SPM

761 15 3
                                    

Puas aku cuba untuk menelaah buku dihadapan aku ni. Tak masuk masuk ilmu dari tadi, hampir 10 minit aku ulang membaca benda yang sama. Aku ambil keputusan tutup buku dan tenangkan diri dengan baringkan badan aku sementara di atas katil. Minggu SPM ni buat aku lagi tertekan dengan banyak silibus aku tak habis cover lagi. Selepas date dengan Mal hari tu, kami berdua tidak berhubung sesama sendiri kerana mahukan beri peluang untuk mengulang kaji di rumah. 

Kali terakhir kami berasmara ala ala light fun ketika di tandas awam Taman Tasik Seremban, itu pertama kali dan mungkin terakhir, lepas ni tak tau lagi bila. Aku menekup muka aku dan menghembuskan nafasku perlahan 'kenapa boleh terbayang pulak hal lepas' aku merengus.

Aku mencapai telefon bimbit aku di atas meja bersebelahan buku rujukan aku, aku pergi ke ruangan kontak lalu mencari nama buah hati aku dan memicit butang hijau. Aku menekap kepala telefon bimbit ke telinga aku. Aku dengar bunyi tuuttt tuuttt~~~ aku mengunggu panggilan diangkat.

"halo, assalamualaikum" sapa Mal dahulu

"waalaikumusalam" aku menyahut salamnya "sayang buat apa?" sambung aku

"baru habis solat, nak sambung study, tapi malam malam ni rasa lapar la" balasnya "bie buat apa?" sambungnya lagi

"study, buat revision, paper lagi 3 hari" terang aku, lepastu masing-masing senyap

"bie okay tak ni? jangan buat saya risau" soal Mal

"rindu" aku bagai nak nangis tetapi tahan, cuba menekang air mata dari mengalir.

"bie, kitakan tengah exam, SPM pulak tu, tahan ya, dalam sebulan, lepas kita habis paper kita dah boleh jumpa" terang Mal, cuba memujuk hati aku ni. Tak tau tiba-tiba emosi malam ni. 

"yela" ringkas jawab aku

"dah, jangan sedih-sedih, saya tau awak nak menangis tu, lepas je kita habis SPM saya ada kejutan untuk awak" Mal cuba memujuk aku dengan kejutan. 

"ye saya okay la, mana ada menangis, memandai je awak ni" bidas aku

"saya kenal awak sangat Syed Adi Rayyan" jelas Mal, ye Mal banyak tahu perangai pelik aku kadang-kadang emosi tak tentu pasal. 

"hehehe" aku cuma tersengih

"dah, nanti kita borak lagi ya bie, I nak start study pulak, awak jangan stay up sampai lewat malam" jelas Mal

"baik tuan Akmaluddin, okay, I pun nak sambung study, awak tu jangan stay up lama sangat, saya kejap lagi dalam 30 minit nak tidur dah, tak larat dah" jelas aku panjang lebar tambah bebelan aku lagi

"haha, mungkin pukul 1 pagi saya tidur lah" jelas Mal. Stay up bagi gelaran pelajar adalah sesuatu yang normal. Menjadi kebiasaan bila pelajar menelaah buku sehingga pagi subuh. 

"okay, see you when I see you" senda aku "bye sayang"

"bye bie, I love you" sambung Mal sedikit

"love you too" balas aku di hujung panggilan. Masing-masing meletakkan telefon bimbit. 

Bila aku melihat buku aku di atas meja dah bertutup aku menyambung baringkan tubuh ku. Esok la sambung. Aku menetapkan pengera di telefon bimbit aku, aku menetapkan aku akan bangun pada pukul 5 pagi esok. Malam ni aku tiada rasa nak belajar.

.....................

Minggu SPM bermula... peperiksaan bermula dengan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan selebihnya pada hari-hari lain. Peperiksaan aku habis dahulu sebelum Mal, dia ambil 12 subjek, aku masih lagi menunggu bayangnya di sekolah namun hampa. Perpustakaan pun aku sudah jarang pergi. Bukan apa, waktu masa terluang disekolah aku akan berbincang dengan kawan-kawan tentang bahagian mana yang masih tak faham dan waktu tu sahaja sesi bertukar ilmu. 

Peperiksaan subjek Perakaunan merupakan subjek terakhir aku hari ni, lepas loceng berbunyi maka tamatlah pengorbanan aku selama ini. Malas nak fikir apa jadi dengan keputusan aku nanti, biarlah, aku berdoa dan berserah kepada yang Maha Esa. 

krriiinngggg!!!!

Bingit kedengarannya.

"murid-murid boleh letak alat tulis, masa anda telah tamat" mendengar pengumuman pengawas peperiksaan dihadapan. Aku langsung mengemas semua alat tulis aku dan meletakkan di bawah sambil menunggu pengawas peperiksaan mengutip kertas peperiksaan. 

Kami satu dewan semua sudah boleh bergerak keluar dewan, aku menunggu giliran untuk mengambil bag aku yang berada di tepi koridor. Usai mencapai bag, aku memasukkan semua alat tulis aku ke dalam bag dan meluru ke arah kantin. Perut rasa lapar, nak melihat apa yang ada dijual di kantin. 

"Ady!" aku menoleh kearah suara tersebut, aku melihat 5 orang budak kelas aku bergerak kearah aku

"kau nak pergi mana?" soal Midi dari kelompok tersebut

"aku nak pergi kantin sekejap, nak makan, aku tak makan lagi" jawab aku

"ha jom, aku nak ikut, korang nak ikut tak?" soal Lina.

"jom la" semua menyahut sama.

terburai tawa masing2. Aku berada di belakang membututi mereka. 

Sedang kami melewati gelanggang bola keranjang, ada sekumpulan lelaki jalan bertentangan arah kitorang, mungkin mereka sudah makan terlebih dahulu atau lepas ni peperiksaan mereka, itu yang mereka isi perut dahulu. Tapi mata aku tertancap pada susuk tubuh lelaki di belakang kumpulan tersebut tersenyum lebar meilhat kearah aku. SAYANG!!!! jerit aku dalam hati

senyuman aku mula mekar di bibir. Kami bersua seketika. Mata dan muka kami saling berpandangan, mata bertentang mata hingga menusuk ke dalam hati. Rindu yang amat sangat, rindu yang kian menebal. 

"Bie okay? hari ni awak last exam kan?" soal Mal, tidak lekang dengan senyuman di bibir danmata kami saling bertaut.

"okay, hari ni dah bebas" terangku sambil tunjuk dua jari keatas, peace!!

"hahaha, congratz bie, saya ada lagi 5 hari lagi" terang dia

"tak apa sayang, 5 hari je lagi, awak fokus dekat exam ni dulu" kali ni aku cuba menenangkan dia sambil aku membetulkan kolar baju dan tali leher lelaki dihadapan aku ni, dah macam laki hilang bini laki aku ni.

"tapi sayang rindu, rindu sangat-sangat" ucap Mal

Aku melihat matanya berkaca menahan sebak. Aku faham sangat perasaan lelaki dihadapan aku ini, sabar ya Mal, kita pasti boleh, sikit je lagi. 

"Mal! cepat la giler, kau buat apa lagi tu?!" jerit kawannya dari arah belakang. Dia cuba mengesat air mata dari mengalir. AKu turut mengesat air mata aku yang tertitis satu dua. Sebak menyelubungi hati, rindunyaaaa. 

"dah awak pergi la, kawan awak dah panggil tu, hari ni exam awakkan? buat yang terbaik! saya doakan awak lulus cemerlang" ucap aku

"thanks bie, I love u" sambil tangan masuk di kocek baju kemejanya dan mengeluarkan sesuatu

*mini love* sambil lelaki hadapan ni wink dan senyum kepada aku

"I love you too" aku tak nak kalah aku mengambil sesuatu di poket seluar aku dan memberinya juga

*mini love* lalu aku menghembus kepadanya supaya melayang kearahnya

Mal bergerak ke belakang sedikit dah menangkap mini love yang yang berterbangan di atas kepalanya lalu disemat di dadanya. Aku melambainya dari jauh bila dia dah berlari anak menuju kearah kumpulannya.

Sangat gembira walaupun masa sekejap.

Sangat berharga. Aku menuju kearah kumpulan aku yang sudah berada dalam kantin. "amboi sweet sangat ke tu? bawah matahari terik ni?" soal Lina

"panas yang panas membaraa, namunnn ku genggammm jua~~~ " diam seketika "k aku tak ingat lirik" terburai tawa masing masing bila Lina cuba menyanyikan lagu dari Awie. Aku hanya mampu gelak melihat tawa mereka, mereka memang havoc bila keluar bersama. 


Titik Tengah Aku (COMPLETED)Where stories live. Discover now