"nak pergi mana tu? kalau cuti tak pernah lah nak duduk rumah" bebel wan/nenek aku sambil dia menontot cerita sinetron petangnya tu.
"nak pergi gym jap wan" jawab aku sambil tersengih, memang aku mengaku, kalau aku cuti je akan aku pergi ke gym, sejak kebelakangan ni badan aku terasa lesu. Tak tau mengapa.
"kau duduk rumah tak boleh ke? hari ni je, wan rasa tak sedap hati la" kata nenek aku
"kenapa pulak? alaaaa wan jangan risau la, perasaan wan je tu" pujuk aku
"kau ni degil la, anak dengan ayah kau sama je" ngomel nenek aku
HAHAHAHHA.... terburai tawa aku. Haih macam macam la nenek aku hari ni. "byee wan" aku menghidupkan enjin motorsikal dan menyarungkan helmet, lalu aku menuju ke destinasi yang nak dituju.
'Ya Allah, apa perasaan aku ni? aku pun rasa tak sedap hati jugak'
....................................
"alamak gym tutup la pulak" kata ku sendiri. Waktu ni la kau nak buat pembersihan lah, ubah suai lah. Nak pergi gym lain, bajet aku tak ada pulak. Duit cukup cukup je aku bawa "tak apa lah, aku pergi jogging je, selesai masalah, esok baru pergi gym yang lain" aku ambil keputusan nak jogging sahaja di Taman Tasik Seremban yang luas tu.
..............................
Usai parkir motorsikal aku di kawasan sepatutnya, aku terus bergerak ke track jogging, aku melihat hari ni tidak ramai orang beriadah. Apa yang tak kena ya hari ni?
AAAArrrghhh aku cuba persetankan perasaan aku... AKu meneruskan rancangan aku.
Tapi aku perasan sepanjang aku jogging aku macam perasan ada mata yang memerhatikan aku. Ke cuma perasaan aku je? Perasaan ni aku dah alami sejak aku 7 tahun, rasa ni membuatkan aku jatuh basikal sehingga mendapat 14 jahitan di kepala. Mimpi ngeri!
Usai penat slow jog, akhirnya aku breeze walk je. Letih jugak jogging sesorang macam ni. Syed? cam biasa la, Syed kerja, sekarang ni waktu sibuk untuk menutup akaun kira kira kedai kopinya itu. Manager kan? kau expect dia goyang kaki? tidak ya.. tunggu sikit hari lagi dia nak botak tengah je.
Telefon bimbit aku berdering, maknanya ada panggil masuk. Aku melihat di paparan skrin telefon aku... Aduuhhhh aku baru je mengumpat dalam hati. Syed telefon aku.
"Yess Hellooo" aku menyapa dahulu
"hellooo? eh baby, wah sejak bila you jadi mat saleh ni?" kene shoot dengan laki aku. HAHAHAHAHA.. "Assalamualaikum" Syed memberi salam
"Waalaikumusalam" ehehehe... sengih aku dalam talian sambil garu dahi
"baby sayang buat ape tu, dengar macam tercungap tak cukup nafas je tu?" soal Syed
"tengah breeze walk" terang aku "sepatutnya I pergi gym tadi, lepastu gym tutup, bajet tak ada pulak nak pergi private gym, so take another alternative I pergi jog jela dekat Taman Tasik Seremban, tempat biasa kita jog" tambah aku lagi
"kenapa tak cakap kat I baby? I boleh transfer kat you kan duit belanja you?" soal Syed, dengar kerisauan.
"eh yang, you ingat I ni miskin sangat ke sampai duit belanja pun tak ada? I ada duit, cuma malas nak 'cucuk' duit" terang aku.
Syed ni satu je aku perasan, caring terlebih. Aku malas nak 'cucuk' duit je, bukan tak ada duit langsung. Semenjak kami berdua berstatus kekasih ni, setiap bulan dia transfer duit, padahal aku dah ada duit gaji aku setiap bulan, aku masih bekerja bawah dia. Dah banyak kali aku cakap benda ni tak perlu, dia peduli pun tidak. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
YOU ARE READING
Titik Tengah Aku (COMPLETED)
Non-Fiction#####GayContentAlert#### Titik tengah di inspirasikan dari sebuah kisah yang tiada hala tuju dan akan berpusat pada satu matlamat. Kisah benar seorang penulis untuk dibentangkan kepada pembaca bahawa jalan cerita biasa juga mempunyai nilai. Nilai m...