👑2

7 3 3
                                    

Happy Reading.....
Di pagi yang hening dan tenang, seorang lelaki yang berperwatakan dingin dengan garis wajah yang menawan serta tegas sedang berdiri menghadap ke arah sekeping papan yang berjarak sekitar 10 meter.

Wushhhh

Zupp!!

Sebuah panah meleset ke arah papan tersebut dan tertancap tepat ditengah papan tersebut.

Wushhhh

Zruppp

Satu lagi panah dilepaskan dan membelah panah yang pertama tadi.

" Selamat sejahtera Wangseja, Hamba datang membawa pesanan" ucap seorang pengawal istana.

" Humm," Wangseja hanya bergumam.

" Baginda Ratu, ingin bertemu dengan Tuanku," jelas pengawal itu.

" Bila? " tanya Wangseja

" sekarang, Minhyung Wangseja." jawab pengawal.

" Baiklah. Kamu boleh pergi. Panggilkan Wong Yukhei untuk menemuiku." ucap Minhyung dengan wajah dingin dan suara datarnya.

" Hamba mohon pamit " kata pengawal itu dan segera pergi setelah mendapat anggukkan daripada Wangseja.

Tak lama kemudian,

Derap langkah kaki kedengaran.

" Selamat sejahtera Wangseja, General Wong Yukhei datang menghadap." ucap seorang lelaki berbadan sasa

" Humm"

" Ada apa-apa yang anda perlukan, Wangseja? " tanya Yukhei.

" Beta akan menghadap baginda ratu jadi temani beta. " jelas Minhyung.

" menjunjung perintah, yang mulia." balas Yukhei.

🌸

KEDIAMAN RATU.

Seorang wanita yang sangat cantik walaupun umur semakin menua duduk di atas pondok ditemani teh herba kegemarannya.

" Wangseja datang menghadap " ucap seorang pengawal.

Wangseja Lee Minhyung berjalan dengan gagah, dia membongkok hormat.

"Selamat sejahtera wangbi mama (yang mulia ratu) " sapa sang puteri.

Wangbi mengangguk sambil tersenyum.

" Duduklah wangseja " titah sang ratu.

Wangseja menurut tambah banyak bicara.

" Kenapa eomma mama ingin bertemu denganku? " Tanya Minhyung.

" Salahkah wahai putera ku?" Bukannya menjawab tapi sang ratu menyoal kembali puteranya.

" Tidak salah, tetapi biasanya eomma mama akan memanggil ku ketika waktu petang atau tengah hari dan waktu ini masih pagi. Pasti ada sesuatu yang bermain di fikiranmu kan ? " Jelas si putera

Sang ratu terkekeh palan, "kamu memang putera ku" ujarnya.

"Jadi apa yang mengganggu fikiranmu wahai ibuku ? "

" Kamu tahu kan bahawa beberapa bulan lagi kamu akan naik takhta,"
Minhyung hanya diam. Minhyung bukannya tak peka malah sangat peka. Dia tahu kerana arah perbicaraan ibunya itu.

" Dan kamu masih belum mempunyai calon pasangan. Kamu tahu kan jika kamu naik takhta nanti kamu perlu didampingi oleh seorang ratu. " Sambung si ratu.

" Ye, sudah tentu saya tahu akan hal itu."

"Kamu akan di jodohkan jika kamu tak mempunyai calon. Jadi eomma sarankan supaya carilah calonmu segera sebelum larangan pernikahan di turunkan. Eomma hanya ingin kamu bahagia dengan pilihan hatimu" jelas sang ratu lagi.

"Saya faham eomma mama. Akan tetapi, tiada yang berjaya menawan hatiku ini "

" Bukankah lusa kamu akan ke kerajaan selatan ? " - wangbi

" Ye," - wangseja

"Eomma dengar puteri bungsu mereka masih bujang dan belum ada yang punya," sang ratu menaik turunkan keningnya.

🌸🌸🌸🌸

Beberapa hari kemudian.....

Haemin sedang bersiap-siap untuk menyambut kehadiran putera mahkota dari kerajaan utara. Disebabkan dia ada latihan memanah selepas acara tersebut, dia memakai pakaian yang bisa dia pakai untuk latihan

 Disebabkan dia ada latihan memanah selepas acara tersebut, dia memakai pakaian yang bisa dia pakai untuk latihan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Baju tu lebih kurang macam ni, x de lah mewah macam baju puteri)

Tak lupa juga, Haemin menutupi separuh (dari hidung ke bawah) mukanya dengan kain berwarna hitam.

" Gongju-nim semua telah berkumpul di dataran." Ucap salah seorang pengawal peribadi Haemin, Lee Taerin.

" Ne, jom kita kesana," balas Haemin.

.........

Di dataran, Haemin mendapati yang semua ahli keluarganya telah berkumpul. Haemin mendapati yang Oraboeni- jaemin menatapnya aneh. Dia pergi mendekati sang abang, tak lupa memberi hormat kepada eomma dan aboeji nya.

" Kenapa pakai baju macam ni, Humm?" Soal wangseja Na Jaemin.

" Selepas acara ini, saya ada latihan. Anda tahu kan betapa pentingnya masa buat kita, jadi saya tidak mahu bazirkan masa dengan pergi menukar pakaian. Ianya akan ambil masa yang lama dan membuatkan masa latihan saya menjadi singkat." Jelas Haemin.

Jaemin mengangguk faham. Dia kenal sangat adiknya yang tak suka melengahkan masa apalagi membazir masa. Lagi-lagi masa latihan memanah yang di anggap sangat berharga bagi Haemin. Walaupun seorang puteri, Haemin dituntut supaya belajar bela diri agar dapat melindungi dirinya jikalau berlaku sesuatu. Siapa sangka di balik wajah manis nan anggun milik si puteri ini menyimpan 1001 teknik bela diri.

Tidak lama kemudian rombongan dari kerajaan utara tiba di sana. Mereka datang dengan berwakilkan Wangseja Lee Minhyung.

" Selamat datang Lee Minhyung Wangseja-nim." Sapa Raja Na.

" Gembira bertemu anda Yang mulia Raja Na, Ratu permaisuri Na dan Na Jaemin Wangseja- nim. Terima kasih atas sambutan anda semua. " balas Putera mahkota Lee Minhyung dengan senyuman yang penuh wibawa, membuatkan hampir seluruh dayang dayang istana terpesona. Na Haemin yang menyedari hal itu hanya memutarkan bola matanya, menyampah.

'apalah yang nak dibanggakan. Muka dia sama je macam putera lain. Lagi tampan Oraboeni- ku, huh' monolog hati kecil Haemin.

Akan tetapi aksi mari memutar bola mata angkara menyampah dari Haemin itu tak lepas dari pandangan Lee Minhyung. Membuatkan lelaki yang berpangkat putera mahkota itu tertarik. Tanpa disedari smirk diwajah tanpan Lee Minhyung merekah....

Omo Omo omo mark lee!!!! Ape yang kau fikir?!!!

🌸
🌸
🌸
ToBeContinue

Jangan lupa vote n Komen ehh...
Mana tau Jadi cepat update.. hehehehehe....

Salam Sayanggg💜💜💜

CROWN 👑 PRINCESS CANDIDATE {MARK LEE}Where stories live. Discover now