20 | warded

399 12 1
                                    

Amelia melihat Aidan yang sudah bersiap menuruni tangga daripada biliknya. Dia bangkit daripada duduknya dan menuju ke arah Aidan.

"Kau nak pergi mana bersiap bagai?"

"Aku nak pergi ambik Danial kat airport," balas Aidan. Amelia hanya mengangguk faham.

"Kau nak pesan apa-apa tak?" Aidan memandang ke arah Amelia. Isterinya hanya menggeleng. Dia berjalan di belakang Aidan.

"Bawak kereta leklok. Ada apa-apa call aku," pesan Amelia sebelum Aidan menutup pintu rumah. Selepas melihat kelibat Aidan hilang daripada pandangan, dia kembali duduk di atas sofa sambil bermain telefon bimbitnya.

Jam di dinding dilihat.jarum menunjukkan tepat jam 11 pagi. Dia bangkit semula dan menuju ke dapur. Ayam dikeluarkan daripada peti sejuk beserta dengan bahan-bahan yang lain.

"Sempat lah kot siap masak sebelum mamat tu balik," dengan pantas dia menyediakan bahan untuk memasak.

Kring! Kring!

Telefon bimbit Amelia tiba-tiba berdering kuat. Amelia berlari anak menuju ke arah telefonnya. Nama Danial muncul di skrin. Punat hijau ditekan.

"Kau nak apa Danial? Aku tengah busy masak ni,"

"Hah?! Okay aku datang sekarang. Send location," dengan pantas dia memadam api dapur. Tudung sarung dan beg tangan yang berisi kunci kereta diambil. Dia melangkah dengan laju menuju ke arah kereta. Mesej Danial dibuka. Pedal minyak ditekan kuat dan meluncur laju di atas jalan.

*****

"Kau dah call Lia?" soal Aidan. Danial berjalan ke arah Aidan. Dia mengeluh perlahan melihat tangan kanan Aidan dibalut kemas. Kepalanya juga luka sedikit akibat terkena objek tajam.

"Dah, bunyi macam risau jugak," Aidan mengangguk.

"Dan, kau get ready lah. Bini kau sampai sah dia bebel dua hari dua malam,"

"Sebelum sampai sini aku dah get ready dah mental aku. Kau tak yah risau lah," balas Aidan.

Bang!

Pintu wad Aidan dibuka dengan kuat daripada luar. Kelihatan Amelia yang sedang mencari nafas berjalan masuk ke dalam wad. Aidan tersenyum melihat wajah Amelia yang risau akannya.

"Aku okay je kau-"

"Kau okay tak?" soal Amelia dengan cemas sambil memusingkan badan Danial. Mereka berdua tercengang. Setiap bahagian badan Danial diperiksa dengan teliti.

"Woi, yang sakitnya aku bukannya mangkuk ni. Yang kau kesah pasal mangkuk ni dah kenapa?" soal Aidan kesal.

"Kau umur panjang, so tak risau mana. Ni Danial ni. Kang ada luka mana-mana, risau pulak si Shareena,"

"Aku okay je Lia, ni laki kau ni accident," Danial cuba untuk menenangkan Amelia.

"Macam mana dia je yang berbalut bagai tapi kau bersih je aku tengok,"

"Dia accident on the way nak pergi airport. Aku tahu pun sebab pihak hospital call aku," terang Danial. Bunyi Aidan mengeluh menarik perhatian Amelia.

"Aku baru je pesan dekat kau. Bawak kereta elok-elok. Ni tengok. Dah berbalut tangan tu. Dahi tu pun. Ni macam mana boleh accident ni? Kau baca doa ke tak?"

"Dah baca dah doa. Dah nak accident nak buat macam mana. Aku bawak kereta elok je. Signal semua bagi. Entah macam mana kat traffic light boleh accident,"

Meant to Be [H]Where stories live. Discover now