bawah kumpulan TXT.
Tapi disebabkan dia percaya Taehyun yang dia baik dan boleh menjaga adiknya, dia hanya membenarkan sahaja mereka bercinta, itupun Jaehwa yang desak dia.
Hubungannya dengan TXT pun okay sahaja, tiada perbalahan yang pernah berlaku di antara mereka dan kumpulannya sendiri.
Tapi Jaemin tidak tahu niat sebenar Taehyun tiba-tiba bercinta dengan adiknya sendiri, iaitu perangkap Jaehwa.
YOU ARE READING
cold. ml
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ᴋɪꜱᴀʜ ᴋᴀᴜ ᴅᴀʀɪ ᴍᴀɴᴀ ᴀᴛᴀᴜ ᴀᴘᴀ. ʏᴀɴɢ ᴘᴇɴᴛɪɴɢ ꜱᴇᴋᴀʀᴀɴɢ ɴɪ, ᴋᴀᴜ ᴍᴀᴛɪ. " ᴍᴀꜰɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (2) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴍᴀʀᴋ ʟᴇᴇ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ, 2021