7 | it's a secret

668 20 2
                                    

Telefon bimbit milik Amelia dijauhkan daripada telinganya dan punat bewarna merah ditekan. Dia mengemam bibirnya memikir bicaranya bersama Aidan tadi. Dia memndang ke arah Danial dan Shareena.

"Betul ke apa yang aku buat ni Danial?"

"Insha Allah Lia, semua ni berlaku atas takdir Allah. Aku doakan jodoh kau dengan Aidan berkekalan," balas Danial tenang. Air yang dihidangkan oleh isterinya dihirup perlahan-lahan. Panas. Ameia berjalan semula ke arah sofa lalu menghempaskan punggungnya.

"Betul ke yang Aidan tu dah lama simpan perasaan dekat aku?" soal Amelia lagi. Danial hanya mengangguk ya.

"Dia memang suka kat kau, tapi dia takut nak bagitahu kau. Lagipun si Katriana tu kan asyik dekat dengan dia. Tapi lepas je kau ade boyfriend, aku tak pasti yang perasaan dia dekat kau still sama or dah berubah," jelas Danial. Riak wajah Amelia kini berubah. Betul ke apa yang aku buat ni? Aku pun tak sure yang dia suka dekat aku ke tak. Aku pun tak pasti dengan perasaan sendiri. Omel Amelia sendiri di dalam hati.

"Lia, kau relaks je lah. Insha Allah, dia akan cuba sayang kau. Kau dengan dia kan dah bertahun jadi kawan, takkan dia nak sakitkan perasaan kawan baik dia," Danial cuba untuk menenangkan Amelia yang kelihatan semakin pucat.

"Lia, kalau dia ada buat apa-apa dekat kau. Kau bagitahu je aku. Tahu lah apa yang aku nak buat," Shareena menyampuk. Amelia hanya menghadiahkan satu senyuman kepada kawannya itu namun senyuman itu tidak kekal lama, wajah risaunya tidak dapat disembunyikan.

"Lia, kalau kau rasa kau tak boleh nak teruskan semua ni. Sempat lagi untuk kau call Aidan bagitahu dia yang kau tak jadi nak kahwin dengan dia," cadang Shareena.

"Habis tu kau nak tengok dia kahwin dengan minah sengal tu lah?"

"Benda boleh tolak kan?"

"Sha, aku kenal family dia. Family dia pentingkan keturunan. Tambah pulak si Aidan tu mana ada awek lain selain daripada si Katriana tu. Tambah pulak dengan umur dia yang dah nak masuk 30. Bila dah ada orang berkenan dengan si Aidan tu, sah-sah ayah dia akan terima. Ayah dia haritu dan nak terima tapi nasib baik mak dia halang. Kalau tak, kawan kita tu esok-esok jadi duda muda tahu tak," terang Amelia dengan panjang lebar.

"So kau terima je lah ni pinangan dia?" soal Shareena meminta kepastian.

"Yes, aku terima. Apa nak jadi, jadi lah. Aku tak sanggup Sha tengok Aidan tu jadi pak sanggup Katriana. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Aku dah naik muak dengar suara hidung dia tu,"

*****

Tok tok tok!

Pintu pejabat Aidan diketuk dari luar. Selepas mendapat keizinan, pintu pejabatnya terkuak luas menampakkan Amelia yang memakai sut bewarna hitam. Kemas dan persis seorang bodyguard. Amelia sudah terbiasa memakai sut berbanding blouse atau baju kurung ke pejabat. Pada pandangannya, sut menampakkan lebih professional berbanding blouse atau baju kurung.

"Yes anything?" soal Aidan sambil menyiapkan kerjanya.

"Saya nak bagi briefing tentang jadual bos hari ni," balas Amelia lalu menekan butang pada tabnya.

"Waktu lunch bos ada meeting dengan client from Perak, dia nak bincang pasal projek botanical garden. Habis lunch bos ada meeting di bilik pejabat untuk pembentangan mingguan. Habis meeting bos free till tomorrow,"

"Meeting mingguan tu habis pukul berapa?" soal Aidan lagi tanpa memandang ke arah Amelia.

"Roughly pukul 3," balas Amelia senada.

Meant to Be [H]Where stories live. Discover now