8 | salty

543 13 0
                                    

Amelia setia menunggu Aidan dipintu utama syarikatnya. Ish, mana pulak mamat ni. Tadi aku rasa beria sangat nak pergi beli barang kahwin bagai. Ni lah melayu. Omel Amelia seorang diri sambal memeluk tubuh dan tidak berhenti memandang kea rah jam tangannya.

Selang beberapa minit, kelibat Aidan akhirnya muncul dan Amelia melepaskan keluhan yang kasar. Mukanya yang masam dan tidak puas hati ditonjolkan supaya disedari oleh Aidan.

"Dah lama tunggu?" soal Aidan sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Amelia.

"Dah nak reput dah kaki aku tunggu kau kat sini," balas Amelia dengan nada sindiran. Aidan pula hanya membalas sindiran itu dengan senyuman lalu berjalan menuju ke arah kereta dan diikuti oleh Amelia.

"Pakai seatbelt," arah Aidan sebaik sahaja Amelia menutup pintu kereta. Tali pinggang keledar ditarik lalu dipasang dengan mudah. Baru sahaja pedal minyak hendak ditekan, bunyi amaran daripada kereta mewah Aidan itu berbunyi. Mereka berkongsi pandangan.

"Kau ni, pakai seatbelt pon tak betul ke?" tuduh Aidan.

"Aku dah pakai leklok lah, kau tu ha. Pakai tak betul," balas Amelia tidak mahu kalah. Mereka saling memeriksa tali pinggang masing-masing dan rupa-rupanya Amelia tidak dipasang dengan betul. Sekali lagi mereka bertukar pandangan. Amelia hanya tersenyum lalu membetulkan semula namun entah mengapa tali pinggang keledarnya masih lagi tercabut.

"Eee kau ni, meh sini aku buat," Aidan akhirnya membetulkan tali pinggang keledar Amelia. Tanpa Amelia sedar, posisi dia dan Aidan sangat dekat sehingga dia boleh mancium bau minyak wangi lelaki yang dipakai oleh Aidan. Aidan mendongakkan kepalanya dan dengan pantas Amelia melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

"Cepatlah, nanti lewat tutup pulak kedainya," bebel Amelia. Gear Parking ditukar kepada Drive lalu pedal minyak ditekan dan membelah jalan.

Langsir baldu bewarna merah gelap ditarik perlahan oleh salah seorang pekerja di butik pengantin itu dan kelihatan Amelia memperagakan busana pengantin bewarna putih dan dipenuhi dengan lace yang tidak terlalu berlebihan. Aidan yang duduk di sebuah sofa berhadapan dengan Amelia terpana melihat keayuannya. Sebelum ini, Amelia sangat tidak suka memakai pakaian seperti ini kerana dianggap terlalu keperempuanan.

"Aidan, ni baju yang ketujuh dah kau tau tak. Eee, cepatlah aku dah rimas ni tukar-tukar baju," rungut Amelia selepas setiap baju yang dipakainya ditolak mentah-mentah oleh Aidan.

"Miss, wrap this one up," arah Aidan kepada seorang lagi pekerja butik itu yang setia berdiri di sebelah Aidan. Dompetnya diambil dari dalam poketnya.

"Eah jap, baju kau?" sampuk Amelia.

"Baju aku mama dah beli awal-awal. Baju kau je dia suruh aku tolong pilih. Kau tu bukan boleh harap sangat, last-last baju tuxedo tu jugak kau pilih,"

"Eah kau ni,"

"Dah pergi tukar baju," arah Aidan lalu berjalan ke arah kaunter pembayaran. Amelia hanya membalas dengan jelingan tajam kepada Aidan.

*****

Kring! kring!

Shareena yang sedang asyik melayan drama bersiri arahan Michael Ang terganggu apabila telefon bimbitnya miliknya tidak berhenti berdering. Nama suaminya, Danial tertera pada kaca telefon. Punat merah ditekan lalu diletakkan ke telinga.

"Assalamualaikum sayang, ada apa call?" sapa Shareena.

"Waalaikumussalam, ayang buat ape?"

"Tengah layan drama, kenapa?"

"Sayang, malam ni tak payah masak eah. Papa suruh balik dinner kat sana," jelas Danial.

Meant to Be [H]Where stories live. Discover now