👑4

7 2 3
                                    

Happy Reading 🌹🌹🌹

Pagi hari ini sangat indah, tapi x seindah suasana hati si puteri yang satu ini. Tetiba jer Minhyung ajak dia pergi pasar, katanya nk tengok suasana pasar kat sini. Haemin mana boleh tolak so pergi jelah.

👑👑👑

" Jaein Agassi, awk tak perlulah jalan di belakang saya, samakan langkah awk dengan saya" suruh Minhyung.

" Seorang pengawal tidak layak berjalan berdampingan dengan seorang putera, Wangseja-nim." Ujar Haemin.

Minhyung memutar bola matanya. Lantaklah! Dia menarik tangan Haemin dan menggenggamnya erat. Haemin tentunya terkejut akan tingkah Minhyung. Dia cuba melepaskan tautan tangan itu. Akan tetapi Minhyung tiba- tiba mendekatkan wajahnya ke arah wajah Haemin sehingga tersisa beberapa cm. Mata Haemin terbeliak. Jantungnya berdegup kencang.

'apa pula yang dia nak buat ni?' batin Haemin resah.

"Kita kat mana sekarang dan kita sedang buat apa?" Soal Minhyung dengan suara berbisik macam rap dia kat lagu Punch yang part hot hot hot.

'boleh pulak dia tanya soalan macam ni!' monolog haemin.

"Kita kat pasar untuk bersiar-siar dan kita sedang dalam penyamaran supaya orang² tidak mengenali siapa kita" balas Haemin dengan suara yang berbisik.

" Ye, jadi lupakan status asli kita yang kita tinggalkan dekat istana tu. Hari ni, waktu ni, awk teman saya, jadi tak perlu terlalu formal, panggil saja Minhyung, Oraboeni pun boleh."

(Sempat lagi kan kau Mark Lee 😑😑)

"Arasseoyo?" Soal Minhyung.

"Ne, wang- Minhyung-ssi" Haemin hanya mampu menuruti kata² Minhyung.

Mereka berjalan-jalan di pasar tersebut, melihat ini itu. Tiba-tiba, Minhyung berhenti. Mata mengarah ke tempat perhiasan, seperti pita rambut, sepit rambut, wangian, topi, dan lain-lain.

Minhyung melangkah menuju ke gerai tersebut. Haemin hanya ikut tanpa banyak soal. Sebenarnya, agak canggung bila hanya berdua dengan Minhyung.

Tangan Minhyung terhulur untuk mengambil satu pita rambut yang berwarna merah dengan sulaman bunga mawar berwarna putih gading bercampur perak dan sedikit emas. Nampak Elegen dan harganya bukan murah kerana sangat terhad dan itu hanya dibuat satu kali sahaja.

Minhyung melihat Haemin yang berada di sampingnya. Tiba-tiba, dia bergerak seperti ingin memeluk haemin. Haemin terpaku. Aroma tanah selepas hujan bercampur Woods dan juga mint menusuk hidungnya. Aroma yang dapat membuat dia tenang tapi terpaku dalam satu masa. Aroma yang amat menyenangkan fikiran.

Tangan Minhyung terluhur memegang rambut hitam kecoklatan Haemin yang dijalin dengan rapi. Dia mengikatkan pita yg diambilnya tadi di hujung jalinan rambut Haemin.

Dia mengalihkan jalinan rambut Haemin dan meletakkannya di atas bahu sang empunya.

"Cantik," kata itu keluar meluncur dari mulut Lee Minhyung. Dia tak tau yg dibalik tirai muka yang dipakai Haemin, wajah Haemin memerah dan panas. Sape jer x malu n shock kalau tiber jer orang buat cam tu kat kau. Deg dug deg dug laaa jawabnya.

"Ajumma, saya nk pita rambut ini." Ucap Minhyung kepada pemilik kedai sambil menyerahkan beberapa keping syiling kepada wanita itu.

"Baiklah" sahut wanita itu sambil menerima syiling tersebut.

"Jjaa, mari pergi" ajak Minhyung sambil menggandeng tangan kecil Haemin. Haemin masih shock sampai x tau nk respon macam mana.

"Tunggu anak muda!" Wanita tadi memanggil Minhyung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 26, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CROWN 👑 PRINCESS CANDIDATE {MARK LEE}Where stories live. Discover now