👑3

8 2 2
                                    

Happy reading 🌸🌸🌸

" Lee Minhyung Wangseja-nim, Tuanku pasti penat. Apa kata anda berehat seketika." Ujar sang Raja.

" Idea yang baik Raja Na. Belakangku sakit akibat menunggang kuda terlalu lama" balas Minhyung.

"Wangseja-nim, ini dia dayang² yang akan menemani tuanku selama anda berada di kerajaan kami. Namanya Yoon Hwayoung, ketua dayang." Ujar Putera mahkota Na Jaemin.

Minhyung memandang atas bawah ketua dayang itu. Mata Dayang itu berbinar melihat Minhyung. Hampir kesemua perempuan menatapnya seperti itu. Akan tetapi seorang gadis yang sedari tadi mencuri perhatiannya.

" Maafkan saya, Na Jaemin Wangseja-nim, tapi saya mahu dia yang menjadi ketua dayang saya." Perkataan itu seperti titah. Terdengar sangat tegas.

Jaemin melihat ke arah adiknya. Ya, adiknya lah yang menjadi pilihan Lee Minhyung Wangseja-nim. Mata dua beradik itu bertemu. Haemin menggerakkan kepalanya seperti mengangguk di tambah matanya yang memberi isyarat setuju kepada si abang. Tiada siapa tahu yang di sebalik kain hitam yang di pakai oleh Haemin itu, terukir sebuah senyuman.

'humm, ini akan menjadi sesuatu yang menarik. Kalau aku jadi dayang dia, tak payah laa aku masuk kelas sastera. Hehehehhe. Sangat menarik'

"Adakah kamu boleh melaksanakannya?" Tanya Jaemin kepada adiknya.

"Ne, Mama!" Jawapan yang diberikan oleh Haemin membuatkan raja dan ratu Na terkejut.

'apa pulak untuk kali ini?' monolog Raja Na.

Anak perempuannya itu sangat nakal, dia risau akan terjadi sesuatu yang tidak diingini. Akan tetapi Jaemin percaya kepada adiknya. Haemin adalah gadis yang sangat cerdik, tak mungkin dia akan membuat perkara yang bodoh lagipun ucapan Minhyung tadi seperti tidak mahu di bantah jadi lebih baik ikut saja.

"Jadi, bawa Lee Minhyung Wangseja-nim ke kediaman mawar." Titah raja Na kepada Haemin.

"Ne,mama" Haemin menurut.

🌸🌸🌸🌸🌸

Dalam perjalanan ke kediaman mawar, langkah Haemin sedikit di depan Minhyung. Tanpa di sedarinya,
Minhyung sedang menatap nya.

'langkah yang anggun nan tegas, pedang di pinggang kanan, pisau belati di dalam kasut, pelindung tangan yang kuat, pasti dia sangat handal memanah. Pahlawan yang kuat dan hebat.' begitulah apa yang difikirkan oleh Minhyung tanpa mengetahui jati diri sebenar seorang Na Haemin.

" Yang mulia Lee Minhyung Wangseja-nim, kita telah tiba di kediaman mawar. Silalah berehat dengan tenang. Saya akan datang sebelum tibanya waktu makan malam. Jika anda memerlukan saya, katakan saja kepada pengawal yang ada di sini." Ujar Haemin

" Kenapa awk tidak tunggu saja di sini?" Minhyung menyoal.

'adoii banyak tanya laa pula' monolog Haemin.

" Saya minta maaf sangat² untuk hal itu. Saya masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Mengingat bahawa anda menunjukkan saya secara mendadak seperti tadi membuatkan saya belum sempat nak urus hal lain" jelas Haemin dengan niat nak menyindir.

"Huh, baiklah. Terima kasih dan awk boleh pergi." Ujar Minhyung datar.

'cih, sombong!' fikir Haemin sambil mencebik. Tak perlu risau sebab Minhyung tak akan nampak.

" Saya pergi dulu," Haemin pamit bersama Taerin.

Minhyung memerhati Haemin sehingga Haemin hilang dari pandangannya.
'huh, menarik. Sangat lancang kata-katanya.' smirk muncul di sudut bibir Minhyung. Hatinya tertarik untuk lebih mengenali Haemin.

"Amboi, jauh nampak" tegur general Wong Yukhei yang tak lain tak bukan adalah sepupu Minhyung sendiri. Minhyung tersentak. Dia menjeling ke arah Yukhei.

" Jatuh cinta ke, Wangseja-nim?" Tanya Yukhei sambil menaik turunkan keningnya. Menyakat si putera.

" Cih, bising!" Sergah Minhyung.

" Alololo.... Malu ehhh" Yukhei terus menyakat Minhyung membuat si putera memutar bola mata menyampah. Dia dah masak dengan perangai sepupunya itu.

🌸🌸🌸

Kediaman tulip 🌷.

Ahli keluarga Na sekarang berkumpul. Mereka membahas tentang Haemin sekarang.

"Jadi kamu akan jadi pembantu Lee Minhyung Wangseja-nim ?" Tanya Ratu Na kepada puteri tunggalnya itu.

"Ne, oemma mama. Setidaknya sampai Lee Minhyung Wangseja-nim pergi dari sini" jawab Haemin.

"Kamu yakin Haemin gongju-nim? Jangan buat hal yang diluar dugaan."
Kata Raja Na pula.

" Saya yakin abamama. Nasi dah jadi bubur. Saya tak akan buat hal yang seperti itu." Balas Haemin dengan sopan.

" Bagaimana dengan jadi diri kamu, huh gongju-nim?" Pertanyaan dari Jaemin-seja membuatkan Haemin tersenyum lebar.

"Tentu saja saya akan mengubahnya. Mulai hari ini, nama saya Lee Jaein. Salah seorang pahlawan yang tugasnya melindungi keluarga diraja. Saya tak nak jadi dayang." Jelas Haemin.

" Kalau Minhyung Wangseja-nim bertanya tentang dirimu yang sebenar macam mana?" Jaemin bertanya lagi.

"Wangseja, kita boleh membuat banyak alibi. Anda boleh mengatakan jika saya sedang melawat melawat halma mama (nenek) di Istana Bintang. Cuma untuk saat ini kita perlu maklumkan kepada semua anggota kerajaan, pengawal serta dayang². Suruhlah mereka memanggilku Jaein Agassi (cik)." Jelas Haemin.

" Arasseoyo," balas Jaemin.

" Sentiasa berhati-hati, Haemin gongju-nim." Ucap sang ibu. Dia hanya mampu berdoa untuk keselamatan puterinya yang satu ini.
Nak membantah tak ada gunanya. Semuanya sudah terlanjur terucap.

"Kalau kamu perlu bantuan atau sesuatu, jangan segan untuk meminta. Aboeji akan selalu dengan mu" ucapan sang ayah membuatkan Haemin terharu.

" Ne, abamama. Saya akan sentiasa ingat akan hal itu." Sang raja hanya boleh pasrah dengan keputusan puteri nya. Dia bukan jenis yang suka mengongkong kehidupan dan kebebasan anak² nya. Walaupun berperwatakan tegas, dia sangat baik dan penyayang. Buktinya dia orang susah yang tidak dapat makan di kerajaannya. Dia selalu memastikan hal itu dan berusaha menjadi adil untuk semua orang terlebih lagi anak²nya. Untuk saat ini, dia hanya mampu berharap agar semuanya baik-baik saja.

" Tidakkah kamu perlu ke kediaman mawar?" Soal Jaemin.

"Ne, saya akan ke sana sekarang." Balas Haemin. Dia pamit dari kediaman tulip dan beranjak ke kediaman mawar dengan kepala yang penuh isi fikirannya saat ini.

Omo! Apa yang akan berlaku seterusnya???? Tunggu ehhh...

To
Be
Continue
🌸🌸🌸

Yuhooo.... Update update!!!!
Okay untuk chap ni Haemin dah bagi tau nama samaran dia, so untuk next chap supaya x memeningkan korang.....dibaling akan jadi macam ni;

"Jaein agassi!" Panggil seseorang.
"Ne!" Balas Haemin.

Walaupun nama kat dialog tu Jaein Cha akan tetap tulis Haemin supaya tak berlaku kekeliruan.... Cha harap semua readers boleh faham lahh ya!!

Ok lah jumpa kat next chap....
Jangan lupa vote and comment banyak² tau
Tak susah pun tekan jer ⭐ kat bawah tu sikit...
Bye!!
Salam sayang muah muah gaissseu... He he he he he he...

CROWN 👑 PRINCESS CANDIDATE {MARK LEE}Where stories live. Discover now