"ish, mana Mal ni, dari semalam aku call tak angkat" aku dah mula gusar dah, sejak kebelakangan ini dia dah jarang sekali mahu menelefon aku. Ini kali ke empat aku telefon dia dalam hari ini, masih masuk dalam peti simpanan suara.
"telefon siapa tu? dari tadi cakap sesorang saya tengok" tegur Syed, dia ni mana aku ada dia ada. Tak faham aku.
"eh, encik Syed. Sejak bila encik Syed datang? bukan encik cuti ke hari ni?" soal aku, sepatutnya hari ni dia cuti, maklum la, orang pangkat besar ada cuti dua hari. Kita kuli ni seminggu sehari je cuti.
"tadi lagi, saya datang sekejap je nak ambil file kat office belakang" terang Syed "lagi satu, saya tak suka la awak panggil saya encik Syed, panggil Syed, abang ke dah la" tambahnya lagi
'abang?' apesal? "tapi kenapa? semua staff panggil encik Syed ni 'encikSyed' kan, so kita kene la hormat bos kita" balas aku
"tapi awak lain, saya dah anggap awakkkk..." kata kata Syed tergantung. Aku merenung matanya sebab nak tahu apa ayat seterusnya yang terkeluar dari mulutnya. "tak ada apalah" balasnya pendek
-____-" ape bende dia ni? selang beberapa saat aku melihat skrin telefon, tiada apa-apa notifikasi masuk mahupun panggilan dari orang yang aku sayang. Aku termenung seketika, rasa sedih bila berjauhan.
"Awak tak apa apa ke ni? lately saya tengok awak macam tak ada mood, kenapa? ada masalah cuba bagi tahu saya? staff lain ada buli awak ke? mari, saya nak pergi starlight dahi masing-masing" Syed acah-acah nak pergi gegar kedai kopi dia.
"ehhhh tak tak, chill Syed, diorang layan saya baik, kami berkawan baik lah, mana ada buli buli ni" terang aku sambil menahan lengan dia dari beredar
"habis tu kenapa awak macam ni?" soal Syed untuk mendapatkan kepastian
"saya sebenarnya" aku cuba menarik nafas sebelum menyambung cerita "ada masalah relationship sikit lepas tu risau sebab result SPM dah nak keluar"
"o" membulat mulut Syed
"sorry eh Syed kalau buat awak tak best tengok saya macam ni, benda macam ni baru bagi saya, saya tak tahu macam mana nak tenangkan diri saya" terang aku
"eh tak apa, tak ada masalah, dont say sorry to me, say sorry to yourself, awak seksa diri awak sebegini rupa" kata kata Syed membuatkan aku tersentak, betul jugak cakap mamat ni, aku tak rasa happy apa aku buat.
"hhmm betul" hanya itu mampu aku balas
"Ady, kalau awak tak nak bukak hati awak untuk orang lain even me, bagi saya peluang untuk mengorat awak lebih lagi, awak tak perlu buka hati awak sepenuhnya, saya akan berusaha untuk membukanya" Syed memandang tepat kearah aku, membuatkan aku x senang duduk.
"Syed, awak sedar tak apa awak katakan ni?" atonansi aku agak keras sikit kali ni.
"ya saya sedar sepenuhnya, saya sedar hati saya dah tak ada sebab awak dah curi" ucap Syed sambil aku meneliti bibirnya yang pink, sumpah manis kata-katanya. Takut jugak kalau lelaki manis ni dasar buaya.
"bagi saya masa" balas aku sambil melarikan pandangan kearah longkang yang aku duduk
Ini tempat kegemaran aku sejak aku bekerja sebagai barista atau tukang pembancuh kopi waktu 'break time', belakang kedai kopi ni sahaja, kawasan rumput dan longkang. Aku tak tau kenapa, nyaman mungkin? Aku tak pasti bagaimana makhluk sebelah aku tadi yang kini hadapan aku boleh menjumpai 'spot' aku break. Selama 2 bulan aku kerja ini kali pertama dia jumpa aku kat tempat aku break.
"ambil masa lama mana awak nak, saya boleh tunggu" ucap Syed "okay la, saya nak ambil file dalam office lepastu nak balik rumah" tambahnya lagi sambil melirik jam di tangan.
YOU ARE READING
Titik Tengah Aku (COMPLETED)
Saggistica#####GayContentAlert#### Titik tengah di inspirasikan dari sebuah kisah yang tiada hala tuju dan akan berpusat pada satu matlamat. Kisah benar seorang penulis untuk dibentangkan kepada pembaca bahawa jalan cerita biasa juga mempunyai nilai. Nilai m...