11 | spilled

574 11 0
                                    

Bunyi tumit tinggi milik Katriana memenuhi ruang tingkat pejabat Aidan. Semua staf yang berada disitu tidak menghiraukan kehadiran Katriana. Sampai sahaja di muka pintu bilik Aidan, dia menoleh ke kiri dan melihat meja milik Amelia kosong. Kaca mata hitam diletakkan di atas kepala.

"Aik, tak datang kerja ke minah ni?" soal Katriana sendirian. Tanpa menghiraukan ketiadaan Amelia, dia tanpa segan silu menerjah masuk ke dalam pejabat Aidan dan mendapati Aidan tiada di dalam biliknya. Katriana keluar dan menuju ke arah salah seorang pekerja disitu.

"Boss you mana? Asal takde kat dalam bilik?" soal Katriana dengan nada yang dingin

"Boss dah seminggu tak masuk office cik,"

"Seminggu?" soal Katriana sekali lagi meminta kepastian. Staf perempuan itu hanya mengangguk ya dan kembali menyambung kerjanya.

"Tak pernah-pernah tak masuk office lebih tiga hari," omel Katriana sendiri. Telefon bimbit lantas diambil dan mendail nombor Aidan namun langsung tiada jawapan. Katirana mendengus kasar dan meninggalkan pejabat Aidan dengan sebal.

*****

Pintu bilik dibuka dari luar dengan perlahan-lahan. Kelihatan Aidan yang masih lagi nyenyak tidur sambil memeluk bantal peluk.

"Amboi, syok amat tidur. Dah pukul 8:30 ni. Tak nak pergi office ke? Dah seminggu kot tak pergi office," bebel Amelia sendiri. Dengan berhati-hati dia berjalan menuju ke arah Aidan dan menghempaskan punggungnya di atas katil.

Hatinya berbelah bahagi untuk mengejut Aidan. Wajah Aidan ditatap lama. Kelihatan Aidan tidur dengan sangat nyenyak. Nak kejut ke tak eah. Kalau kejut kang, kacau dia tidur. Tapi masalahnya aku ni pishang duduk rumah. Balik-balik tengok muka dia. Nak kejut ke tak eah.

Arghhh!

Aidan tiba-tiba menjerit dan memegang selimut dengan kemas. Amelia juga turut terkejut dan mengundur ke belekang sehingga bertemu dengan dinding. Nafas mereka berdua seakan terhenti.

"Kenapa? Kenapa? Kau dah kenapa jerit mangkuk?" soal Amelia sambil memegang dadanya yang masih terasa sakit dek terkejut.

"Kau tu ha kenapa? Kau dah kenapa tenung aku macam tu? Dah tak sabar sangat ke? Kalau nak cakap aku boleh bagi," balas Aidan sambil menutup dadanya yang masih lagi berpakaian dengan selimut. Amelia menyedut oksigen sedalam-dalam mungkin.

"Kau dah ke-" Aidan dengan automatik berhenti bercakap sebaik sahaja Amelia menunjukkan telapak tangannya.

"Jangan cakap dengan aku. My soul just left my body and I'm trying to call her back," selang beberapa detik, Amelia memandang wajah Aidan dengan pandangan tidak puas hati.

"Kau kalau aku rembat muka kau. Kau ingat aku terliur sangat ke dengan kau?" soal Amelia dengan nada separuh menjerit.

"Dah tu yang kau tenung aku macam nak makan tu dah kenapa?"

"Aku nak kejut kau,"

"Dah kejut je lah, apa yang susahnya,"

"Dah kau lena sangat tidur. Kang kejut potong pulak," balas Amelia tak mahu kalah.

"Yang kau nak kejut aku ni dah kenapa? Kau nak apa?" soal Aidan sambil memebetulkan posisinya.

"Aku nak kejut kau pergi office lah. Kau ni nak cuti sampai bila? Bulan depan? Ke nak sampai tahun depan terus?" perli Amelia.

"Ish, esok je lah masuk office. Bagi lah aku rest dulu. Kau ni bising lah," Aidan membungkus semula dirinya dan mencari posisi yang selesa. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering kuat. Amelia yang masih berada disitu mencapai telefon Aidan. Nama Katriana terpapar di kaca telefon.

Meant to Be [H]Where stories live. Discover now