Holiday!-part2

844 23 6
                                    

**kalau tak ada POV tu meaning POV kepada Ady, dia punya cerita

......................

Hari yang ditunggu telah tiba, aku dah bagitahu parent aku tentang nak pergi bercuti dengan Mal, ibu ayah kenal sangat Mal, dah jadi macam anak angkat dah cuba belum tidur dalam bilik aku je, sebab Mal cakap dia tak selesa tidur rumah orang, begitu juga aku, aku rasa awkwarddd.. 

Aku mengelap peluh yang mencurah di dahi aku, makin banyak pulak peluh. Panas juga Melaka ni. 

"nah" Mal menghulurkan sapu tangan di belakang poket seluarnya "jangan guna tangan, nanti berjerawat muka tu, hilang comel awak" 

Macam mana aku tak lagi cair dengan lelaki sebelah aku ni? plis Mal jangan gentleman sangat, nanti takut aku tak boleh berenggang dengan kau. 

"Thanks" aku menyambut sapu tangannya lalu menguntumkan satu senyuman. Aku lap peluh aku sikit, sayang woi nak lap peluh guna sapu tangan dia. Aku melihat peluh dia pun mencurah curah di leher. Penat menunggu bas di platform 2 ni, nak pergi Bandar Hilir, check in hotel dulu disana, lepastu baru jalan-jalan sekitar Bandar Hilir Melaka.

Aku mengelap peluh lelaki sebelah aku ni, aku menekap sapu tangan di lehernya. Dia diamkan sahaja perbuatan aku walaupun ada orang yang memandang. Peduli apa aku. Dia toleh sebelah kearah aku sambil melemparkan senyuman.

"thanks, ni belakang, ni sebelah ni sekali tolong lap" pantang aku usik sikit mula la dia nak bermanja. haha.. 

"ya, pusing belakang, pusing sebelah lagi" aku arah dia hanya akur sahaja.

"awak saya rasa bas lambat lagi ni, kita letak bag dulu la, asik sandang je bag ni, lenguh bahu saya, belakang dah lencun dah dek peluh" jelas Mal, aku tengok memang ya belakang dia dah basah dek peluh. Dia mengibas kolar baju hadapan untuk menghasilkan angin sedikit, aku tahu dia masih lagi panas. Bila dia start panas laki depan aku ni mula gelisah tak tentu pasal nanti.

"kita masuk dalam la, dalam ada aircond, kita letak bag kat dalam" cadang aku

"tapi nanti kita tak perasan bas dah sampai" terang Mal

"boleh nampak la dari dalam, jom la, sian kat awak, dah jom" aku pujuk lalu menarik lengan Mal yang padat tu

Mal hanya akur arahan aku. Mula membututi aku. Melangkah masuk sahaja, mata aku melilau mencari tempat boleh duduk dan berehat seketika. 'gotca' ada satu tempat kosong yang boleh duduk dan letak bag. Nice. 

"sini, awak duduk dulu, saya pergi beli air mineral" arah aku, Mal hanya melepaskan punggungnya di atas kerusi besi itu lalu menunjukkan jari tanda 'O.K'

Aku bergegas pergi ke kiosk yang menjual makanan ringan dan air berkarbonat, aku hanya mencapai satu botol air mineral dan air soya yang berada dalam peti ais. Aku membayar dan baki duit saling bertukar ganti. 

dukk!!

"aduh" aku terlanggar orang yang tah datang dari mana tah yang laju menuju kearah aku sehingga aku jatuh terduduk. 

"woi sial! kau buta ke apa?!" pekik orang yang melanggar aku

"sorry pakcik, saya tak sengaja" balas aku sambil berdiri

"pakcik kau cakap?! kurang ajar" lagi meradang orang depan aku ni lalu dia mencengkam kolar baju aku dan aku melihat penumbuk dia dah di genggamnya dari tadi

"be.. betul abang.. saya tak sengaja, a... abang yang laju berlari kearah saya, a..bang yang patut pandang ke depan" jelas aku, membuatkan aku tak puas hati, aku melihat orang sekeliling dah melihat kearah aku dan menggeleng perlahan. Malu giler

Titik Tengah Aku (COMPLETED)Where stories live. Discover now